Tue 13 May 2008
Paku
Posted by orizz under Cerita Inspirasi
Salam motivasi semua. hari ini saya ingin kongsi dengan anda tips motivasi dengan anda tentang cara berkawan. Sebuah cerita yang ringkas sahaja. Cerita inspirasi persahabatan. Stay to the end of story k..:-)
Di sebuah kampung tinggallah seorang pemuda bersama ayahnya. Ayah pemuda ini seorang bijaksana. Dia selalu menasihat anaknya secara tidak langsung. Mereka bekerja sebagai tukang rumah di kampung tersebut. Mereka banyak menghasilkan rumah yang begitu cantik. Ramai penduduk kampung tersebut datang meminta perkhidmatan mereka.
Walaupun mereka hidup agak senang, namun begitu pemuda tersebut mempunyai kelemahan. Pemuda tersebut tidak dapat mengawal kemarahannya. Setiap kali pemuda itu marah, ada sahaja orang yang akan tersinggung. Dia langsung tidak mengambil kisah perasaan orang lain. Pemuda tersebut tidak tahu hendak bersabar.
Ayah pemuda tersebut pun memikirkan idea untuk mengatasi masalah ini. Jadi pada suatu hari, ayah pemuda ini pun memanggil pemuda tersebut.
“Nah ini ayah beri kepada kamu,”kata ayah pemuda tersebut sambil menyerahkan sebungkus paku, sekeping papan besar dan pemukul paku.
“Buat apa dengan benda ini semua ayah?” tanya pemuda tersebut kehairanan melihat gelagat ayahnya yang tidak dilihat sebelum ini.
“Anakku, ayah dapati kamu mudah naik marah. Jadi mulai hari ini, apabila kamu berasa marah, ayah hendak kamu ketuk kayu tersebut dengan paku. Apabila sampai suatu hari kamu tidak lagi mudah berasa marah dan dapat mengawalnya maka datang beritahu pada ayah semula. “ Terang ayah pemuda tersebut.
“Baiklah ayah”,kata pemuda tersebut tanpa banyak soal lagi.
Pada hari pertama sebanyak 26 paku telah diketuk oleh pemuda tersebut. Apabila melihat jumlah paku yang begitu banyak diketuk, pemuda tersebut mulai sedar sesuatu. Jadi pada keesokannya harinya, pemuda tersebut cuba mengawal kemarahannnya. Jumlah paku yang diketuk pada hari kedua adalah sebanyak 21 paku.
Hari demi hari berlalu, pemuda tersebut semakin dapat mengawal kemarahannya. Semakin hari, paku yang diketuknya semakin berkurangan sehinggalah tiada lagi paku yang diketuknya. Pemuda tersebut berasa gembira kerana beliau sudah mampu mengawal perasaan marahnya.
Pemuda tersebut pun pergi berjumpa dengan ayahnya untuk memberitahu tentang perkara tersebut.
“Bagus anakku, engkau sudah melepasi tahap yang pertama. Sekarang ayah hendak engkau tanggalkan semua paku yang telah diketuk oleh engkau selama beberapa hari ini. Datang jumpa semula ayah setelah engkau selesai membuatnya. Bawa bersama engkau nanti papan besar yabg telah engkau cabut pakunya.”
Pemuda tersebut bertambah hairan dengan arahan ayahnya. Kalau dahulu disuruh ketuk, tetapi kini ayahnya mahu paku tersebut dicabut semula. Tetapi pemuda tersebut tetap menuruti arahan ayahnya kerana mesti mempunyai muslihat tertentu.
Beberapa hari kemudian , pemuda tersebut datang semula kepada ayahnya bersama papan besar yang telah dicabut pakunya.
Sambil menunjuk kesan pada papan tersebut, ayah pemuda berkata.
” Wahai anakku, memang mudah untuk berasa marah. Tetapi lebih baik mengawalnya. Jika engkau gagal mengawalnya, maka hidup engkau akan susah. Engkau boleh meminta maaf kepada orang yang tersingging dengan engkau, tetapi engkau harus ingat kesannya masih ada. Seperti yang engkau dapat lihat pada papan ini. Pakunya telah dicabut, tetapi lubangnya masih ada”
Pemuda tersebut hanya mampu tertunduk malu apablia ayahnya berkata sedemikian.
“Kawal kemarahan anda, atau anda akan rugi untuk satu tempoh yang panjang.”
Pendapat anda tentang tips motivasi hari ini? Adakah perkara ini membantu? Ataupun anda ada tips lain. Kongsilah bersama-sama tips motivasi anda di sini juga. ![]()
















May 13th, 2008 at 6:51 pm
pada pendapat saya, artikel kali ini memang berkesan.
teruskan menulis..
-Shueqry-
May 14th, 2008 at 7:32 am
Saya pernah dengar citer ni. Memang menarik dan berkesan! Teruskan usaha!
May 15th, 2008 at 4:38 pm
saya pun pernag dengar jugak tentang cerita ini.kalau tak silap la..apepun ..good info..
May 19th, 2008 at 2:10 pm
good story
chayok2 \(*0*)/