Ebook Pengurusan Masa
July 18, 2008 2:04 am EbookYa, seperti mana tajuk di atas saya telah berjaya menyiapkan sebuah ebook mini berkaitan dengan pengurusan masa. Ia memakan masa sehari lebih untuk disiapkan. Memang penat tetapi memberi kepuasan kepada saya kerana dapat berkongsi dan sebagai langkah promosi laman web ini.
Dalam ebook ini ia menceritakan tentang 22 tips dan panduan bagaimana mengurus masa dengan lebih efektif lagi. Ianya mudah sahaja dan tidak sesukar mana. Ia mengandungi 10 muka surat sahaja dan saya yakin anda dapat menghabiskan dalam masa yang singkat sahaja. Apa yang penting adalah kita dapat mengimplementasi idea yang terdapat dalam buku ini.
Dan menariknya ebook ini adalah percuma. Saya harap anda dapat sebarkannya kepada beberapa rakan anda supaya mereka juga mendapat manfaat bersama. Sama-sama sebarkan. Saya berkongsi ilmu anda penyebarnya.
Saya tidak menjanjikan kepada anda sesuatu yangtinggi, tetapi saya percaya ilmu yang ada dalam ebook ini bernilai dalam memberi anda sebuah kehidupan yang bermakna.
Selamat membaca dan berilah komen anda terhadap ebook ini. InsyaAllah, supaya saya dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada masa akan datang. Untuk download Klik Sini
![]()
















