August 25, 2008
Soalan Menarik, Winner
1 Comment
Salam motivasi dan salam ukhwah. Nampaknya beberapa hari ini saya agak sibuk. Memikir dua projek yang perlu dibuat. Projek yang berkaitan dengan jalan kejayaan yang dipilih saya. Saya harap ianya berjaya. ( Bukan projek kahwin tau..
)
Hari ini apa kata kita tanya pada diri. Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menilai dirinya.
Salah satu soalanyang perlu ditanya pada diri kita adalah :
Adakah kita mengikuti jalan kejayaan yang betul?
Benda ini selalu berlaku kepada banyak orang. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menuju destinasi akhir mengikuti jalan yang telah dipilih. Tetapi apabila sampai, baru mereka sedar bahawa mereka telah memilih jalan yang salah.
Perlu diingatkan bahawa , walaupun mereka berjaya, sebenarnya bukan itu yang mereka mahu. Mereka terperangkap dengan jalan kejayaan ‘palsu’ . Kesannya mereka telah mengabaikanan banyak perkara yang lebih bermakna dalam hidup mereka. Mereka tidak berasa gembira dan puas apabila mencapainya. Adakah anda salah seorang golongan ini?
Oleh itu, cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah, sebelum melalui jalan kejayaan, tetapkan matlamat anda terlebih dahulu. Nyatakan hasil akhir yang anda ingini. Tanya pada diri, jika anda mencapainya pada akhir nanti, adakah anda cukup berpuas hati. Ini panduan supaya anda tidak akan menyesal dengan kejayaan ‘palsu itu’ di kemudian hari.
Usaha yang diberikan kepada kejayaan ‘palsu’ itu hanya akan membazirkan sebahagian hidup anda. Jadi tentukan jalan kejayaan sebenar anda. Anda mempunyai pilihan.Remember that.. 
August 23, 2008
Quote Motivasi, Tips Motivasi, Winner
No Comments
” Each day I live
I want to be a day to give
The best of me”
Lagu daripada Whitney Houston lirik daripada lagu ‘ One Moment in Time’
Apa yang dimaksudkan ayat di atas ialah ’setiap hari dalam hidup saya. Saya ingin jadikan hari tersebut hari yang terbaik untuk saya. Saya akan berikan yang terhebat daripada saya. ‘
Ya. Kita tidak tahu bila kita akan pergi. Kita tidak tahu mungkin esok, lusa atau tahun hadapan kita mungkin tidak berdiri lagi di sini. Jadi, jangan menyiakannya. Setiap detik adalah berharga sekali. Gunakannya. Masa yang pergi tidak akan kembali lagi. Jadikan hari yang berlalu sebagai hari yang terbaik bagi anda. Mungkin selama ini, kita hanya melakukanya sambil lewa sahaja. Tetapi apa kata mulai hari ini kita berubah? Memberi yang terbaik.
Supaya suatu hari nanti, apabila saat itu sampai kita tidak menyesal. Pergilah melakukan kerja dengan memberi yang terbaik daripada anda. Jika anda bekerja, bekerja betul-betul. Jika hendak main, main betul-betul. Hayati saat tersebut. Berikanlah yang terbaik pada saat tersebut.
” Beribadahlah seolah-olah kita akan mati pada keesokkan hari, dan bekerjalah seolah-olah kita akan hidup untuk selama-lamanya.”
August 19, 2008
Minda, Winner
No Comments
Waa…Hari ini nampaknya tajuk gempar sedikit…hehe Hari ini saya akan bongkarkan rahsia kejayaan. Tetapi bukan rahsia sebenarnya sebab ramai pun dah tahu.
Jawapanya adalah minda yang positif. Minda kita merupakan anugerah yang begitu bernilai diberiNya kepada kita. Sebab itulah seseorang mampu menjadi jutawan dengan sekelip mata sahaja dengan menjual idea yang bernilai jutaan ringgit. Sebab mindalah yang menyebabkan seseorang berjuang untuk titisan akhir. Pernah dengar pepatah ini?
” Apa yang minda percaya, perkara tersebut dapat dilakukan.”
Kita adalah apa kita fikirkan. Jika kita fikir kita boleh, perkara tersebut benar. Jika kita tidak yakin, perkara tersebut turut benar. Jadi latihlah diri anda untuk berfikir boleh. Sentiasa positif dalam apapun keadaan.
Dalam sesuatu perlawanan, seseorang boleh mengalah atau meneruskan perjuangan disebabkan minda. Minda yang kuat menyebabkan seseorang berusaha walaupun peluang yang ada itu nampak tipis. Kita mungkin mengalah di saat tersebut, tetapi jika kita mempunyai minda yang begitu dahagakan kejayaan tentu sebaliknya yang berlaku. Minda tersebut akan mendesak diri kita untuk melawan habis-habisan. Kata orang, “biar putih tulang jangan putih mata”. Minda yang kuat perlulah dilatih untuk melihat daripada sudut positif. Dengan ini kita tidak akan mudah berputus asa.
Saya masih ingat lagi sebuah kisah yang dikongsi oleh sebuah penceramah mengenai minda. Sebuah keluarga yang mempunyai latar belakang yang teruk dikurniakan sepasang anak kembar. Yang peliknya seorang anak kembar tersebut menjadi seseorang yang sangat berjaya dan seorang lagi menjadi seorang yang begitu gagal. Dia menjadi sampah masyarakat. Apabila satu soalan serupa ditanya mengapa mereka menjadi begitu. Kedua-duanya menjawab, ” Dah keluarga saya macam tu, tentulah saya jadi macam ini.”
Lihat, keduannya memberi jawapan yang sama. Tetapi mengapa terdapat perbezaan yang begitu jelas sekali? Seorang menjadi sangat berjaya dan seorang lagi menjadi seorang yang gagal. Rahsianya adalah pemuda yang berjaya tersebut mempunyai minda yang positif. Oleh itu latihlah minda anda menjadi seseorang yang kuat melihat daripada sudut positif. 
August 2, 2008
Quote Motivasi, Winner
2 Comments
Hari ini saya ingin kongsi bersama anda satu quote. Datangnya daripada khalifah kita yang kedua. Siapa lagi Umar Al-Khattab. Kenal tak? Hehe kalau tak kenal ini sudah kes serius ni.
” Tidak akan engkau berasa gundah walau sekali jika engkau tahu apa yang dicari.”
Betul tu. Tengok betapa hebatnya Khalifah Umar mengenai pandangannya tentang kehidupan. Dalam hidup ini, kita mesti mempunyai matlamat. Tanpanya kita akan mudah terpesong ke jalan yang lain. Matlamat merupakan sesuatu yang wajib dalam diri kita. Apakah matlamat anda? Wang, keluarga,rumah? Walauapapun matlamat anda jangan dilupakan bekalan di sana, Hari akhirat. Itu yang paling penting. Mukmin yang bijak adalah mukmin yang sentiasa menyediakan bekalan untuk hari esoknya. Sebabnya mereka tahu hari tersebut adalah pasti.
Selain itu, mempunyai matlamat membuat kebanyakkan masalah kita selesai. Betul. Seperti yang dikatakan. Tidak engkau berasa gundah walau sekali. Sekali pun kita tidak akan berasa gundah jika kita tahu matlamat akhir kita.
Contohnya seperti kita hendak menjadi juara dalam sukan Olimpik. Kita berhasrat ingin memenangi emas. Jadi matlamat kita adalah emas. Disebabkan itu kita akan berusaha keras untuk mendapatkannya. Masalah yang datang seterusnya bagaikan tempias sahaja kerana kita tahu bahawa ini sebagai dugaan.
Berlainan pula jika tidak mempunyai matlamat, dugaan yang datang akan membuatkan kita merasakan dunia itu tidak adil. Kita mula menyalahkan takdir. Tiada matlamat menyebabkan cara pandangan kita terhadap sesuatu matlamat juga turut berubah.
Jadi, punyailah matlamat. Insan yang hebat adalah insan yang mempunyai matlamat. Abaikan kata-kata orang lain dan terus berusaha. 
August 1, 2008
Quote Motivasi, Winner
No Comments
Bill Bradley yang merupakan pemain bola keranjang masih ingat lagi kata jurulatihnya. Kata tersebut telah memberi kesan yang besar dalam hidupnya. Ketika itu beliau berumur 15 tahun dan menghadiri kem latihan.
Jurulatih beliau, Ed Macauley telah berkata,
” Jika anda tidak mahu bekerja keras sehingga mengeluarkan potensi sebenar anda, tidak mengapa. Di luar sana tentu ada orang sanggup untuk melakukannya. Dan pada suatu hari nanti apabila anda bertemu, beliau sudah pasti mampu mengalahkan kamu.”
Kita mempunyai potensi sendiri. Yang penting guna dan optimumkannya. Jangan sekadar membiar sahaja. Bangkitkanlah gergasi yang tertidur dalam hidup anda. Anda lahir untuk menjadi wira.
Ps: Akhirnya masalah teknikal di bahagian komen berjaya diselesaikan. Silalah komen untuk berkongsi pendapat. 
July 19, 2008
Falsafah Kejayaan, Quote Motivasi, Winner
No Comments
” Apabila kamu telah membulatkan tekadmu maka bertawakallah kepada Allah”
Ali Imran 3:159
Dalam mencapai sesuatu matlamat, kita mesti memppunyai tekad yang tinggi untuk berjaya. Tiada sesiapa yang berjaya dengan melakukan perkara sambil lewa dan semangat yang biasa. Insan yang berjaya adalah insan yang mempunyai tekad yang tinggi untuk berjaya.
Tekad bermaksud meletakkan sesuatu keazaman yang tinggi untuk mencapai sesuatu. Dalam proses tersebut mungkin terdapat halangan. Tetapi apabila anda mempunyai tekad, perkara ini akan diharungi dengan tabah.
Setiap kejayaan yang hadir semestinya mempunyai halangan. Contohnya untuk memenangi pingat emas olimpik, seseorang atlit mestilah sanggup bekerja keras dalam latihan. Halangannya mungkin kawan atau persekitarannya. Mana mungkin kejayaan dicapai dengan latihan dan semangat tidak serius. Dan elemen yang penting memacu motivasi tersebut adalah tekad. Bertekadlah dan seterusnya bertawakallah kepada Allah.
Tekad yang tinggi+Tindakan+IzinNya= Kejayaan!!! 
July 11, 2008
Winner
No Comments
Orang yang berjaya adalah orang yang mencetuskan sesuatu kejadian. Mereka merupakan evolusi kepada kejadian tersebut. Mereka sendiri yang membina kejayaan tersebut. Mereka mempunyai nilai. Mereka bukanlah pelengkap sesuatu peristiwa. Tetapi mereka adalah watak utama peristiwa tersebut.
Orang berjaya adalah insan biasa yang berusaha secara luar biasa. Mereka membuatkan orang lain berasa takjub dan kagum dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka.
Orang yang berjaya adalah insan yang melakukan sesuatu usaha yang tak mampu dibayangkan oleh orang lain. Malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar. Usaha mereka yang tidak berbelah bahagilah yang menyebabkan mereka berjaya.
Orang berjaya adalah insan yang memberi keunikkan pada sesuatu perkara ketika orang lain merasakan biasa terhadap perkara tersebut. Mereka memberi nafas baru dan mencipta inovasi. Mereka memberi harapan. Tiada apa yang mustahil selagi keyakinan tetap ada.
July 2, 2008
Quote Motivasi, Winner
3 Comments
” Sebilah panah tidak boleh menjatuhkan 2 ekor burung.“
Peribahasa Turki
Ya, sebilah panah tidak mampu menjatuhkan 2 ekor burung. Apatah lagi menjatuhkan lebih daripada itu. Kita mensasarkan bilah panah kita ke arah burung. Tetapi belum tentu ianya mengena sasaran yang dikehendaki. Jika kita menggunakan sebilah panah, kemungkinannya kita akan mendapat sesekor burung ataupun tidak mengena langsung sasaran.
Seekor panah hanya mampu mengena seekor burung. Maksudnya jika anda ingin mengena lebih banyak sasaran anda perlu menggunakan lebih banyak bilah. Sebilah hanya untuk seekor sasaran. Begitulah juga dengan kejayaan. Jika anda ingin dan impikan kejayaan yang besar, anda perlu memberi usaha yang sama berat dengannya. Tidak boleh sekadar mengharapkan keajaiban berlaku dan melakukan usaha yang sedikit sahaja. Tidak boleh sekadar berangan dan tidak melakukan apa-apa.
Kejayaan kecil untuk orang yang berusaha secara ‘kecil’. Manakala kejayaan yang besar adalah untuk orang yang berusaha secara ‘besar’. Jangan mengharapkan keajaiban untuk berlaku tetapi berusaha lebih’besar’ jika kita ingin mencipta kejayaan yang lebih ‘besar’. Semua insan yang berjaya ‘besar’ pada hari ini berjaya kerana berdasarkan usaha yang turut ‘besar’ diberikan oleh mereka. 
June 30, 2008
Tips Motivasi, Winner
No Comments
“Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.”
Saya sukakan quote motivasi ini. Ini adalah antara quote dan yang terawal saya dengar. Biasalah masa tu kecil lagi. Biasa dengar quote best-best bila pergi ke kem motivasi. Inilah quote yang saya ingat sampai sekarang dan menjadi salah satu motivasi diri saya.
Memang betul. Tiada manusia yang perfect. Setiap orang ada kelemahan diri masing-masing. Ada yang buta, ada yang cacat, ada yang kurang mendengar dan ada yang mengambil masa untuk memahami sesuatu ilmu. Semua mempunyai masalah masing-masing.
Tetapi membeza seseorang yang berjaya adalah usaha mereka. Insan biasa yang hidup biasa berusaha secara biasa. Tetapi insan yang berjaya mencipta kejayaan hasil usaha yang luar biasa. Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara berusaha. Ini yang memberikan kejayaan, iaitu melakukan sesuatu yan luar biasa.
Einstein bukanlah seorang yang pandai semasa kecil. Malah gurunya pernah bekata beliau tidak mempunyai harapan. Tetapi dia tidak mengambil kisah semua itu. Beliau berusaha dengan lebih kuat lagi dalam bidang matematik dan fizik. Hasilnya beliau menemui rumus tenaga dan pelbagai kejayaan sains yang mengamgumkan.
Begitu juga dengan Thomas Edison. Beliau telah mengalami banyak kegagalan. Namun begitu, adakah beliau berputus asa? Tidak! Setiap kegagalan membuat dia terus bekerja dengan lebih kuat. Beliau merupakan contoh terbaik quote ini…
Bagaimana dengan anda? Adakah anda telah berusaha secara luarbiasa? Saya? Sudah tentu tidak..baru hendak tukar ke gear yang lebih tinggi. Jadi mari kita berusaha secara luar biasa…salam motivasi 
June 29, 2008
Tips Motivasi, Winner
No Comments
Selamat pagi..Ya…hari ini kita bercakap tentang tips pemakanan.Bukan tips sangat cuma nak berkongsi…hehe
Adakah anda mengambil sarapan setiap hari? Sarapan merupakan perkara yang selalu diabaikan penduduk US. Bagaimana pula dengan Malaysia? Kalau ditanya 10 orang, rasa-rasanyanya mungkin 7 orang akan mengatakan mereka tidak bersarapan.Adakah anda salah satu daripadanya?
Mengambil sarapan adalah perkara yang amat penting sekali. Ianya membekalkan tenaga untuk sepanjang hari anda.Tetapi ramai mengabaikannya disebabkan:
-malas nak mengemas.
-takut tak sempat ke pejabat.
-jimat duit.
-tunggu makan tengah hari nanti nanti supaya boleh makan kenyang-kenyang.
Tetapi jika anda kata anda tidak cukup masa, apa kata cuba tips mudah ini. Masuk tidur 15 minit lebih awal daripada biasa. Supaya keesokkan harinaya anda mempunyai masa untuk bersarapan. Sarapan anda tidak perlulah terlalu berat.Cukuplah sekeping roti jika anda rasa tidak mempunyai masa yang banyak untuk makan.Yang penting anda bersarapan.
Tahukah anda sarapan merupakan salah satu aktiviti Sang Juara.Mengapa?
Secara logiknya mengambil sarapan menunjukkan anda berkeupayaan mengurus masa.Kalau tidak sudah tentu anda tidak berkesempatan mengambilnya, Walaupun sekadar sekeping roti. Bukankah salah satu ciri-ciri juara ialah mengawal dan mengurus masa mereka? 
Jadi apa yang saya harap disini anda mempunyai masa untuk bersarapan setiap hari.Banyak manfaatnya. Anda boleh mencari info tentang kebaikkan bersarapan di pelbagai laman web. Jadi semoga bangun untuk bersarapan esok hari ya. Jadikan sarapan makanan Juara anda sebelum anda melakukan aktivit yang lain 