Pacuan Emosi
November 28, 2008 6:44 pm Falsafah Kejayaan, KesihatanJika anda hendak berjaya. Manipulasikan emosi anda. Sebabnya manusia ini pelik. Manusia bukanlah bertindak berdasarkan rasional atau logikal, tetapi kebanyakkannya adalah berdasarkan emosi.
Kita ambil sebuah contoh. Amin tahu untuk kekal sihat dia perlu bersenam. Sekurang-kurang 3 kali seminggu 20 minit untuk setiap sesi. Secara rasionalnya dia tahu kebaikkan bersenam. Kalau dia malas, dia tahu logiknya dia akan mudah jatuh sakit. Jadi dia pun mengambil keputusan untuk bersenam.
Tetapi apabila hari tersebut datang, tiba-tiba sahaja beliau berasa malas. Beliau rasa ingin duduk di rumah. Sebabnya, dia berasa seronok untuk di rumah menonton televisyen. Emosinya memandunya lebih kearah untuk kekal sahaja duduk di rumah. Akhirnya perlawanan antara emosi dan rasional dimenangi oleh emosi.
Lihat sahaja kejayaan yang berlaku disekeliling. Kebanyakkannya juga dipacu oleh emosi. Emosi yang membara untuk menggengam kejayaan menyebabkan mereka berusaha keras.
“ Manusia dikurniakan emosi dan pemikiran rasional.
Tetapi kebiasaanya, manusia lebih cenderung
memilih sesuatu berdasarkan emosi.”
Jadi apa lagi, paculah emosi anda untuk mencapai kejayaan.
















