Matlamat Realistik
November 22, 2008 10:53 am Idola Kejayaan, Quote Motivasi, WinnerJika anda mempunyai dan sudah menulis matlamat anda, maka kerjalah untuk merealisasikannya. Tetapi pastikan matlamat anda merupakan sesuatu yang realisitik. Pastikan gol atau destinasi itu bukan sekadar fantasi sahaja, tetapi boleh dicapai.
Semak matlamat anda adakah ianya bersesuai dalam tempoh masa tersebut. Adakah ianya rasional mengikut keadaan anda? Contohnya anda ingin menjadi jutawan dalam masa 1 tahun.
Memang impian tersebut boleh dicapai tetapi adalah mustahil untuk anda menjadi jutawan dalam masa 1 tahun jika pendapatan anda hanya RM5000 sebulan sahaja. RM1 juta jika dibahagikan kepada 12 bulan bermaksudnya anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai pendapatan RM90000 sebulan. Adakah ianya logik untuk dicapai? Ianya logik untuk dicapai tetapi persoalannya, adakah ianya realistik bagi anda yang sekadar mempunyai pendapatan RM5000 buat masa ini?
“Tetapkanlah dan punyailah matlamat walaupun anda masih muda. Tetapi apa yang penting adalah anda mempunyai matlamat dan impian yang realistik. Banyak atlit mempunyai matlamat tetapi masalahnya mereka tidak tahu bagaimana hendak ke destinasi tersebut. Mereka hanya menempuhi kegagalan demi kegagalan dan kesan akhirnya menyebabkan mereka berasa tidak yakin dengan diri..
Anda memerlukan matlamat yang realisitik. Tidak kiralah sama ada ingin terpilih dalam pasukan atau melompat untuk sesuatu jarak, apa yang penting ianya boleh dicapai.”
Sally Gunnell

















KampungBoy :
Date: November 24, 2008 @ 10:51 am
Thanks 4 the sharing. Sharing is caring