Berapa jauh eh..?

7:00 pm Cerita Inspirasi, Falsafah Kejayaan, Keyakinan diri

Assalamualaikum dan salam sejatera,

 


“Emm..saudara saiful..berapa jauh ye saya dapat pergi? Adakah saya boleh menjadi terkenal seperti Irfan Khairi? Terkenal seperti pelakon Brad Pitt..Ataupun hanya kekal sebagai insan biasa?”

Berapa jauh saya dapat pergi? Ianya satu soalan yang sangat subjektif. Mengambil masa untuk dijawab. Kenangan berputar. Persoalan itu mengingatkan saya ketika saya berumur belasan tahun. Ketika itu saya berada di tingkatan 5. Menghitung detik ketika dan bulan untuk menghadapi peperiksaan penting yang akan menentu masa depan hidup saya iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Pihak sekolah telah menjemput seorang motivator untuk memberi inspirasi kepada kami. Dan saya rasa ianya mempunyai kaitan dengan ‘berapa jauhkah saya dapat pergi?’

Motivator tersebut telah memanggil seorang kawan saya untuk membantunya dan kawan saya itu dengan senang hati tampil ke depan untuk datang menolongnya. Untuk menjadikan cerita ini menarik lagi, kawan saya yang datang itu merupakan seorang yang tinggi dan berbadan besar. Jadi secara logik akalnya, dia mempunyai kuasa lebih kuat berbanding orang lain. :-P

Motivator itu telah memberikan satu spring untuk dilemparkan. Dia telah meletakkan target lontaran ke titik A. Titik A itu jaraknya cuma 4 meter sahaja daripada kawan saya. Sudah tentu kawan saya dapat melontarkan spring itu dengan begitu mudah dan senang sekali. Spring itu berjaya dilontar berdekatan dengan titik yang dikehendaki.

Kemudian, motivator tersebut telah mencadangkan kepada kawan saya untuk melontar sejauh yang mungkin. Menggunakan tenaga dan sekuat yang boleh. Lalu dengan bersungguhnya kawan saya melontar sejauh mungkin. Jarak yang dilontarkannya adalah berkali-kali ganda daripada titik A. Semua orang kagum. Tetapi ‘point’ yang penting ianya berkali ganda daripada titik A.

Jadi saya merasakan ianya dapat menjawab persoalan ‘berapa jauh saya dapat pergi?’ Ianya bergantung pada anda. Anda boleh sahaja melontarkan pada titik A sahaja. Ataupun anda boleh sahaja menggunakan dan optimumkan keupayaan diri anda untuk melontar lebih jauh daripada titik A. Semuanya adalah bergantung pada ANDA.

Salam inspirasi. :-)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
2 Responses
  1. fathuri :

    Date: September 1, 2009 @ 9:50 am

    Assalamualikum Dr. Terima kasih kerana singgah di blog saya tempohari.

    Moga kita jadi kawan, longterm friendship.

    Icon Jutawan kita, Dr Irfan juga sudah pernah singgah di sana.beliau memilih untuk menulis komen di blog saya pada categori “ilmu motivasi”

    Pagi ini saya ada membaca profile Dr. Wah! saya teruja dengan impian Dr.

    “Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang motivasi dan kewangan. Mempunyai matlamat untuk menjadi jutawan menjelang umur 25 tahun iaitu pada 2011.Insya Allah:-)”

    Seiras benar dengan impian saya juga.

    Moga kita saling memotivasikan untuk mencapai impian.

    Oh ya, bilamana Dr ada kelapangan saya jemput singgah ke ruangan “income” di blog saya. Mohon Dr tinggalkan komen ye…. Itulah fokus saya untuk setahun dari sekarang..insyaAllah.

    Salam ceria dari saya

    Singgah dan mohon tinggalkan komen ye Dr.

    Assalamualaikum

  2. Raja Faisal :

    Date: February 23, 2010 @ 12:42 pm

    Berapa jauh kita dapat pergi terpulang kepanda anda … dan apa yang anda sasarkan … dalam kemempuan anda sendiri

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.