Pengabaian Kepintaran
January 21, 2010 1:33 am Cerita InspirasiAssalamualaikum dan salam sejahtera,
Kadangkala apa yang paling penting dalam hidup adalah pengabaian terhadap sesuatu yang dikatakan logik. Pengabaian terhadap sesuatu kepintaran. Pengabaian kepintaran ini adalah bermaksud pengabaian terhadap sesuatu perkara daripada memikir adakah ianya logik atau pun tidak. Pengabaian ini merupakan satu rahmat untuk kita terus berjaya kerana kita seakan memekakkan kepada orang lain yang merendahkan kemampuan kita.
Hoho..Kurang faham? Biar saya terangkan. Fenomena ini biasanya berlaku dalam bidang jualan. Biasanya budak baru mampu menghasilkan jualan yang lebih baik daripada orang yang telah lama berada dalam syarikat tersebut. Hal ini kerana mereka tidak tahu apa yang membataskan mereka.
Mereka tidak tahu apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat. Hasilnya, mereka membuat dan melakukan perkara yang dikatakan mustahil oleh kebanyakkan orang tanpa sedar. Oleh kerana mereka melakukannya dan tidak berputus asa, akhirnya mereka berjaya. Pengabaian terhadap kepintaran dan logik telah membuatkan mereka berjaya.
Begitu juga yang terjadi pada ‘bumblebee’. Blumblebee adalah sejenis spesis lebah. Bentuk dan rupa ‘blumblebee’ seakan-akan tebuan. Kajian telah dibuat mengatakan bahawa ianya tidak boleh terbang.Hal ini disebabkan saiznya adalah terlalu berat. Manakala sayapnya pula adalah terlalu nipis. Tetapi apakah yang terjadi? Ianya tetap terbang sebab ia tanpa sedar melakukan pengabaian kepintaran walaupun sains mengatakan tidak. Blumblebee terbang.
Begitu juga dengan kehidupan. Kadangkala kita perlu melakukannya. Pengabaian terhadap kepintaran dan logik untuk berjaya.
Selamat berinspirasi.
PS : Apa ya maksud ‘blumblebee’ dalam bahasa melayu?

















pakcik :
Date: January 22, 2010 @ 12:34 am
sesuatu perkara yang dilihat hebat sekarang, dilihat sebagai perkara yang mustahil dan akan dikatakan tidak masuk akal pada masa lalu. sebagai contoh, penciptaan kapal terbang dahulunya sering ditertawakan oleh orang lain sebelum ia diciptakan. idea tersebut dianggap gila dan tidak masuk akal. oleh itu, beranilah mencabar diri sendiri (^^)