Pilihan
July 30, 2008 1:06 pm Cerita Inspirasi, Keyakinan diri, Soalan MenarikPada zaman dahulu di sebuah gunung tinggalah seorang bijaksana. Bijaksana ini mampu menjawab dan menyelesaikan pelbagai masalah. Disebabkan kehandalannya itu, ramai yang datang untuk mendapatkan pertolongannya. Daripada orang biasa sehinggakan pembesar-pembesar istana datang untuk mendapat perkhidmatannya. Usianya pula sudah lanjut melangkaui abad. Sebab itulah dia menghabiskan sisa hidupnya dalam gua di gunung tersebut.
Cerita mengenai kehandalannya itu telah sampai pada seorang pemuda. Timbul perasaan ingin menguji kebijaksana dengan si tua tersebut. Lalu menujulah pemuda tersebut ke tempal tinggal si bijaksana itu.
Pemuda tersebut juga turut membawa sesuatu untuk diuji, iaitu seekor rama-rama hidup bersamanya. Di mindanya telah tersedia sebuah soalan yang sukar dijawap oleh orang biasa. Sebaik sampai di kawasan tersebut, pemuda tersebut lantas meletakkan rama-rama tersebut dalam genggamannya.
“ Wahai sang biijaksana. Dari jauh hamba datang ingin mendapatkan jawapan kepada satu persoalan. Harapan hamba supaya tuan bijaksana dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati hamba.”
“Ceritakalah soalan itu anakku. Moga-moga dengan izinNya hamba dapat menyelesaikan kekusutan di jiwamu.”
“Begini, dalam tangan hamba ini terdapat seekor rama-rama. Persoalan hamba, adakah rama-rama ini hidup ataupun telah mati.”
“Wahai anakku. Semua ini terletak pada pilihanmu. Engkau yang mempunyai pilihan untuk menjawab persoalan itu. Jikaku katakan bahawa rama-rama itu hidup,nescaya engkau akan mengenggam tangan mu dengan erat sehingga rama-rama tersebut mati. Tetapi jikaku katakan rama-rama itu telah mati, nescaya engkau akan membuka tanganmu dan membiarkan rama-rama itu terbang bebas.Pilihan itu ada padamu anakku. Engkau yang perlu memilihnya.”
Bagaimana cerita hari ini?
PS: Saya ingin meminta maaf. Dalam beberapa hari ini terdapat sedikit masalah teknikal kerana pengubahsuaian tema. Jika sesiapa ada menghantar mesej untuk mehubungi saya maaf mesej anda tidak sampai kerana terdapat sedikit masalah. Harap anda jangan berasa tersinggung dan anggap saya sombong.
Namun masalah ini telah berjaya diselesaikan. Say menantikan pesanan anda. Manakala ruang untuk komen pula masih dalam proses untuk memperbaikinya. Saya masih hairan kerana komen ini masih memerlukan kelulusan pihak pengurusan walaupun saya telah mengubah settingnya. Jika sesiapa dapat membantu beritahulah saya.

















ct :
Date: July 31, 2008 @ 10:59 am
betul tu..hidup merupakn satu pilihan..=)
syaz :
Date: July 31, 2008 @ 11:03 am
kadang kala kita kena lihat keadaan juga..ini pendapat saya
ni~ :
Date: August 4, 2008 @ 12:47 pm
kite mempunyai hak untuk memilih…tapi Dia lah yang paling berhak untuk menentukan..