Sebab dan Impian…..
September 29, 2009 12:21 am Falsafah KejayaanKetahui ‘sebab’ anda. Semua orang pasti mempunyai sebab untuk mencapai sesuatu.Tidak kira apa yang diimpikan,tetapi pasti terselindung sebabnya. Contohnya seorang pemuda yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pasti jua mempunyai sebabnya. Dengan keputusan yang cemerlang, dia berharap supaya berpeluang untuk bekerja di tempat yang diingini. Begitu juga dengan keadaan pemuda lain. Contohnya seorang perempuan yang mengorat seorang lelaki.Pasti mempunyai sebab disebalik usaha mengoratnya itu.Untuk dijadikan teman hidup mungkin.
Jadi walau apa pun impian yang diingini, pasti terselindung sebab disebaliknya. Sebab itu yang membuat seseorang itu berusaha kuat. Berusah keras ingin menjadi kaya disebabkan mahu membahagiakan isteri,anak, ibu bapa dan lain-lain. Berusaha menjadi kaya disebabkan ingin memiliki rumah impian. Semuanya disebabkan ‘sebab’.
‘Sebab’ membuatkan seseorang bersemangat. Mengetahui kenapa mereka berusaha membuat seseorang berusaha bersungguh-sungguh. Jadi tips hari ini, ketahuilah sebab kepada impian anda. Semakin banyak sebab mengapa ada ingin mencapai impian tersebut, maka semakin gigih anda berusaha mendapatkannya
PS: Baru balik daripada kampung….

















Motivasi Kerja :
Date: September 29, 2009 @ 4:57 pm
Sebab adalah tujuan untuk kita melakukan sesuatu. ‘Sebab’ membuatkan seseorang bersemangat. Mengetahui kenapa mereka berusaha membuat seseorang berusaha bersungguh-sungguh.
wana :
Date: September 29, 2009 @ 4:58 pm
yup..saya pun mempunyai sebab..saya harap dapat m,enjadi problogger suatu hari nanti