Lisa Surihani Diajak Keluar?
July 30, 2009 7:08 pm Cinta, Falsafah KejayaanAssalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya belajar satu konsep yang baru beberapa hari lepas. Rupa-rupanya ‘penolakan’ adalah satu mitos. Dengan erti kata, ianya tidak langsung wujud. Tiada maksud ‘penolakkan’, maka tiadalah wujud takrif ‘kegagalan’. Manusia tidak gagal. Kita sendiri yang mecipta kegagalan tersebut. Hairan bukan..
Biar saya memberi satu analogi mudah. Bayangkan anda seorang lelaki yang masih lagi bujang. Tidak lagi mempunyai teman istimewa. Namun dihati, anda tidak ingin keseorangan. Anda ingin mencari CINTA. Anda ingin membina keluarga bahagia. Cewah..
Anda meminati seseorang dan ingin mengajaknya keluar. Anda berminat ingin mengajak Siti Nurhaliza( opss dah kahwin) Lisa Surihani bukan nama sebenar keluar. Lalu anda pun bertanya kepadanya.
“Boleh kita keluar”
“Owh maaf.Saya sudah pun berpunya,”jawab Lisa Surihani bukan nama sebenar menjawab.
Adakah penolakkan itu suatu kegagalan? Jawapanya tidak. Lihat daripada sudut positif. Sebelum anda bertanya kepada si dia, si dia tidak keluar juga dengan anda. Selepas anda bertanya kepada si dia, si dia tetap tidak keluar dengan anda. Ini bermakna keadaan tetap sama sebelum dan selepas anda mengajaknya. Tiada yang berbeza ,betul tak?
Perbezaan hanya wujud apabila anda balik dan memberitahu kepada emak anda,
“emak, Siti Nurhaliza( opss silap lagi ) Lisa Surihani bukan nama sebenar tidak mahu keluar dengan saya.”
Kesimpulan, penolakkan adalah sekadar mitos. Ianya dicipta oleh diri sendiri. Kita sendiri yang mencipta kegagalan tersebut. Keadaan tetap sama, tetapi kita yang menjadikannya lebih teruk.
Hoho.Salam motivasi.
PS : Kepada sesiapa yang sampai blog ini melalui kata kunci ‘Siti Nurhaliza’ dan ‘Lisa Surihani’, sekali sekala bacalah artikel motivasi. Baru power..

















mysm :
Date: September 4, 2009 @ 5:48 am
huuuu…power tajuk artikel nihhh..ingatkan gossip panas kerr
put3nia :
Date: January 8, 2010 @ 7:54 pm
hehehe…