Kehidupan Ini…

10:54 pm Islam, Winner

Jarum berdetik menghasilkan saat.Saat menginjak menghasilkan minit. Minit berkumpul  menghasilkan jam. Jam berlalu menghasilkan ketika. Ketika ini dikumpul menghasilkan ruang. Ruang ini diisi dengan aktiviti maka terhasillah kehidupan. Bagaimana kita mencorak kehidupan ini, semuannya bergantung pada matlamat kita. :-)

Mengupas makna kehidupan merupakan sesuatu yang sukar. Tetapi jika sumber yang diambil adalah betul, ianya pasti memudahkan. Jadi hari ini apa kata kita berbicara tentang aspek kehidupan. Persoalan yang berkaitan dengan tujuan hidup. Sudahkah anda bersedia?

“Apakah tujuan anda dihidupkan di dunia ini?”

Saya pasti ramai mempunyai jawapan yang tersendiri. Ramai mampu memberi buah fikiran yang bernas dan matang. Disini saya tuliskan 2 jawapan yang dijawab di dalam Al-Quran tentang tujuan kita dicipta dalam dunia ini.

  • Sebagai hamba yang sujud kepadaNya

Firman Allah SWT, maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.”

Surah al-Bayyinah 5:98  

  • Sebagai Khalifah  mentadbir bumi yang telah diamanahkanNya

Firman Allah SWT, maksudnya “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Surah al-An’am 6 :165

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
4 Responses
  1. ika :

    Date: March 20, 2009 @ 11:38 am

    salam,
    sekadar menambah pandangan dan peringatan untuk diri sendiri, biler bcer entry ni teringat lak teka-teki imam Ghazali,
    Beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :” Besi, gajah”. Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘menanggung amanah’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

  2. orizz :

    Date: March 22, 2009 @ 11:10 am

    betul tu ika..manusia dengan bangganya menyahut cabara tersebut. Mereka tidak tahu sebenarnya tugasan itu sangat berat.. :-)

  3. salsabil_3001 :

    Date: September 15, 2009 @ 11:40 am

    Nak share juga, memang benar, tujuan hidup kita di dunia ni ada dua:

    1. sebagai khalifah;

  4. salsabil_3001 :

    Date: September 15, 2009 @ 11:47 am

    nak share juga, memang benar, ada dua tujuan kita diciptakan di dunia ini, seperti yang telah dicatatkan dalam al quran,

    1. sebagai khalifah
    dalam surah al baqarah, ayat 30

    2. untuk beribadah
    dalam surah az-zariyat, ayat 56

    tapi ramai yang tak tahu tujuan sebenar dia diciptakan, maka, jadilah dia seperti robot yang tak tahu tujuan dia diciptakan..

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.