Love or Like
October 11, 2008 10:04 am Cinta, DefinisiSalam motivasi dan Selamat Hari Raya. Anda masih mengadakan rumah terbuka? Kalau belum cepat-cepatlah jemput saya.
Hari ini saya ingin tanya pendapat anda. Soalan yang agak complicated. Selalu dengar tetapi kalau ditanya, susah juga hendak jawab. Apakah anda akan jawab jika anda ditanya soalan ,
” Apakah beza antara like dan love?”
Semua orang tahu apa itu love. Tetapi jika diminta diterangkan apa maknanya agak memakan masa juga untuk jawab.
Sebenarnya saya pernah ditanya soalan begitu. Iaitu kira-kira beberapa tahun yang lalu. Ketika menghadiri kem untuk temuduga biasiswa Petronas di Universiti Teknologi Petronas, Perak. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan besar yang terdiri daripada seorang fasilitator.Tiba-tiba sahaja, pada suatu hari fasilitator bertanya kan soalan itu. ” Apa perbezaan antara like and love?”
Kami yang masih lagi remaja, agak binggung untuk menjawab. Yelah kami tahu apa itu love, tetapi untuk menerangkannya bukan mudah. Lebih-lebih lagi meminta perbezaan antaranya.
Tiba-tiba muncullah seorang lelaki macho mengangkat tangan untuk menjawab. Harap anda memberi pendapat anda nanti k di ruangan komen.
” Love dan like ada bezanya. Saya beri satu anologi mudah. Contohnya aiskrim. I like aiskrim and i love aiskrim. Besar jurangnya. Jika i like aiskrim, kita sekadar minat sahaja. Tidak dapat aiskrim tersebut tidak mengapa. Berbeza pula dengan i love aiskrim, anda betul-betul sukakannya. Ia menjadi kegilaan anda. Anda sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya. Anda akan mengambil action untuk memastikan ianya realiti. Tetapi berlaianan dengan like. Tiada action atau mungkin sedikit action yang hanya diambil. Itulah beza antara like or love. “Jawab lelaki tersebut dengan penuh yakin.
PS: Saya bukanlah lelaki yang memberi jawapan tersebut.

















Fesal :
Date: October 11, 2008 @ 7:05 pm
Ya. Cinta itu memang sakit. Suka itu biasa sahaja. Tetapi sakit itu yang membahagiakan.
missIzrie :
Date: October 12, 2008 @ 11:11 am
Pada pendapat saya, macam sama je. Sebab ianya boleh dibentuk apabila mengalami alam perkahwinan.
Naim :
Date: October 26, 2008 @ 4:11 pm
Kalau dalam konteks suka atau cinta lelaki dan perempuan, yang membezakannya adalah:
Selama mana seseorang merasai ‘crush’? Pakar psikologi menggunakan tanda aras 21 bulan. Maknanya, jika anda berminat dgn seorang anak gadis baik secara sengaja ataupun terserempak dan masih mengenangkan dia selepas 21 bulan tidak kira samada anda selalu bertemu dengannya atau tidak, maka ia adalah cinta. Jika tidak, adalah sekadar crush atau minat.