52 minggu untuk tahun 2010
January 3, 2010 12:33 pm Falsafah Kejayaan, PendapatAssalamualaikum dan salam sejahtera,
Tanpa kita sedar, kita kini berada di tahun 2010. Yang pastinya, setahun sudah berlalu. Sama ada kita suka atau tidak, kita tetap berada di tahun 2010. Yang pastinya berlaku lagi peningkatan umur. Tua setahun nampaknya saya. Hoho.. Jadi, apa azam anda tahun ini? Disini saya senaraikan cadangan beberapa perkara perlu disedari tentang peningkatan umur ini .
1. Mempunyai matlamat. Menyedari pentingnya mengetahui apa yang ingin dicapai dalam tahun ini. Ingat, kita hanya mempunyai 52 minggu sahaja tahun ini.
2. Menyedari perkara-perkara penting untuk dilakukan. Ini kerana kita tidak mampu melakukan semua perkara. Tetapi kita mempunyai pilihan untuk memilih perkara yang ingin dilakukan.
3. Sedar tentang umur yang meningkat. Maksudnya selangkah kita kealam kematian. Adakah kita bersedia? Nampaknya, perlunya kita muhasabah diri mengenai hal ini. Bijak di sini dan juga bijak di sana. Membuatkan saya terfikir sesuatu ayat mengenainya. ‘Kematian adalah syarat menemui cinta’. Cinta yang abadi
4. Belajar tentang sesuatu. Jangan bazirkan masa yang ada. Manusia akan terasa hidup apabila mempelajari sesuatu. Jadi tidak kisah apa perkara pun, pelajari sesuatu untuk tahun ini.
Apa-apa pun yang ingin dilakukan, ingatlah kita hanya ada 52 minggu sahaja untuk tahun ini.
Ada cadangan lain untuk dilakukan? Apa kata kongsi bersama.
Salam inspirasi dan selamat tahun baru.

















sizuka :
Date: January 3, 2010 @ 2:08 pm
salam..
apakah azam Dr Inspirasi pada tahun 2010? Adakah akan mendirikan rumah tangga?
admin :
Date: January 3, 2010 @ 4:38 pm
Sizuka,
kalau ada rezeki adalah
tapi itu azam tahun 2011 atau 2012 kot..
azam tahun ini meningkatkan wang untuk hantaran..haha
apakah azam saudari?
sizuka :
Date: January 3, 2010 @ 4:56 pm
haha. insyaAllah. kalau ada jodoh tak ke mana. =)
azam saya berjuang untuk dapatkan the best cgpa. (macam poyo pulak ayat ni)..hihi
admin :
Date: January 7, 2010 @ 9:35 pm
Semoga berjaya meningkatkan cgpa anda.
put3nia :
Date: January 8, 2010 @ 6:48 pm
salam admin..1st day with ur blog..nice to share my azam untuk tahun ni untuk belajar sesuatu yg tak pernah tahu and ambil sebelum ni..