Cerita Menarik Mengenai Kematian
January 27, 2009 10:22 am Cerita Inspirasi, IslamMati merupakan satu topik yang menakutkan untuk diceritakan. Saya pasti ramai orang daripada kita takut untuk menghadapinya. Tetapi, walauapapun perasaan kita terhadap perkara tersebut, kita tetap akan melaluinya. Tidak kira sama ada suka atau tidak. Seperti mana janjiNya. Semua yang hidup pasti merasi apa itu mati.
Tiap masa berlalu sama ada kita sedar atau tidak, kita semakin menghampirinya. Berlalu tahun 2008 kini masuk sudah ke tahun 2009. Ini bermakna kita semakin setahun menghampiri kematian. Kematian bukanlah sesuatu perkara yang menyeronokkan untuk diceritakan oleh kebanyakkan orang.
Walaubagaimanapun, hari ini saya ingin berkongsi satu kisah menarik mengenai kematian. Melihat daripada sudut yang positif.
Lokasi: Hospital
Seorang yang menghidap penyakit kanser fasa kritikal telah berjumpa dengan seorang doktor. Beliau ingin bertanya mengenai kematian. Sepeti mana kebanyakkan orang yang lain, beliau juga begitu takut dengan kematian. Lebih-lebih lagi kematian itu semakin hampir.
“ Doktor apa pendapat doktor mengenai kematian? Saya takutlah kerana saya merasakan waktu saya hampir tiba,” terang pesakit dengan anda yang sedih.
Doktor tersebut merenung pesakit tersebut. Timbul riak sedih dimukanya. “ Kalau aku pun di tempatnya aku juga turut takut,” guman doctor tersebut. Dia cuba memikir jawapan yang sesuai untuk diberikan. Dia tidak mahu jawapan yang diberikan akan menyinggung perasaan si pesakit. Si pesakit pada saat-saat kritikal ini perlu diberikan sokongan.
Tiba –tiba terdengar bunyi bising di luar. Seakan-akan terdapat hentakan kepada pintu walaupun tidak kuat. Rupa-rupanya berpunca daripada seekor kucing, ia cuba masuk ke bilik doktor tersebut. Apabila pintu itu dibuka, maka berlarilah kucing itu ke arah doktor tersebut. Kucing itu melopat ke arah doktor tersebut yang merupakan tuanya.
Lantas tiba-tiba doktor tersebut mendapat jawapan untuk persoalan ditanya.
“ Lihat kucing ini. Ia tidak pernah pun masuk ke bilik ini. Ini merupakan pengalamannya yang pertama. Tetapi ia tidak kisah. Ia terus masuk dan mendapatkan saya. Ia begitu gembira kerana berjaya berjumpa dengan tuannya. Begitu juga dengan kematian. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi selepas kematian. Ia merupakan pengalaman yang baru. Tetapi bagi saya ia tentu mengembirakan kerana saya dapat berjumpa dengan Tuan saya.”

















Miepekan :
Date: January 28, 2009 @ 10:47 pm
Salam DrInspirasi,
Interesting story. Ada jugak unsur-unsur suspen…ha..ha
win :
Date: January 30, 2009 @ 11:16 pm
orizz..apa yang berlaku kita mesti beri tumpuan pada akhirat
Mrzink :
Date: January 30, 2009 @ 11:17 pm
Nice sory. ..Please write more inspiration stories.Them all are nice. Keep a good work
admin :
Date: January 31, 2009 @ 9:24 am
Miepekan
-Memang ada unsur suspen..
win
-Terima kasih nasihat yang diberikan win.
Mrzink
-selalulah ziarah sini
Zahidah :
Date: February 18, 2009 @ 10:12 pm
Salam,trma kasih dgn story datas insyallah 2 pkra je yg ptt kta bt:bt prnth yg dsruh Allah dn tngalkn lrnganya srta bt yg sunat jga dpt phla lbih skit..snang je kan