Takut Itu Normal
November 9, 2008 11:58 pm Ebook, Pembentangan MemikatAkhirnya berjaya juga saya menyiapkan ebook mini saya yang pertama.InsyaAllah kalau tiada aral melintang pada esok 11/11/08 ia akn dilancarkan. Ianya merupakan ebook yang ringkas sahaja. Iaitu laporan “97 Tips Pembentanagn Memikat”.
Dalam laporan ini anda bakal didedahkan dengan sebuah laporan berbentuk PDF
97 rahsia, panduan dan tricks ‘public speaking’ yang akan membantu anda melakukan pembentangan yang memikat. Ini laporannya.

Tips untuk hari ini…
” Takut melakukan pembentangan adalah normal.”
Pembaca sekalian, adakah anda takut melakukan pembentangan atau pengucapan umum? Anda tidak bersendirian. Hampir semua manusia takut menghadapi umum untuk berucap. Termasuklah saya.
Takut untuk melakukan pembentangan atau pengucapan umum merupakan suatu perkara yang normal. Semua orang menghadapinya termasuklah pakar dalam bidang ini. Yang membezakan seseorang yang berjaya dalam bidang ini adalah berdasarkan bagaimana mereka menghadapinya. Kesimpulannya, jangan takut. Just do it.
”Jangan biarkan ketakutan menghantui anda.”
P.s: Jika anda berminat untuk mendapatkan laporan ini Klik Sini
















