5 Juzuk

4:00 pm Ilmu, Islam

Assalamualaikum dan salam sejahera,

 


Saya baru pulang daripada kampung yang tercinta. Memang seronok dapa berpuasa di sana. Wah…Terasa ingin bercuti lagi. Tetapi apakan daya, banyak tugas sedang menunggu. Harap saya tidak terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada pembaca blog. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan dapat kita tempuhi dengan lebih baik daripada sebelum ini.

Beberapa hari lepas saya terfikirkan suatu kempen.Ya, kempen untuk muhasabah diri sepanjang Ramadhan ini.Kempen ini adalah mengenai kempen membaca Al-Quran. Saya namakan kempen ini ‘Kempen membaca Al-Quran 5 juzuk’. Hoho.. Mesti ramai tertanya mengapa tidak 30 juzuk? Bukankah selalunya orang membaca sebanyak 30 juzuk atau khatam pada bulan Ramadhan ini?

Ya,saya tidak nafikan itu. Tetapi persoalannya berapa ramaikah yang akan berjaya menghabiskan 30 juzuk untuk bulan ini? Lebih malang lagi tiada lansung yang membaca al-Quran seperti bulan yang berlalu disebabkan sibuk dengan aktiviti masing-masing. Rasanya nanti boleh dibilang dengan jari yang mengkahatam Al-quran di bulan keberkatan ini. Lebih ramai lagi saya rasa tidak menghabiskan sejuzuk pun. Aduhai, itulah kenyataan. Saya tidak kata anda, saya percaya anda yang membaca ini semuanya baik-baik. :-P

Kenapa 5 juzuk? Saya menyemak kemampuan diri sendiri. Saya merasakan saya mampu untuk memberi komitmen sebanyak 3 mukasurat sehari. Lalu saya darabkan dengan 30 hari. Maka terhasillah  sekitar 90 mukasurat. Lalu saya lihat di dalam Al-Quran, untuk menghabiskan 5 juzuk memakan sebanyak 101 mukasurat. Jadi disitulah saya meletakkan tanda aras matlamat 5 juzuk iatu yang bersamaan dengan 3 mukasurat sehari. Suatu matlamat kecil tetapi mempunyai  ganjaran yang sangat besar.

Sememangnya memang nampak mudah 3 mukasurat, tetapi tepuk dada tanya selera. Ianya bukan sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang tersangat sukar. Tetapi bagi yang merasakan mampu melakukan lebih daripada itu, tidak mengapa silakan. Kempen ini adalah untuk memeriahkan lagi bulan Ramadhan. Jadikan 5 juzuk itu sebagai matlamat. Jika lebih daripada itu tidak salah.

Jadi, ayuhlah kita meriahkan kempen membaca Al-Quran 5 juzuk. Bersama-sama kita rebut keberkatan Ramadhan yang ada padanya. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Selamat berpuasa dan selamat beribadah. Salam Ramadhan. :-)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
3 Responses
  1. saye :

    Date: August 25, 2009 @ 1:21 am

    semoga 3 mukasurat sehari ini dapat diteruskan untuk bulan-bulan yang akan datang juga malah dapat dipertingkatkan lagi..
    insyaAllah..

    salam Ramadhan

  2. fathuri :

    Date: August 25, 2009 @ 8:38 am

    Assalamualaikum Dr. Apa khabar? Lama tidak dengar berita…dan tiba2 keluar dengan kempen yang baguuuuuss sekali.

    Saya sokong kempen di atas. Bak kata pepatah inggeris “better something then nothing”

    Oh ya, bagi mereka yang tamakkah pahala pula apa kata kita adakan kempen “baca surah Yasin sekali sehari”.Nabi kata pahalanya seperti 10 kali khatam Al-Quran.

    Oh! tentunya pelaburan masa yang sangat berbaloi. Hanya 15 minit sahaja…

    Salam ceria dari saya & selamat berpuasa ya DR.

    Terima kasih atas kempen itu, tentu pembaca sukakannya…dan insyaAllah pahalanya akan kembali kepada Dr.

    Assalamualaikum

  3. Mantra :

    Date: August 26, 2009 @ 6:21 am

    Assalamualaikum Dr,
    Bagus ni. Walau tak dapat 30 juzuk, 5 juzuk pun dah kira bagus. Tak dapat 5 juzuk 1 juzuk pun ok. Jangan tak dapat langsung sudahlah. Allah beri 24 jam kepada setiap insan, 1 minit untuk baca 1 muka surat Al-Quran sangatlah kecil perbandingannya dengan masa 24 jam yang kita ada. Salam Ramadhan…

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.