Siapa Mentor

11:22 pm Cerita Inspirasi, impian

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk berjaya dalam bidang apa pun, anda perlu mempunyai mentor ataupun asiprasi. Ataupun anda boleh mencari seseorang yang boleh dijadikan sebagai tanda ukur kejayaan anda. Perkara ini saya akui memang ada kebenarannya. Dengan mempunyai inspirasi atau perasaan cemburu pada kejayaan orang lain membuatkan anda lebih bersemangat untuk berjaya. ( Cemburu secara sihat ye.. :-P )

Impian untuk mencapai sesuatu ada pasang surutnya. Mungkin ketika ini anda begitu bersemangat, tetapi entah mengapa, ianya menjadi lain pada kemudian hari. Anda berasa biasa sahaja terhadap matlamat anda. Suram dan tidak bertenaga. Perkara yang sama  juga berlaku pada diri saya. Pada awal tahun baru, saya begitu bersemangat menetapkan matlamat.Tetapi ianya semakin surut hari demi hari. Tetapi kini nyalaan itu bersemangat semula apabila membaca facebook mohd suhaimy salah seorang pakar internet begitu semangat menulis 3 buah buku serentak. Ianya membuatkan saya ingin juga membuat demikian. Hehe.. :-P

Tidak dapat diakui, kita mungkin sedikit lupa kepada matlamat. Tetapi apabila membaca kejayaan orang lain membuatkan kita rasa jauh sekali. Seterusnya memberi semangat kepada kita bahawa kita juga boleh berjaya.

“Jika dia boleh buat,aku tentu boleh buat juga.”

Perkara ini secara tidak langsung memberi dorongan motivasi semula. Jadi, apabila anda merasakan motivasi anda semakin suram. Maka carilah mentor. Carilah aspirasi. Carilah perasaan cemburu untuk bersaing secara sihat. Ianya sedikit sebanyak membantu memarakkan semula motivasi anda.

Salam inspirasi.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
4 Responses
  1. hawa :

    Date: January 12, 2010 @ 10:04 am

    thanks 4 da info..cuma terfikir, siapa ye mentor saya.. :-P

  2. Thoha :

    Date: January 14, 2010 @ 4:25 pm

    salam
    untuk berjaya kita perlukan penunjuk ajar supaya kita tidak tersesat dan sentiasa mendapat bimbingan,,,,

  3. ShueQry :

    Date: February 18, 2010 @ 7:08 pm

    Wow! saya benar-benar berinspirasi setelah membaca artikel ni.

    Benar, saya tertanya-tanya cemana dia leh tulis 3 buah buku serentak sedangkan jadual kerja yang ada dah memang cukup padat.

  4. mohd zaini :

    Date: March 7, 2010 @ 2:36 pm

    Dr Inspirasi,

    Memang hebat! 3 buku serentak. Mentor diperlukan dalam apa-apa bidang.Ayuh, cari mentor.

    Mohd Zaini

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.