March 19, 2009
Islam, Winner
4 Comments
Jarum berdetik menghasilkan saat.Saat menginjak menghasilkan minit. Minit berkumpul menghasilkan jam. Jam berlalu menghasilkan ketika. Ketika ini dikumpul menghasilkan ruang. Ruang ini diisi dengan aktiviti maka terhasillah kehidupan. Bagaimana kita mencorak kehidupan ini, semuannya bergantung pada matlamat kita.
Mengupas makna kehidupan merupakan sesuatu yang sukar. Tetapi jika sumber yang diambil adalah betul, ianya pasti memudahkan. Jadi hari ini apa kata kita berbicara tentang aspek kehidupan. Persoalan yang berkaitan dengan tujuan hidup. Sudahkah anda bersedia?
“Apakah tujuan anda dihidupkan di dunia ini?”
Saya pasti ramai mempunyai jawapan yang tersendiri. Ramai mampu memberi buah fikiran yang bernas dan matang. Disini saya tuliskan 2 jawapan yang dijawab di dalam Al-Quran tentang tujuan kita dicipta dalam dunia ini.
- Sebagai hamba yang sujud kepadaNya
Firman Allah SWT, maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.”
Surah al-Bayyinah 5:98
- Sebagai Khalifah mentadbir bumi yang telah diamanahkanNya
Firman Allah SWT, maksudnya “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah al-An’am 6 :165
February 11, 2009
Cerita Inspirasi, Winner
1 Comment
Salam inspirasi. Post kali ini saya ambil dan ingin berkongsi daripada hasil temuramah dengan seorang billionaire. Tetapi bukan saya yang temuramah beliau. Saya ambil daripada sebuhah buku.Waa. Bukan jutawan ya tetapi seorang yang 1000 kali lebih hebat daripada jutawan dari segi kewangan.
Beliau telah berkongsi 2 petua untuk memperolehi kejayaan. Katanya, cuma 2 sahaja petua untuk mencapai kejayaan dan tidak lebih daripada itu. Namanya dalah Hunt. Beliau asalnya merupakan seorang petani kapas.
Beliau hampir gagal dalam perniagaan semasa berumur 32 tetapi bangkit semula dan berjaya memperolehi lebih daripada 1 billion pada umur 56. Satu jumlah yang mengliurkan. Beliau merupakan billionaire minyak daripada Texas..Haa taknak dah cakap banyak apa lagi.. mari kita lihat petuanya.
Petua pertama : Tentukan apa sebenarnya anda mahu.
Menurut Hunt ini merupakan titik pertama kejayaan. Tetapi ramai gagal melakukannya. Mereka tidak tahu apa sebenarnya yang diingini oleh mereka. Sebab itulah mereka gagal. Mereka tidak tahu apa yang sebenar mereka mahu. Mereka mahu banyak perkara yang baik dalam kehidupan tetapi tidak dapat membezakan apa yang betul-betul yang menjadi keutamaan dalam hidup mereka.
Petua kedua: anda mesti tahu harga untuk mencapainya.
Menurutnya, ramai mahukan kejayaan. Tetapi malangnya mereka tidak sanggup membayar harga yang sepatutnya. Sebab itulah walaupun ada yang telah berjaya melepasi petua pertama gagal untuk melakukan petua kedua. Mereka tidak sanggup melakukan apa yang diperlukan. Usaha untuk mendapatkan RM1juta tidak sama dengan usaha mendapatkan RM1 ribu.
Cuma dua petua sahaja. Tak banyak pun. Rasa-rasa anda bolehkan kita melakukannya? Selamat beramal dan salam inspirasi.
January 18, 2009
Cerita Inspirasi, Pengajaran, Winner
2 Comments
Salam motivasi. Hari ini saya ingin bercerita mengenai satu pengajaran yang saya dapat daripada sebuah filem. Minggu lepas saya sempat melihat sebuah filem kelakar tetapi penuh dengan mesej motivasi, iaitu Bedtimes Stories yang merupakan sebuah kisah mengenai cerita dongeng yang diceritakan oleh seorang kanak-kanak dan seterusnya menjadi kenyataan.
Salah satu plot cerita yang paling saya ingati adalah ketika waktu hero tersebut menghadapi waktu kritikal. Di waktu tersebut, hero dalam cerita ini telah berputus asa. Dia merasakan tiada lagi peluang untuk mengubah apa-apa dan kisahnya berakhir dengan tragis. Dia kehilangan kepercayaan anak saudaranya, adiknya dan teman wanitannya. Terduduk tidak membuat apa-apa dan tiada motivasi.
Tiba-tiba kedengaran sebuah suara yang berkata lebih kurang macam ni, “ kisah ini belum tamat. Andalah yang menetukan kisah hidup anda. Andalah watak hero dalam cerita anda. Dalam cerita, hero tidak akan berputus asa.”
Ya, pembaca sekalain. Inilah realitinya. Anda merupakan watak utama dalam pentas kehidupan yang dijalani oleh anda. Jadi kalau anda ingin mengubah sesuatu, ianya adalah bergantung pada anda. Jangan biarkan ianya berlalu dengan kekecewaan.
Jika hari ini anda mengalami kisah duka, ianya bukan untuk selamanya. Anda hanya berada di plot penting kisah kehidupan anda. Kisah anda belum lagi tamat. Hidup ini indah. Jangan tamatkan ianya dengan kekecewaan. Anda berhak untuk merasai apa itu kejayaan. Selamat melaluinya.
December 31, 2008
Falsafah Kejayaan, Winner
3 Comments
Tahun 2008 akhirnya berlalu. Banyak suka dan duka yang dialami sepanjang tahun ini. Ada kegagalan dan kejayaan yang dirasai oleh saya. Antara perkara penting saya belajar untuk tahun ini adalah membuat keputusan berdasarkan pilihan-pilihan yang ada. Pilihan banyak, tetapi hendak membuat pilihan yang tepat itu yang agak sukar.
Bagi saya umur 15-30 tahun merupakan umur yang kritikal bagi kehidupan seseorang. Disinilah keputusan-keputusan yang mengubah kehidupan dibuat. Contohnya pilihan kos yang hendak diambil ketika di universiti, pilihan pekerjaan, pilihan permaisuri atau raja di hati dan banyak lagi. 
Memetik kata-kata watak Han dalam Too Fast Too Furious: Tokyo Drift
“ Lihat manusia di bawah. Apa yang mereka takutkan? Hidup ini mudah.
Anda hanya perlu membuat pilihan dan jangan memandang ke belakang.”
Ya. Saya setuju dengan kata-kata ini. Hidup ini mudah jika kita bijak membuat pilihan. Kadang-kala kita membuat kesilapan di atas pilihan kita. Apa yang penting jangan sesekali menyesal dengan pilihan yang dibuat. Setiap yang berlaku pasti ada sebab daripadaNya.
Jadi, bagaimana untuk memastikan tahun 2009 ini keputusan yang dibuat lebih bijak? Jawapannya mudah seperti yang dikatakan oleh seorang sahabat saya. Untuk membuat pilihan yang bijak, lihatlah matlamat akhir kita. Itu yang akan memberi jawapan terbaik kepada persoalan pilihan kita. Carilah keredhaanNya. Carilah keberkatanNya.
“ Jika kita menanam padi, rumput juga akan tumbuh.
Tetapi jika kita menanam rumput, padi tidak akan tumbuh.
Kejarlah akhirat, nescaya engkau akan perolehi dunia juga,
Tetapi kejar dunia, akhirat tidak langsung dikau gapai.”
Sempena tahun 2009 ini, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru. Selamat membuat pilihan yang bijak untuk tahun 2009. Salam motivasi…
December 17, 2008
Soalan Menarik, Winner
3 Comments
Selamat pagi.Salam inspirasi.
Apa khabar? Sihat? Tidak lama lagi akan bermulalah sesi persekolahan. Ada kawan saya yang telah memohon cuti. Sebabnya, ini merupakan pertama kali anaknya bersekolah. Bimbang juga rasa hati mereka anak mereka kemungkinan tidak serasi dengan sekolah. Hehe..
Jadi post hari ini adalah berkaitan dengan pendidikan. Cuba renung dan fikirkan jawapan untuk soalan di bawah.
” Saiful mengapa pentingnya pergi ke kolej atau universiti untuk mendapatkan ijazah? Kan ada ramai yang tidak mendapat pendidikan yang tinggi tetapi berjaya menjadi jutawan ataupun seseorang yang terkenal?”
Secara jujurnya soalan itu agak sukar. Saya boleh bercakap dengan pergi ke kolej dan universiti anda akan mempunyai kelebihan berbanding orang lain tetapi tidak dapat menafikan bahawa tanpa mempunyai semua itu seseorang juga masih boleh berjaya. Malah di Malaysia pun ramai yang berjaya menjadi seseorang tanpa mempunyai semua itu. Soalan yang susah yang hendak dijawab tu. Jadi apa pendapat anda?
Kalau saya, saya agak setuju dengan jawapan daripada Donald Trump yang pernah ditanya soalan hampir sama.
“Anda boleh mengabaikannya dan saya boleh memberi banyak contoh orang yang telah berjaya walaupun tanpa ada pendidikan. Tetapi bagi saya dengan memperolehi ijazah ia seolah-olah seperti anda mempunyai kad yang berkata, “ Orang ini telah mencapai sesuatu.” Ia akan membuka banyak pintu kepada anda. “
December 12, 2008
Quote Motivasi, Tips Motivasi, Winner
2 Comments
“Anda perlu berada di peringkat di mana anda merasakan bahawa tindakan lebih penting daripada hasilnya sama ada menang atau kalah.”
Arthur Ashe
Kadangkala kita selalu memikirkan hasil akhir. Kita hanya akan bertindak apabila kita merasakan bahawa kita akan menang. Dan hanya akan membiarkan sesuatu perkara begitu sahaja apabila kita merasakan kita akan kalah. Kesannya kadangkala kita tidak melakukan perkara tersebut kerana kita merasakannya ia tidak boleh dilakukan. Padahal, kita mempunyai poteni yang besar untuk berjaya. Alangkah ruginya.
Apa kata kita renungkan kata-kata di atas. Ubah perspektif kita. Bertindak atau cubalah terlebih dahulu perkara yang ingin dilakukan. Hasilnya barulah kita tahu sama ada perkara tersebut boleh dilakukan atau tidak. Kita perlulah memprogram minda kita untuk berada di peringkat di mana tindakan dirasakan lebih penting daripada hasilnya.
Analogi mudah. Anda meminati seseorang. Tetapi tidak tahu sama ada hendak mengoratnya atau tidak. Tetapi kesan membaca blog ini anda merasakan perlunya mencuba. Hehe.. Sebab anda merasakan tindakan perlu diambil. Tentang hasil akhir biar sahaja ditentukan nanti. Sebabnya anda tidak mahu menyesal. Inilah yan perlu diterapkan.
Faham quote motivasi hari ini?
Kesimpulannya, lakukanlah perkara yang anda ingin lakukan supaya anda tidak menyesal. Mungkin anda akan kalah, tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan menyesal. Adakah anda ingin suatu hari nanti di kala anda tua, anda berkata, “alangkahnya baiknya aku mencuba melakukan perkara tersebut dahulu”.?
November 22, 2008
Idola Kejayaan, Quote Motivasi, Winner
1 Comment
Jika anda mempunyai dan sudah menulis matlamat anda, maka kerjalah untuk merealisasikannya. Tetapi pastikan matlamat anda merupakan sesuatu yang realisitik. Pastikan gol atau destinasi itu bukan sekadar fantasi sahaja, tetapi boleh dicapai.
Semak matlamat anda adakah ianya bersesuai dalam tempoh masa tersebut. Adakah ianya rasional mengikut keadaan anda? Contohnya anda ingin menjadi jutawan dalam masa 1 tahun.
Memang impian tersebut boleh dicapai tetapi adalah mustahil untuk anda menjadi jutawan dalam masa 1 tahun jika pendapatan anda hanya RM5000 sebulan sahaja. RM1 juta jika dibahagikan kepada 12 bulan bermaksudnya anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai pendapatan RM90000 sebulan. Adakah ianya logik untuk dicapai? Ianya logik untuk dicapai tetapi persoalannya, adakah ianya realistik bagi anda yang sekadar mempunyai pendapatan RM5000 buat masa ini?
“Tetapkanlah dan punyailah matlamat walaupun anda masih muda. Tetapi apa yang penting adalah anda mempunyai matlamat dan impian yang realistik. Banyak atlit mempunyai matlamat tetapi masalahnya mereka tidak tahu bagaimana hendak ke destinasi tersebut. Mereka hanya menempuhi kegagalan demi kegagalan dan kesan akhirnya menyebabkan mereka berasa tidak yakin dengan diri..
Anda memerlukan matlamat yang realisitik. Tidak kiralah sama ada ingin terpilih dalam pasukan atau melompat untuk sesuatu jarak, apa yang penting ianya boleh dicapai.”
Sally Gunnell
November 18, 2008
Falsafah Kejayaan, Winner
No Comments
“Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.”
Saya sukakan quote motivasi ini. Ini adalah antara quote dan yang terawal saya dengar. Biasalah masa tu kecil lagi. Biasa dengar quote best-best bila pergi ke kem motivasi. Inilah quote yang saya ingat sampai sekarang dan menjadi salah satu motivasi diri saya.
Memang betul. Tiada manusia yang perfect. Setiap orang ada kelemahan diri masing-masing. Ada yang buta, ada yang cacat, ada yang kurang mendengar dan ada yang mengambil masa untuk memahami sesuatu ilmu. Semua mempunyai masalah masing-masing. Sebab itu manusia memerlukan antara satu sama lain.
Tetapi membezakan antara seseorang yang berjaya dengan yang lain adalah usaha mereka. Insan biasa berusaha secara biasa. Tetapi insan yang berjaya berusaha secara luar biasa. Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha lebih daripada insan yang lain. Inilah yang memberikan mereka kejayaan, iaitu melakukan sesuatu secara luar biasa.
Albert Estein bukanlah seorang yang pandai semasa kecil. Malah gurunya pernah berkata beliau tidak mempunyai harapan dalam hidup ini. Tetapi beliau tidak mengambil kisah semua itu. Beliau berusaha dengan lebih kuat lagi dalam bidang matematik dan fizik. Hasilnya beliau menemui rumus tenaga dan pelbagai kejayaan sains yang mengagumkan.
Begitu juga dengan Thomas Edison. Beliau telah mengalami banyak kegagalan. Namun begitu, adakah beliau berputus asa? Tidak! Setiap kegagalan membuat dia terus bekerja dengan lebih kuat. Beliau merupakan contoh terbaik quote ini…
Bagaimana dengan anda? Adakah anda telah berusaha secara luarbiasa? Saya? Sudah tentu tidak..Jadi mari kita berusaha secara luar biasa…salam motivasi
November 9, 2008
Falsafah Kejayaan, Winner
2 Comments
Salam kejayaan. Selamat pagi dan selamat membaca. Pembaca sekalian, mari berfikir sebentar. Kita hari ini adalah hasil tindakan kita semalam. Eh macam mana tu?
Maksudnya, kita pada hari ini adalah hasil apa yang kita buat sebelum ini.
Jika pada hari ini anda sihat, maksudnya ini adalah disebabkan tindakan anda semalam. Anda menjaga menjaga kesihatan anda. Anda tidak mengambil makanan berlemak. Anda mengamalkan diet yang seimbang. Anda melakukan senaman dan pelbagai lagi. Kesannya, pada hari ini anda sihat disebabkan hasil anda semalam.
Jika anda sakit,maksudnya anda sendiri yang menyebabkan anda sakit. Anda tidak mahu berjumpa dengan doktor pada peringkat awal. Terus makan makanan ringan. Minum air bergas tanpa kawalan ( hehe kes saya lah ni
). Hanya sekadar melepak di hadapan televisyen atau internet. Hasilnya, pada hari ini anda tidak sihat.
Persoalannya di sini. Adakah anda suka dengan anda hari ini? Jika anda suka, maka teruskan. Jika tidak, masa untuk berubah. Ingat , kita adalah hasil tindakan kita semalam.
“Jika kita asyik melakukan perkara yang sama,
janganlah mengharapkan keputusan yang berbeza.”
Masa untuk menilai diri anda.
PS: Saya baru sahaja menerima review daripada saudara Shueqry imotivasi.com mengenai laporan yang akan diterbitkan. Klik sini kalau hendak lihat. Terima kasih Shueqry kerana pendapat ikhlas daripada anda. Panjang sungguh review anda.
November 1, 2008
Ebook, Falsafah Kejayaan, Winner
1 Comment
Assalamualaikum dan salam motivasi,
Nampaknya kerja saya memang sibuk. Ebook dah siap. Cuma terdapat beberapa masalah teknikal yang perlu dihadapi. Saya sekarang dalam proses membuat laman web untuk menjual laporan ini. Ambil masa juga. Terlebih dahulu, terima kasih terhadap pandangan dan komen yang diterima sama ada di ruang komen atau di email tentang laporan ini. Saya betul-betul menghargai sokongan anda. Setakat ini nampak sedikit harapan terjual. Hehe… InsyaAllah.
Tentang laporan itu. Saya rasa laporan tersebut tidak dapat dilancarkan pada 5/10/08 ini. InsyaAllah saya rasa ianya boleh didapatkan pada 10/11/08.
Hari ini saya ingin bercakap tentang risiko. Pembaca sekalian, hidup ini penuh dengan risiko. Setiap perkara yang diambil semuanya melibatkan risiko. Jadi apa yang membezakan seseorang yang biasa dan yang luar biasa? Sebabnya mereka mengambil risiko yang lebih besar. Mereka mengambil tanggungjawab yang lebih besar. Sebab itulah rewardnya lebih besar. Sudah tentu ganjarannya lebih besar.
Anda mungkin akan jatuh dengan kedalaman yang lebih dalam jika mengambil risiko yang besar, tetapi ingatlah ganjaran besar juga menanti anda.
” Juara memikirkan habuan. Pengalah memikirkan denda.”
Mana satu anda? Rasa-rasanya, di mana mentaliti anda? Penyataan ini selalu bermain dalam minda saya. Oleh sebab itulah saya kini ingin mengambil risiko . Keluar daripada ‘comfort zone’ saya. Menerbit e-laporan sendiri. Saya tahu laporan ini mungkin berjaya ataupun sekadar menjadi laporan biasa. Tetapi saya ingin mencuba. Saya ingin mengambil risiko untuk melihat kejayaan perniagaan ini. Kejatuhan yang berlaku mungkin lebih dalam sedikit, tetapi apa salahnyakan?
Sekurang-kurangnya jika saya gagal, baru saya tahu ianya tidak boleh berjaya dengan cara ini. Saya tidak mahu suatu hari nanti saya merenung kembali dan berkata,” Owh, mengapa aku tidak mencubanya?”
“Lebih baik jatuh dan mengetahui ianya tidak boleh dilakukan,
berbanding melihat pada hari tua dengan penuh kekesalan.”
Anda bagaimana? Apa yang anda risaukan?