Sejenak

Video Inspirasi No Comments

Salam motivasi..bagaimana anda hari ini..wa..mesti hebatkan, :-)

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sesuatu yang best bagi saya. Mengenai sebuah lagu. Sejak kebelakangan 2-3 hari, lagu ini bagaikan memberi inspirasi bagi saya, iaitu lagu Sejenak daripada Letto. Kalau layan memang lentok habis. Lagu ini memang jiwang sedikit tetapi kita pandang dari sudut positif k :-) Lagu ini bagaikan mengingatkan saya kepada sesuatu yang mungkin telah kita abaikan. Tidak kiralah benda itu benda apa. Mungkin cinta, kasih sayang, keluarga, ibubapa kita.

Klik Sini untuk dengar (jangan download tau hehe hak cipta :-) )

Lirik:

“sebelum waktumu terasa terburu
sebelum lelahmu menutup mata
adakah langkahmu terisi ambisi
apakah kalbumu terasa sunyi

luangkanlah sejenak detik dalam hidupmu
berikanlah rindumu pada denting waktu
luangkanlah sejenak detik dalam sibukmu
dan lihatlah warna kemesraan dan cinta

sebelum hidupmu terhalang nafasmu
sesudah nafsumu tak terbelenggu
indahnya membisu tandai yang berlalu
bahasa tubuhmu mengartikan rindu

luangkanlah sejenak detik dalam hidupmu
berikanlah rindumu pada denting waktu
luangkanlah sejenak detik dalam sibukmu
dan lihatlah warna kemesraan dan cinta

yang tlah semu.. yang tak semu..
dan tak semu…dah itu”

Adakah kita meluang sejenak masa untuk sesuatu yang kita abaikan. Sesuatu yang telah kita abaikan untuk sekian lama.

Agama, keluarga, cinta?

Nasihat saya, luangkan sejenak masa untuk sesuatu yang kita kehilangan. Sesuatu yang telam lama kita tidak perhatikannya. Sesuatu yang sebelum ini kita tidak mengambil peduli.

Ps: Saya minta maaf kerana tidak dapat update blog seperti biasa. 3-4 hari ini saya agak sibuk sedikit.Ada hal masa depan. :-)   Lagi satu saya minta maaf untuk masalah komen. saya pun masih tak faham mengapa komen saya mengalami masalah walaupun saya sudah setting ikut yang sepatutnya.

Video Inspirasi 1 Comment

Salam motivasi. Hari saya ingin berkongsi dengan anda sebuah video daripada The Secret. Rasanya ramai sudah pernah tengok di blog dan website lain kerana benda ini agak famous suatu ketika dahulu. Tetapi saya hendak tunjukkan semula.

Bagi saya motivasi perlu diulang barulah berkesan betul tak? :-) Menurut kajian sesuatu perkara perlu dilakukan berulangkali supaya menjadi tabiat. Oleh itu diharap pengulangan video ini membuat anda untuk terus berusaha di bumi Allah S.W.T yang Maha Kaya ini. Video ini saya rasa mampu membuat anda semangat untuk bekerja dan mencari rezeki yang halal.

Selain itu, video ini saya khususkan untuk seseorang yang telah menghantar email kepada saya. Menurutnya bahawa beliau kini dalam proses mencari kerja. Oleh itu saya harap video ini mampu memberi motivasi dan inspirasi kepada anda. Teruskan usaha anda. :-P