Apa anda buat?

10:42 am Cinta

Hari ini saya hendak tanya anda pula. Selalu saya je bagi pandangan. Apa kata anda bagi pandangan pula. Boleh? Bolehlah… :-)

Kita bincangkan masalah cinta. Masalah umum kehidupan. Andaikan anda berada dalam situasi ini. Anda meminati seseorang ini. Masalahnya anda tidak pernah bercakap dengan dia. Tetapi incident yang seketika membuatkan anda bercakapnya. Dan tiada apa-apa pun progres. Cuma perbualan kosong. Kemudian anda sedar, anda sukakanya. Apa yang akan anda buat? Masalahnya di sini anda tidak tahu dia sudah berpunya atau single. Adakah anda sanggup mengambil risiko ini?

Kita jadikan masalah ini lebih complicated. Rakan baik anda juga cuba mendapatkannya. Rakan anda telah memulakan gerak langkahnya dahulu. Cuma ketika itu anda belum lagi mempunyai perasaan terhadap dia. Anda merasakan mungkin ini perasaan suka sahaja. Tetapi kini lain, sejak incident tu, sebenarnya bukan incident apa pun, just berborak kosong anda sudah mempunyai matlamat. Jadi apa anda akan buat? Biasanya ada dua cara:

Teruskan dan beritahu anda suka dia sebab:

  • Anda tidak mahu menyesal dalam hidup. Seperti mana yang berlaku pada Steve Jobs. Dia memberitahu kepada isterinya bahawa dia sukakanya sebab dia membayangkan jika hari tersebut merupakan hari terakhir hidupnya.
  • Mungkin dia sememangnya anda cari.

Atau abaikan sahaja sebab:

  • Bunga atau kumbang bukan sekuntum.
  • Tidak mahu hubungan dengan kawan yang sedia ada terjejas, padahal hubungan dengan dia belum tentu.
  • Mungkin perasaan ini hanya untuk sementara.

Ini antara pandangan yang diberi. Sekarang boleh tak anda kongsi pandangan anda? Apa pilihan anda. Yang mana satu anda akan lakukan. Atau kemungkinan terdapat pilihan lain. Mungkin pandangan anda dapat membantu di kalangan kita. Mungkin doktor atau pakar pencintaan boleh berkongsi. Sesiapa sahaja… :-)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
9 Responses
  1. aina :

    Date: August 20, 2008 @ 10:34 am

    Bagi saya, kalau watak utama itu perempuan, lebih baik diam sahaja. Sebabnya takkanlah perigi nak cari timba.Memang fitrah.

    Tetapi lainlah kalau memang terlalu mahu.

  2. :) :

    Date: August 21, 2008 @ 10:59 am

    hehehhe….
    malu lah nak gtau kiter suke die…

    tapi simpan perasaan kat orang, tanpe bgtau memang menyakitkan…
    makan hati jer memanjang…

  3. orizz :

    Date: August 23, 2008 @ 7:41 am

    Terima kasih aina dan :)..Kadang kala kita kena berfikir rasional dalam melakukan sesuatu perkara. Jika patut dan sesuai dengan keadaan luahkannya, tetapi jika akan memburukkan keadaan lebih baik pendamkan sahaja. :-)

  4. ila :

    Date: August 23, 2008 @ 10:31 pm

    even sy gurl,sy ttp akan luahkan.so,jika sy tlh mdpt jwpn yg sy iginkan, sy blh trskan lgkh strsnya.jk trma,sedap skit rs hati ni.jika x,sy pasrah n cb menerima cinta ‘baru’.spt film sepi, cinta tidak datang hanya sekali.n sy x akan rs menyesal kerana tidak cuba meluahkan.bjaya or gagal,bukan prsoalannya.tetapi,sy puas hati krn sy tlh cuba.n sy xmnyesal kptsn utk lngkh strsnya.stp ssuatu de hikmahnya.

  5. inspirasibrunei :

    Date: August 31, 2008 @ 11:26 am

    pada pendapat saya, dalam situasi yg agak complicated mcm ni, kita gunakn pertolongan orang tengah..pastikn status sebenar si dia adakah dia masih single ataupun tak..cuba selidiki sedikit sebanyak tentang si dia..bagaimana sifatnya, pergaulannya dan mcm2 lg..bila line dah clear, barulah berhadapan dengan si dia..cuba untuk terima kenyataan walau apapun jawapan dan reaksi si dia nanti..yg penting kita dah luahkn apa yg tersirat di hati :)

  6. paknat :

    Date: September 1, 2008 @ 2:31 am

    klau secara motivasinya aku akn ckp ko mest truskan niat 2. pergi n mngaku je kat dia..

    tp realitinya aku bkn jenis yg sk berebut ngan org..so aku akn biar je. n maybe 1 day akn ada peluang utk ckp yg btl n ngaku kt awek 2. n maybe dia pun ada prasaan kt ko.be positif je. btl. n ada 1 rahsia..ko ngorat secara invisible. mksudnya bkn secara terang2.tnjukkan personaliti yg menarik mcm senyum dsb, gaya percakapan yg menarik & tgk la hasilnya..ko dh bejaya buatkan dia berfikir ttg diri ko..try la(bg org mcm aku la-pemalu):)

  7. mamat :

    Date: September 6, 2008 @ 12:32 am

    jap2… steve austin tu sapa??? korng knl x??? austin power aku tau la…

  8. tawakal jaya :

    Date: September 6, 2008 @ 12:33 am

    setuju-tuju dgn inspirasibrunei

    tp,complicated r kasus nih
    susah sket bile ade membe da masuk line

    but,klo dah minat balun je..be gentle

  9. orizz :

    Date: September 6, 2008 @ 4:38 pm

    bukan steve austinlah ..steve jobs..pengerusi syarikat Apple :-)

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.