Perancangan
October 31, 2008 7:03 am Falsafah KejayaanTahukah anda mengapa anda perlu merancang masa depan anda? Ia penting supaya anda tahu kemana destinasi anda yang ingin dituju. Tetapi jika anda tidak mempunyai matlamat dan perancangan, maka hilanglah arah anda. Anda tidak akan sampai ke destinasi akhir anda. Perancangan bertindak sebagai kompas membawa anda ke tempat yang ingin dituju.
” Dengan tidak mempunyai perancangan, anda akan dengan mudahnya jatuh ke rancangan orang lain.”
Amin : Hari Sabtu ni engkau free tak?
Din : Aku rasa tak ada apa-apa,sebab aku pun tak tahu apa yang hendak dibuat.
Amin: Baguslah begitu, kalau begitu apa kata kita pergi Pulau Pinang, sana ada kendurilah. Sepupu aku kahwin.
Din : Em..baiklah
Pembaca sekalian. Cerita dia atas hanya anologi mudah sahaja. Disebabkan tiadanya matlamat dan tidak tahu perancangan hidupnya, pemuda Din dengan mudah jatuh ke perancangan orang lain.
Begitu juga dengan kehidupan. Dalam kehidupan ianya jauh lebih kompleks daripada itu. Jika anda tidak ada perancangan hidup, akhirnya tanpa anda sedari anda akan jatuh pada perancangan orang lain. Tetapi jika anda mempunyai perancangan, segalanya tampak mudah untuk diharungi.
Amin: Hari Sabtu ni engkau free tak?
Din: Kenapa?
Amin: Aku ingat nak pergi Pulau PInang. Sepupu aku kahwinlah. Jomlah ikut.
Din: Maaflah. Aku dah janji dengan seseorang untuk keluar membelih-belah.:-P
Tidak kira apa matlamat anda, punyailah perancangan.Perancangan untuk kejayaan dunia dan akhirat. Salam matlamat dan jangan lupa membuat perancangan hidup anda.
Ps: Maaf kesilapan pada post sebelum ini. Ebook akan dilancar 5 November dan bukannya 5 Oktober. ![]()
















