Soalan Jiwang

8:34 pm Cerita Inspirasi, Cinta

Salam sejahtera, :-)

Pada hari ini saya ingin menanyakan satu soalan. Soalan yang sedikit jiwang bunyinya. Tetapi memberi maksud yang mendalam. Tarik nafas dalam-dalam dan berfikir. Sudah bersedia? Soalannya berbunyi,

 ”Adakah cinta memerlukan sebab? ”

Dah fikir? Apa jawapan anda? Apa sebab anda? Sebelum anda membuat sebarang kesimpulan, apa kata kita hayati cerita di bawah.

Sepasang suami isteri sudah lama berkahwin kini berbulan madu untuk kali ke-2 di Pulau Pinang. Ketika mereka berjalan di tepi pantai menghayati panorama matahari terbenam, mereka pun berhenti di sebuah bangku yang telah tersedia. Si isteri teringat satu persoalan yang terpendam selama ini, lantas ditanya kepada sang suaminya.

Isteri : Abang, sudah lama saya pendamkan soalan ini tetapi hari ini saya ingin bertanya. Apakah sebab abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Nak ikutkan apalah yang ada pada saya. Dahlah kampung masing-masing jauh. Nak balik raya pun susah.

Suami : Emm.. susah nak terang tu, tetapi percayalah abang memang menyayangi dan mencintai sayang. Ia sukar untuk diceritakan dan digambarkan.

Isteri : Mengapa abang tak boleh terangkan sebabnya? Mustahillah bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak tahu sebabnya.
Setiap perkara mesti ada sebabkan.

Suami : Betul, abang sendiri pun tak tahu sebabnya. Tetapi abang  boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang. Abang akan usahakan untuk membuktikannya.

Isteri : Tidak, saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Tahu tak saya cemburu melihat  kawan-kawan saya yang lain. Mereka mempunyai suami, semuanya tahu mengapa mereka dicintai. Tetapi abang pula tidak boleh terangkan sebabnya. Abang memang tak cinta saya? Tulah sebab abang tidak tahu sebabnyakan?

Si suami tersentak dan kemudiannya dia berkata untuk melembutkan hati isteri kesayangannya.

“Baiklah, dengar ini. Abang mencintai sayang sebab paras rupa sayang menarik dan lawa, sayang mempunyai suara yang lunak dan lembut, penyayang dan paling penting sayang selalu mengingati abang. Abang suka melihat sayang senyum sebab ianya sangat manis
dan abang sukakan setiap tapak sayang melangkah. Itulah cinta abang.”

Si isteri tersenyum riang mendengar jawapan tersebut. Dia sangat berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Hasratnya berjaya. Hendak dijadikan cerita, selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan. Kemalangan tersebut telah menyebabkan sang isteri koma dan terlantar di hospital.

Si suami sangat bersedih. dia teringat kisah ketika mereka bercuti di Pulau Pinang. Lantas ditarik sehelai kertas untuk dicoretkan sepucuk surat kepada isterinya. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital yang sedang terlantar koma.

“Sayangku, jika disebabkan suara aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu lagi? Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintaimu lagi.Jika disebabkan setiap langkahan aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tentu tidak bukan? Oleh itu adakah itu bermaksud aku tidak boleh mencintai mu. Wahai sayangku,jika cinta memerlukan sebab, kini bermaksud aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Kasihku, adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
dan isnyaAllah selamanya dan cintaku tidak perlu ada sebab. Ketahuilah cinta merupakan perkara  yang cantik dan baik. Kadangkala benda yang cantik dan baik di dunia tidak boleh dilihat, tidak boleh dipegang dan tidak mempunyai sebab. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
6 Responses
  1. saye :

    Date: November 26, 2008 @ 10:51 pm

    a’ah. jiwang laaa. hahaha (^^)

  2. nurila :

    Date: November 27, 2008 @ 8:33 pm

    assalamualaikum,
    sebab itulah cinta itu d katakan buta kerana ia hanya dpt d nilai oleh mata hati bukan mata fizikal hihihi…

  3. puteri sedih :

    Date: December 2, 2008 @ 6:06 pm

    saudara,tolong terangkan samada kalau kita merindui seseorang,adakah orang yang kita rindui itu akan merindui kita juga pada masa yang sama?

  4. admin :

    Date: December 6, 2008 @ 6:04 pm

    saye
    -jadi apa jawapan anda? :-)

    nurila
    -ya, ianya hanya boleh dilihat melalui mata hati.. :-P hehe

    puteri sedih
    -saya menjawabnya menerusi email anda

  5. saye :

    Date: December 9, 2008 @ 2:03 pm

    ala, nak tau gak jawapan utk puteri sedih tu~

  6. admin :

    Date: December 10, 2008 @ 11:43 pm

    Agah sukar untuk menjawab soalan puteri sedih. Tetapi saya rasa wujudnya hukum law attraction.Iaitu hukum tarikan. Kita menarik apa yang difikirkan. Jadi ini bermaksud jika kita memikirkan seseorang, orang tersebut juga turut akan memikirkan kita. Tetapi ia bergantung pada faktor yang lain juga.

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.