Tue 6 May 2008
Roger Banister
Posted by orizz under Cerita Inspirasi, Idola Kejayaan
Untuk beribu-ribu tahun manusia percaya mereka tidak mampu untuk berlari 1 batu dalam masa 4 minit ke bawah. Mereka menganggap perkara tersebut adalah mustahil dan tidak akan dapat diatasi.
Selain itu, kajian –kajian yang ditunjukkan oleh doktor juga turut menyatakan perkara ini adalah mustahil.Ya,umum pada ketika itu menganggap perkara tersebut adalah gila.Hanya manusia luar biasa atau superhero sahaja mampu melakukan.Lupakan sahaja melakukan perkara gila tersebut.Kepercayaan mereka mengatakan perkara tersebut adalah mustahil.
Namun begitu,terdapat seseorang yang tidak menerima kepercayaan tersebut.Roger banister,percaya perkara tersebut boleh dilakukakn.Beliau menganggap perkara tersebut tidak mustahil.Beliau telah berlatih bersungguh-sungguh untuk melakukannya.
Akhirnya,pada tarikh 6 Mei 1954,Roger telah menjadi orang yang pertama memecahkan rekod berlari I batu dalam masa kurang daripada 4 minit. Roger telah memecahkan tembok kepercayaan yang dianggap mustahil oleh kebanyakkan orang.
Dan yang paling menarik sekali, selepas Roger memecahkan rekod tersebut,dalam masa 1 tahun dari tarikh tersebut,sebanyak 37 orang juga mampu melakukannya dan sebanyak 300 pula telah berjaya untuk tahun berikutnya.
Jika sebelum ini tiada siapa mampu memecah rekod ini, tetapi selepas Roger memecahkannya bilangannya bertambah. Dan semakin banyak untuk tahun yang berikutnya. Mengapa boleh berlaku peningkatan sedemikian? Sebab Roger telah memecahkan tembok kepercayaan ini. Akhirnya,mereka mengaggap perkara ini tidak mustahil.
Jadi,mulai hari in, berimpianlah walaupun perkara tersebut tidak ada orang lain pernah buat. Jangan letak batasan pada diri anda. Setiap kali diri anda berkata tidak pada impian anda,maka ingatlah kisah ini.















