Maya Karin takut untuk terjun ke laut?

Falsafah Kejayaan, Umum, Winner 4 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya hampir seminggu saya tidak update blog ini. Hal ini kerana saya telah menghabiskan cuti hujung hujung minggu di Pulau Redang yang terletak di Terengganu. Sungguh menyeronokkan dan saya menghayati waktu tersebut. Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menjemput saya. Hoho, oklah sebelum saya tersasar dan terus membebel, ayuh kita ke post motivasi hari ini.

Ketakutan merupakan faktor mengapa seseorang itu tidak berjaya. Ia menjadi halangan utama untuk insan yang begitu dahagakan kejayaan. Tetapi, oleh kerana disebabkan ketakuatan yang ada, ini membuatkan dia takut untuk mengambil langkah. Ketakutan terdiri daripada pelbagai jenis. Tetapi antara ketakutan utama yang sering dikatakan adalah ketakutan ‘bercakap di depan orang ramai’, ‘miskin’, ‘tinggi’ dan lain. Walaubagaimanapun terdapat berita gembira mengenai masalah ini. Terdapat ubat untuk ketakutan.

Contoh mudah yang dapat diambil mengenai ketakutan terhadap laut. (Mentang-mentanglah baru balik dari Pulau Redang ?  :-) )  Seorang yang takut berada di dalam air. Dia takut untuk berada di dalam laut walaupun memakai jaket keselamatan. Bagaimanakah untuk mengatasinya? Cara yang paling mudah adalah menolaknya. Lalu terjatuhlah dia ke dalam lautan yang dalam itu. Tetapi percaya atau tidak, perasaan ketakutan itu telah hilang. Hal ini kerana dia telah menolak dirinya kearah ketakutan tersebut. Tindakan yang diambilnya telah berjaya mengubat ketakutan tersebut.

Jawapannya adalah : Ubat yang paling mujarab terhadap ketakutan adalah tindakan.
Begitu juga dengan ketakutan terhadap pengucapan umum. Apa yang perlu diperlukan untuk merawatnya adalah melakukannya. Paksa diri anda untuk melakukannya. Tidak dinafikan pada permulaan perasaan cemas itu begitu mendalam, tetapi percayalah, lama kelamaan perasaan itu semakin berubah dan berkurangan. Anda kini tidak lagi gelabah. Tindakan yang diambil oleh anda telah merawat ketakutan anda.

Jadi, kesimpulan post hari ini adalah, ketakutan itu boleh dirawat. Caranya adalah dengan melakukanya. Ya, pada permulaannya anda pasti merasa kurang enak, tetapi percayalah ia adalah rawatan yang terbaik.

Salam motivasi dan salam inspirasi..owh redang~ :-)

Menjadi Lebih Berpengaruh

Keyakinan diri, Tokoh, Winner 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tips hari ini ingin berkonsi mengenai bagaimana sesuatu yang kecil yang dapat diaplikasikan dan seterusnya menjadi anda lebih berpengaruh.

“Explain complicated ideas simply”
Huraikan idea yang sukar dengan mudah.

 

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, orang yang berpengaruh seperti ketua organisasi, pedebat, ahli politik  dan lain-lain mempunyai kemahiran untuk menghuraikan sesuatu yang sukar kepada bentuk yang mudah. Ini seterusnya membolehkan pendengar mereka mendapat mesej yang ingin disampaikan. Hal ini kerana pusat fokus manusia hanya bertahan selama 15 saat. Jadi informasi yang ingin disampaikan perlu dipendekkan untuk difahami dan bertahan.

Jadi, apabila melakukan sesuatu, pastikan ianya terus dan kena pada isinya. Jangan terlalu berbunga. Semua orang mampu menjadikan sesuatu keadaan lebih sukar. Tetapi sesiapa yang mampu menghuraikan sesuatu yang panjang kepada ayat yang pendek mampu menambah karismanya.

Selamat berinspirasi.

PS : Adakah ini alasan sebab saya menulis pendek? :-P

Tony Fernandes

Tokoh, Winner No Comments

Assalamualaikum dan salam sejatera,

Pada hari ini saya ingin berkongsi mengenai seorang tokoh. Saya rasa ramai mengenalinya. Kalau tak kenal tak tahulah nak cakap apa.. :-P

Tony Fernandes

 

Antara tokoh yang menjadi idola saya adalah Tony Fernandes. Antara saya belajar daripada autobiografinya adalah tentang makna kehidupan.

Segalanya bermula apabila beliau berada di London. Ketika itu beliau telah tertarik dengan iklan mengenai EasyJet yang merupakan penerbangan tambang murah. Tertarik dengan konsep tersebut, beliau telah mengambil keputusan untuk ke Lapangan Terbang Luton di London untuk melihat sendiri bagaimana syarikat menjalankankan operasi. Beliau memikirkan bahawa jika model ini berjaya membuat duit dengan penerbangan murah, sudah tentu model yang sama dapat diaplikasi di Malaysia.

Teruja dengan idea tersebut beliau telah meminta Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Mahathir Mohamad untuk memberikan lesen untuk memulakan perniagaan kapal terbang. Tun Mahathir tidak memberikannya lesen tetapi membenar mengambil lessen daripada syarikat penerbangan yang sedia ada, Air Asia yang ketika  itu sedang bergelut dengan masalah. Akhirnya, dia dan rakan kongsinya berjaya mengambil alih syarikat Air Asia Sdn Bhd pada 8 September 2001. Semuannya tinggal sejarah selepas itu.

Ayat yang menarik bagi saya yang dikongsi olehnya adalah

“Saya merasakan cukup apa yang saya perolehi. Saya penat dengan kehidupan dengan politik korporat. Lalu saya ternampak peluang perniagaan. Semua orang suka terbang. Yang membuat saya terfikir adala hanya 6% sahaja orang terbang.Saya mula melihat harga kapal terbang dan perjalanan untuk terbang tempat di Malaysia ke tempat yang lain biasanya menghampiri dengan gaji sebulan seseorang.

Saya tidak mahu menunggu sehingga umur 55 dan berkata saya perlu lakukannya. Kehidupan adalah tentang risiko, kehidupan bukanlah tentang takut untuk gagal.

Saya berharap perkongsian post kali ini membantu.

Salam inspirasi. :-P

3 Tips Menjadi Peramah

Keyakinan diri, Minda, Tips Motivasi, Winner 4 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tips hari ini adalah tentang tips menjadi seorang yang peramah dan disukai oleh orang ramai.Ianya tips daripada Dale Carnegie’s yang merupakan motivator ulung pada zamannya. Disini saya senaraikan antara tips yang dikongsi oleh beliau.

1.Jangan mengkritik,atau merungut.
Tidak semua orang suka dikritik. Hakikatnya,walaupun idea yang diberi itu salah, manusia tetap tidak suka dikritik. Kritikan bagi manusia seumpanya mendedahkan kelemahannya  lagi. Oleh itu, belajarlah untuk menolak secara halus.

2. Senyum
Senyum adalah komunikasi bukan verbal yang penting.Ianya menghantar isyarat selamat kepada orang disekeliling. Ianyase olah-olah memberi signal atau isyarat kepada orang ramai tanpa sedar bahawa anda seorang yang boleh dihubung.

3. Buatkan mereka rasa penting.Lakukan perkara itu dengan jujur.
Setiap orang inginkan perasaan dihargai.Mereka inginkan perasaan bahawa mereka seorang yang penting. Jadi,jadikan mereka itu penting. Dan lakukanlah dengan jujur dengan mencari kelebihan mereka untuk dibualkan.

Selamat beramal dengan tips ini.. :-P

Salam inspirasi

Tuah ayam nampak di kaki…

Falsafah Kejayaan, Winner 3 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Apa khabar saudara dan saudari sekalian.Saya harap anda sihat disamping keluarga. Tajuk sebenar post hari ini adalah : :-)

RE:Bagaimana seorang yang dikatakan bertuah menghadapi peluang?

Richard Wiseman telah menjalankan ujian mudah bagaimana seorang yang dikatakan bertuah dan malang menghadapi sesuatu keadaan yang dinamakan ‘peluang’. Beliau telah mengadakan ujian ringkas untuk membezakan kemampuan seseorang dalam menghadapi peluang. Mereka telah diberi sebuah suratkhabar dan diminta mengenalpasti bilangan gambar yang terdapat di dalamnya. Hasilnya seperti dapat dijangkakan. Secara puratanya, seorang yang ‘malang’ mengambil maa selama 2 minit untuk mengira kesemua gambar yang ada. Berbanding seorang yang bertuah, mereka hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Ajaibkan? Kenapa begitu singkat masanya?

Sebabnya, pada muka surat kedua dalam surat khabar tersebut, beliau telah menulis sebuah mesej yang bertajuk “ Berhenti mengira-terdapat 4 gambar dalam surat khabar ini.” Mesej ini sangat besar dan dapat dilihat. Tetapi malangnya seseorang yang dikatakan ‘malang’ cenderung untuk mengabaikannya. Berbeza dengan seorang yang bertuah, mereka mudah untuk menemuinya.

Beliau juga telah menambah sesuatu dalam surat khabar tersebut untuk menambah lagi keseronokkan kajian. Beliau telah meletakkan sebuah mesej yang agak besar yang berbunyi “Berhenti mengira, beritahu si penguji anda telah melihat ini dan telah memenangi  $250. ” Tetapi malangnya, sekali lagi mereka gagal melihat peluang yang ada.

Apa pendapat anda? Anda rasa anda bertuah?

PS: Kepada saudari Nadiah, tahniah di atas perkahwinan abang anda. Anda bila lagi? :-P

Permudahkan

Keyakinan diri, Winner No Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Saya bercuti hari ini dan sedang berehat di kampung halaman yang tercinta. Saya telah mengambil cuti yang agak panjang daripada hari Jumaat sehinggalah hari Isnin. Sebenarnya tidaklah panjang sangat, tetapi bagi orang yang bekerja, mengambil cuti sedemikian sudah tentu dianggap lama, lebih-lebih lagi tiada apa-apa peristiwa besar ataupun kejadian.

Bukan apa, kepingin durian selain melawat emak di kampung. Saya belum menyentuh durian lagi sejak musimnya tiba. Hanya melihat dari jauh ianya dijual di Kuala Lumpur.

Apa saya buat di rumah? Salah satunya adalah membaca buku ‘The Charisma Effect’ tulisan Andrew Leigh.  Salah satu tips yang dikongsi dalam meningkatkan karisma diri adalah:

“Permudahkan sesuatu yang sukar”

Karisma boleh dibina.Ianya perlu dibangunkan. Salah satunya adalah permudahkan sesuatu yang sukar. Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mempermudahkan sesuatu. Tidak kira kira apa pun yang anda lakukan, permudahkan sesuatu yang sukar.Ia membuatkan semua orang faham maksud anda.

Memang mudah untuk menyukarkan sesuatu. Hampir semua orang mampu melakukannya. Hatta cara henda membuat teh yang baik pun memakan sebanyak 6 mukasurat dalam panduan etika UK. Padahal, ianya merupakan sesuatu yang mudah. Masak air panas, letak uncang, tambah gula dan siap. 9 perkataan sahajakan.

Jadi tips hari ini, ‘permudahlan sesuatu yang sukar’. Elakkan menggunakan perkataan yang tidak difahami.

Salam inspirasi. :-)

Siri 3 Kitaran Emosi

Minda, Winner 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Happy face

Yahoo~ Rasa bersemangat pula cuti sekolah kali ini walaupun saya tidaklah bercuti… :-) Hari ini kita menyambung post yang sebelum ini. Masih ingat? Penyelesaian untuk masalah kitaran emosi yang telah dibincang sebelum ini.  Anda inginkan tipsnya? Ayuh, tanpa perlu membuang masa.

Salah seorang ahli psikologi telah menawarkan satu kaedah yang menarik untuk mengatasi perasaan dan mengawal emosi.

“Perbuatan anda mampu mengawal minda dan emosi anda.”

Ini membawa maksud, jika anda ingin berasa gembira, anda perlulah berlakon seolah-olah anda gembira terlebih dahulu. Begitu juga jika anda ingin sihat, anda mestilah berlakon seolah-olah anda sihat. Jika anda ingin berasa bertenaga, anda haruslah berlakon seolah-olah anda bertenaga.

Kesimpulannya, pastikan anda mengawal minda anda apabila emosi tertekan melanda anda. Berusaha untuk menjadi tuan kepada emosi anda. InsyaAllah..

Ketahuilah,

“ Orang lemah ialah orang yang membenarkan pemikirannya mengawal tindakannya,

manakala  orang yang kuat adalah orang yang memaksa  tindakannya untuk mengawal pemikirannya.”

Salam inspirasi untuk anda. :-P

Mantera Motivasi

Keyakinan diri, LOA, Minda, Winner 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar saudara dan saudari di sana? Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaaan mantera motivasi. Ianya bukanlah mantera seperti yang digunakan oleh bomoh-bomoh. Ianya mengenai motivasi.

Og Madino di dalam bukunya telah berkongsi mengenai mantera yang perlu diucapkan sepanjang hari. Menteranya sangat panjang, tetapi disini saya edit,pendekkan dan saya alihkan dalam bahasa melayu. Menurut beliau , dengan membacanya setiap hari,ia dapat membantu memberi impak kepada motivasi diri kita untuk maju.

Sekadar maklumat, buku yang dimaksudkan adalah The Greatest Secret In The World. Beliau pernah menjadi presiden untuk sebuah majalah di Chicago iaitu Success Unlimited.

Tanpa membuang masa, ayuh kita membaca manteranya….

” Saya akan menganggap hari ini bagaikan hari terakhir dalam kehidupan saya.

Apa yang patut  saya lakukan untuk hari yang istimewa ini?

Pertama saya akan memastikan tiada masa terbuang. Saya tidak mahu membuang masa saya dengan mengenangkan kesilapan, kegagalan semalam. Sebabnya saya tahu masa tidak mampu berpatah balik. Saya tahu saya tidak mampu untuk kembali dan memperbetulkan kesilapan semalam Walaupun pahit, semua itu tidak mampu dikembalikan. Jadi saya akan memastikan semua itu tertanam, dibakar dan tidak mahu mengingatinya lagi.

Jadi apa saya perlu buat? Membayangkan apa yang akan terjadi esok?

Sudah pasti tidak. Saya tahu saya tidak boleh berharap pada perkataan’ mungkin’. Saya tahu jam tidak akan bergerak lebih laju daripada waktu sekarang. Saya tahu matahari tidak akan terbit dua kali hari ini. Risaukankan perkara yang belum lagi berlaku? Sudah pasti tidak! Sama seperti semalam, saya tidak akan memikirkan mengenai esok.

Jadi saya akan menghargai hari ini bagaikan hari terakhir saya. Saya akan memenuhi tugasan yang patut saya lakukan hari ini. Saya akan memeluk anak saya pada hari ini, kerana esok mungkin mereka tidak memerlukan saya lagi. Saya akan menyayangi isteri saya sebab esok mungkin dia tidak memerlukan saya lagi. Saya akan memberi yang terbaik untuk kerjaya saya, sebabnya esok mungkin saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan.

Saya akan memastikan setiap minit yang berlalu hari ini lebih baik daripada sejam yang berlalu semalam.

Saya akan menghargai hari ini seolah-olah ianya hari terakhir saya.

Bagaimanakah jika hari ini bukan hari terakhir saya?

Jika hari ini bukan hari terakhir, saya akan memanjat kesyukuran kerana diberi peluang kedua. “

 

 

PS : Selamat beramal dan selamat hari guru. :-)

Gempar, Penyingkiran Aril daripada Akademi Fantasia 7!

Umum, Winner 5 Comments

Salam sejahtera. Tajuk hari ini adalah mengenai televisyen tetapi tiada kaitan dengan tajuk di atas. Kalau anda tidak percaya, anda boleh membacanya, tetapi jangan salahkan saya jika anda tidak menjumpai mengenai Aril, Akademi Fantasia 7 di dalam artikel ini. :-)

Tajuk sebenarnya hari ini adalah televisyenku.  Apabila menjadikan televisyen sebagai subjek, kita dapat melihat dua karakter yang wujud. Pertama, golongan yang menonton televisyen tersebut.Kedua golongan yang dilihat dalam televisyen tersebut. Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua golongan ini.

Golongan yang pertama menyaksikan apa berlaku. Mereka melihat apa yang dilakukan oleh golongan dalam televisyen. Golongan pertama sekadar melihat kejayaan golongan kedua yang berada dalam televisyen. Ini sangat berbeza dengan golongan yang berada dalam televisyen. Mereka sedang melakukan sesuatu. Mereka sedang mencapai sesuatu. Mereka sedang meraikan sesuatu.

Jadi apabila anda melihat televisyen, fikirkanlah sebentar golongan apa yang anda ingin berada. Golongan pertama, yang sekadar menyaksikan sesutau berlaku? Ataupun golongan kedua yang mencipta sesuatu?

Tik! Masa untuk berfikir.

PS : Kan saya dah cakap, tiada kisah Aril AF7 di sini. Kisah Aril AF7 mungkin anda boleh dapatinya di laman web hiburan. Ini laman web yang bercerita tentang Oh televisyenku.. :-P

Hukum 18/40/60 ada kaitan dengan saiz badan wanita?

Falsafah Kejayaan, Winner 3 Comments

Sebelum saya pergi lebih jauh, saya ingin memberi amaran ini bukan hukum mengenai saiz badan seorang wanita. Jika anda ingin tips mengenainya, bermakna anda sedang membaca artikel yang silap. :-)

Hari ini tips ingin berkongsi mengenai hukum 18/40/60. Ianya merupakan hukum yang digelar  oleh Dr Daniel Amen. Hukum ini berkaitan dengan apa yang difikirkan oleh orang lain mengenai kita.

Pada umur 18 tahun, kita terlalu bimbang apa yang difikirkan  oleh orang lain terhadap kita. Kita bimbang adakah mereka mengkritik tindakan kita, adakah mereka mengkritik cara pemakaian kita dan lain-lain.

Pada umur 40 tahun, kita mula tidak mengendahkan apa yang difikirkan oleh orang lain terhadap kita. Sebab itulah ramai yang mula berjaya apabila mereka meningkat pada umur 40 tahun. Tetapi apabila difikirkan semula, adakah itu tidak terlalu tua?

Pada umur 60 tahun barulah kita sedar, sebenarnya tiada sesiapa pun yang memikirkan tentang kita.

Terkejut bukan. Selama ini kita selalu risau tentang pandangan orang lain terhadap diri kita. Kita menjadi takut untuk mencuba. Kita bimbang kita dipandang serong oleh orang lain. Sebenarnya tiada siapa yag memikirkan kita sepanjang masa. Apa yang mereka risaukan dan fikirkan adalah tentang diri mereka.

Jadi cuba fikirkan  sebentar mengapa memeningkan kepala memikirkan apa yang difikirkan oleh orang lain terhadap idea, pakaian, matlamat anda? Semua itu hanya melengahkan kejayaan anda. Adakah anda ingin berjaya apabila hanya berumur 40 tahun ke atas. Oh..tidak!

Masa untuk tidak mempedulikan pandangan orang lain. :-)

« Previous Entries