Cerita Anda
January 18, 2009 9:14 am Cerita Inspirasi, Pengajaran, WinnerSalam motivasi. Hari ini saya ingin bercerita mengenai satu pengajaran yang saya dapat daripada sebuah filem. Minggu lepas saya sempat melihat sebuah filem kelakar tetapi penuh dengan mesej motivasi, iaitu Bedtimes Stories yang merupakan sebuah kisah mengenai cerita dongeng yang diceritakan oleh seorang kanak-kanak dan seterusnya menjadi kenyataan.
Salah satu plot cerita yang paling saya ingati adalah ketika waktu hero tersebut menghadapi waktu kritikal. Di waktu tersebut, hero dalam cerita ini telah berputus asa. Dia merasakan tiada lagi peluang untuk mengubah apa-apa dan kisahnya berakhir dengan tragis. Dia kehilangan kepercayaan anak saudaranya, adiknya dan teman wanitannya. Terduduk tidak membuat apa-apa dan tiada motivasi.
Tiba-tiba kedengaran sebuah suara yang berkata lebih kurang macam ni, “ kisah ini belum tamat. Andalah yang menetukan kisah hidup anda. Andalah watak hero dalam cerita anda. Dalam cerita, hero tidak akan berputus asa.”
Ya, pembaca sekalain. Inilah realitinya. Anda merupakan watak utama dalam pentas kehidupan yang dijalani oleh anda. Jadi kalau anda ingin mengubah sesuatu, ianya adalah bergantung pada anda. Jangan biarkan ianya berlalu dengan kekecewaan.
Jika hari ini anda mengalami kisah duka, ianya bukan untuk selamanya. Anda hanya berada di plot penting kisah kehidupan anda. Kisah anda belum lagi tamat. Hidup ini indah. Jangan tamatkan ianya dengan kekecewaan. Anda berhak untuk merasai apa itu kejayaan. Selamat melaluinya.

















chuckiesd :
Date: January 19, 2009 @ 11:53 am
Tiada siapa yang mampu mengubahnya selain diri sendiri
farah :
Date: January 19, 2009 @ 10:45 pm
walau apa pun yang berlaku..cubalah cipta cerita kita sendiri.. thanks for the tips..menarik