Episod 2 :19 ekor Lembu

12:28 am Cerita Inspirasi, Ilmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya ramai yang memberi respon untuk soalan sebelum ini. Terima kasih saya ucapkan. Bagaimana dengan pembaca yang lain? Ada jawapan yang ditemui?

Tanpa membuang masa mari saya sambung cerita yang berlaku kepada pengagihan 19 ekor lembu tersebut. Tiga anak terus berfikir. Masing-masing tidak mahu mengalah. Mereka tidak mahu amanah ayah gagal disempurnakan. Tetapi apa yang mereka nampak, amanah tersebut sukar untuk dilaksanakan. Berita ini sampai pada pakcik mereka yang tinggal tidak jauh daripada situ.

Lalu setelah diceritakan, pakcik tersebu telah menjumpai satu penyelesaian yang kreatif. Dia berkata, “nak, ambiklah lembu pakcik seekor ni.Pakcik dah tua pun. Takpelah anak-anak boleh tolong jagakan. Semoga masalah anak berjaya diselesaikan.”

Kini jumlah lembu menjadi 20 ekor dengan pertambahan daripada seekor lembu yang diberikan oleh pakciknya. Berdasarkan amanah, anak pertama mendapat separuh. Jadi jumlah yang diperolehinya adalah 10 ekor lembu. Manakala anak kedua memperolehi suku daripada jumlah lembu. Maka jumlah yang diterimanya adalah 5 ekor lembu. Anak terakhir menerima 1/5 daripada jumlah keseluruhan. Jadi jumlah lembu yang diterimanya adalah 4 ekor. Apabila ditambah jumlah keseluruhan yang diagihkan adalah sebanyak 19 ekor. Dimana anak pertama menerima 10 ekor, anak kedua menerima 5 ekor dan anak terakhir menerima 4 ekor lembu. Tinggallah seekor lagi.

“Lagi seekor ini kami pulang semula kepada pakcik. Terima kasih kerana membantu kami. Sungguh bijak pakcik ni,” kata mereka kepada pakcik tersebut.Pakcik tersebut hanya tersenyum.

Kehidupannya mereka seterusnya tiada siapa yang tahu, yang penting mereka berjaya melaksanakan amanah ayah mereka.

Salam inspirasi dan motivasi. :-)

PS: Rasa-rasa anda, apakah kesimpulan cerita ini?

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
8 Responses
  1. ashraf :

    Date: February 6, 2010 @ 12:27 pm

    huhu…sy bjaya mneka dgn btl…hehehe

  2. admin :

    Date: February 7, 2010 @ 10:52 am

    tahniah.. tetapi tiada hadiah :-)

  3. zairi faiezil :

    Date: February 8, 2010 @ 12:03 pm

    Salam Motivasi dan Salam Berkenalan..

    Iskkhh soalan trick rupanya.. hehehehe puas kami berfikir…

    Tq…

  4. ruby :

    Date: February 8, 2010 @ 12:17 pm

    apa agaknya kesimpulan dari kisah ni?

  5. sharemotivasi :

    Date: February 10, 2010 @ 3:52 pm

    sangat mendalam maksudnya..tetiba teringat soalan teka teki ms skola menengah dulu..

  6. ShueQry :

    Date: February 18, 2010 @ 7:03 pm

    owh, saya setuju. Sangat mendalam.

    Namun, saya buat kesimpulan sendiri bahawa, cerita ni lebih mendidik kita kepada penyelesaian masalah.

    Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Artikel ni menarik, simple dan menghiburkan!

  7. hanif laa :

    Date: February 20, 2010 @ 12:36 am

    haha.. aku tetap dengan jawapan aku macam ari tue.. kesimpulannya dlm pembahagian nie.. pembahagian 1/2, 1/4, dan 1/5 tue bukan utk 19 ekor lembu.. trick dia cam nie.. cuba tgk no2 pecahan tue 1/2 = 10/20, 1/4 = 5/20, 1/5 = 4/20.. sumer no pecahan tue mempunyai no asas 20.. maka kalo takmo potong2 lembu tue kenala bg jumlahnya genap 20, adalah tak adil jika perlu dibahgikan dari 19 ekor lembu.. 10/20 + 5/20 + 4/20 + 1/20 = 20/20 = 1

  8. tuanbri :

    Date: March 24, 2010 @ 2:35 am

    kalau aku,
    buat satu perjanjian di antara 3 adikberadik tu, sebarang keuntungan akan dibahagikan mengikut apa yg diwasiatkan bapanya.

    Kemudian bukak ladang Lembu.
    Kemudian jadi Jutawan Lembu.
    seperti Kuok dgn gulanya,
    diaorg pula dgn lembunya.

    Sampai anak-cucu-cicit, rejeki tak habis makan.

    tuanbri.com

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.