Matang Untuk Seorang Lelaki?
February 6, 2009 10:06 pm Cinta, UmumSalam inspirasi.
Hehe. Hari ini saya ingin bertanya soalan sedikit. Saya hendak bertanya jika anda ingin memilih teman hidup, siapa yang anda pilih? Seorang yang matang atau seorang yang tidak matang?
Saya percaya ramai akan berkata kematangan merupakan aspek yang penting dalam sesuatu perhubungan. Bukan sekadar ramai tetapi hampir semua orang mengatakan kematangan merupakan perkara penting dalam memilih pasangan hidup. Tanpa kematangan sesuatu hubungan akan huru-hara.
“Saya nak laki tu sebab dia matang.”
“Saya hendak perempuan tu sebab dia berfikiran matang.”
Mari kita pergi ke persoalan yang kedua. Apakah itu matang dan bagaimana hendak menentukan seseorang itu matang atau tidak?
“Ala senang sahaja tu, tengok sahaja daripada gaya lagaknya. Laki yang matang adalah laki yang cool dan pendiam. Laki yang suka ketawa dan bersikap main-main dikatakan tidak matang.”
Bagaimana dengan perempuan?
“Ala. Banyak tanya pula engkau ni.Perempuan yang bijak berkata dan isi yang bernas dikatakan matang. Perempuan yang suka ketawa dan tidak serius dikatakan main-main.”
Salah! Salah! Ketahuilah matang bukanlah boleh dinilai daripada luaran. Ianya tidak boleh dilihat. Ia berkaitan dengan kehidupan. Kematangan dinilai berdasarkan bagaimana seseorang menjalani kehidupannya. Oleh itu anda perlu mengenalinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang.
Kalau saya, saya menilai kematangan seseorang lelaki berdasarkan dengan menanya soalan –soalan dibawah. Jawapan yang diberikan dapat memberi kita tahu tahap kematangannya.
1. Bagaimana anda menguruskan kewangannya?
2. Apakah matlamat akhirat dan hidup anda? Adakah anda mempunyai perancangan dan apa yang hendak dilakukan dalam 10 tahun ini?
3. Apakah buku yang dibaca oleh anda?
4. Bagaimanakah ilmu anda mengenai agama?
5. Adakah anda tahu batas-batas pergaulan denga masyarakat?
dan lain-lain…
(5 aspek ini penting dalam menjadi suami yang yang baik
)
Kesimpulan kepada dua persoalan diatas, jika anda perempuan dan ingin mencari lelaki sebagai pasangan hidup, pastikan dia matang. Sebabnya ramai mengatakan kematangan merupakan sesuatu yang penting dalam sesuatu perhubungan. (sebenarnya tidak matang pun tidak mengapa).
Kedua, semak adakah dia matang mengikut takrif kematangan kehidupan diatas atau anda boleh menulis sendiri takrif kematangan anda. Jika jawapan adalah kedua-dua positif maka lelaki itu lulus untuk berkahwin.
PS: Saya bukanlah kaunselor perkhawinan jadi kemungkinan nasihat ini boleh diabaikan.
Salam kematangan.

















saye :
Date: February 6, 2009 @ 10:31 pm
saya suka main2
saya urus kewangan saya sesuka hati
saya xde matlamat idup
saya suka baca doraemon
saya kurg pasti ilmu saya tentang agama
batas2 pergaulan tu ape?
p/s: saya xtau ape sy pikir. adakah sy tidak matang?
zaty :
Date: February 6, 2009 @ 11:19 pm
sy pun rasa diri xmatang lagi. bilalah nak matang ni? ;(
nemzetiszocialiszmus :
Date: March 12, 2009 @ 6:46 pm
Kelima-lima indikator tersebut telah di usahakan oleh nemzetiszocialiszmus sebelum baca artikel blog ini.
Tapi,nemzetiszocialiszmus masih tidak dapat mengenal pasti tahap kematangan sebenar.
Persoalan yang timbul, adakah kita dapat merasa kematangan kita, atau ia hanya lebih tepat dalam penilaian org?
orizz :
Date: March 15, 2009 @ 10:03 pm
panjangnya nama nemze.. bagi saya indicator di atas saya guna untuk menilai kematangan seseorang.
mohd saifullizan senin :
Date: April 7, 2009 @ 12:11 am
matang……..boleh berfikir dan bertindak secara rasional mengikut situasi……kut?
Lys :
Date: July 30, 2009 @ 11:11 am
salam..
kes saya lain plak…
dlm diam saya myimpan perasaan t’hdp sidia..saya takut meluahkan prsaan itu lgpn umo dia 25taun..saya tau faktor umo xmjd halangn dlm s’sbuah phubungan tp,saya malu jka saya ditolk..smalam patah ati saya bila mgtahui dia sudah mempunyai calon hidup bahkan mrancg perkahwinan xlma lg..tp,yg mbuat saya t’tnya2 knpa dia tlalu ambl bert tntg saya?skar skali saya nak tepis prasaan ini kerna dia tlalu baik..saya btol2 trasa dipmainkan…apa yg perlu saya buat???taun lepas kkasi saya kwen dgn plhan hatinya..kali ni kes yg sama jg…mlg sunggh nasib saya…..
Mohammad Hafiz Bin Che Nohz :
Date: August 10, 2009 @ 11:33 am
matang???
saya seorang yang suka gelak..
saya seorang yang sukakan cerita2 yang tak masuk akal seperti doraemon dan harry potter dll..
tetapi saya buat sesuatu dengan penuh semangat seperti assignment dan main..
jika saya belajar susah nak berenti.. begitu juga main..
sukar untuk saya mengiktiraf seseorang wanita menjadi kawan rapat atau awek..
saya berfikiran panjang seperti saya sentiasa berfikir 50 tahun akan datang.. bagaimana nasib hidup saya, anak2 dan cucu2..
dan saya lebih suka bersendirian ataupun berkawan seorang dua sahaja..
saya lebih gemar melakukan kerja tanpa mengharapkan orang lain..
saya lebih mementingkan diri orang2 lain daripada diri saya..
bagi saya biar kehilangan diri jangan kehilangan kawan..
saya selalu diberi tekanan oleh dunia luar seperti gossip dan fitnah..
adakah saya tidak matang???
saya pernah tackle awek di kampus saya dan 8 kali saya ditolak.. namun saya tetap takkan putus asa.. saya sanggup tunggu dia..
untuk Lys:
jangan rasa begitu Lys.. itu semua dugaan hidup untuk membuatkan kita lebih matang.. saya harap Lys akan terus berusaha kerana bagi saya.. hari esok pasti akan lebih bersinar dari hari ini.. kalau tak pun mungkin hari esoknya.. kalau tak juga mungkin esoknya.. dan kalau tak juga mungkin satu hari nanti kita akan bahagia.. bahagia yang tak pernah dirasakan sebelum ini..! Gotcha!
fizah26 :
Date: September 9, 2009 @ 7:03 pm
camne kalu nk jd matang bg pompuan plak ek??
nk gak jd matang…waaa…