Kepuasan

1:39 am Falsafah Kejayaan, Idola Kejayaan

Ianya satu kepuasan jika anda dapat menghasilkan sesuatu yang diinginkan. Ketika itu wang bukanlah ukuran. Ianya satu perasaan yang puas dan tidak dapat digambarkan. Anda tersenyum sendirian mengenangkan apa yang telah anda lakukan.

Wang memanglah penting. Tetapi tika itu saya percaya apa yang dilihat anda adalah satu kepuasan. Sebab itulah jutawan terus bekerja. Mereka bukanlah mahu wang. Jika wang menjadi matlamat mereka, saya pasti mereka akan berhenti apabila mereka telah berjaya mencapai sesuatu nilai. Donald Trump sudah pastinya akan berhenti kerja. Tony Fernandes sudah pastinya akan bersara. Hartanya sudah berjutaan ringgit. Jadi apa lagi yang hendak dikejarkan?

Jawapannya adalah satu, mereka seronok dengan apa yang mereka lakukan. Mereka menikmati proses ketika melakukannya.

Saya masih ingat lagi ketika buku pertama saya terbit. Saya akui royalti yang bakal diterima mungkin menarik jika buku saya laris di pasaran. Tetapi itu merupakan perkara yang akan datang. Apa yang mengujakan saya apabila buku saya  berada di pasaran, rakan-rakan membelinya. Famili menyokong apa yang dilakukan. Ahli keluarga tidak penat untuk mengutus doa mengharapkan kejayaan. Perasaan itu merupakan perasaan yang unik.

Ianya perasaan yang mengembirakan. Seolah-olah anda telah berjaya mencapai sesuatu yang besar, seolah-olah dunia itu anda yang punya. Pendapat saya, rasa itulah yang dirasakan oleh jutawan. Bukan wang yang dijadikan ukuran. Tetapi apabila anda berjaya mencapai sesuatu setelah mengharungi penat lelah, anda merasakan ianya satu kepuasan yang tidak dapat dibayangkan.

Jadi, apa kepuasan anda? :-P

Salam inspirasi

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
3 Responses
  1. alan the thinker :

    Date: November 7, 2009 @ 5:59 pm

    Saya amat setuju dengan pendapat dr inspirasi.Teruskan lah menghasil pendapat2 amat berguna seperti ni.Tq dr

  2. ShueQry :

    Date: November 14, 2009 @ 9:08 am

    Apa yang Orizz rasa, itu jugalah yang saya rasa. Kepuasan! Bagi saya, kepuasan muncul dalam proses menghasilkan sesuatu dalam bentuk tulisan.

    Orizz, saya amat bangga dengan awak. Blog ni dah semakin popular, subscribers awak bertambah dan sekarang awak dah menulis buku motivasi sendiri bersama seorang yang amat saya kagumi. Pencapaian awak membuat saya bersemangat sama. You’re truly amazing!

  3. admin :

    Date: November 29, 2009 @ 12:52 pm

    Shueqry..
    Terima kasih.Pencapaian yang ada pada hari ini adalah sebahagain daripada pertolongan anda. Saya betul2 menghargainya. Semoga anda juga terus berjaya mendapat ‘kepuasan’ anda..

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.