Kenduri Kahwin
June 15, 2009 7:12 pm Ilmu, IslamAssalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah lama saya tidak update blog. Hampir seminggu. Satu tempoh yang lama. Sama seperti cuti sekolah.
Semalam, saya baru balik daripada Johor. Memenuhi kawan jemputan kawan saya yang berkahwin. Tahniah kepda saudara Mohd Helmi dan saudari Nora. Semoga berbahagia bukat setakat anak cucu, tetapi bercinta sehingga ke syurga. Biarlah cinta yang dibentuk menuju syurga yang abadi.
Persoalan hari ini. Kawan saya sudah pun berkahwin. Saya bila lagi? Umur semakin meningkat naik. Hehe..
Menceritakan mengenai kenduri kahwin mengingat saya kepada sebuah nasihat. Nasihat seorang yang bijaksana kepada anaknya. Nasihat Luqman Al-Hakim.
“Wahai anakku, kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia.”
Dan post sebenarnya untuk hari ini adalah tentang kematian.Wah,panjangnya mukadimah saya.
Nabi SAW pernah bersabda mengenai kematian,
“Ingatlah mati!Demi Zat dan jiwaku dalam kekuasanNya,kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”
Izinkanlah saya berkongsi lagi mengenai sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasullulah SAW.
Daripada Ibnu Umar,
“Wahai Nabi Allah,siapakah orang paling cerdik dan paling teguh?” tanya seorang Ansar kepada Nabi Muhammad SAW pada suatu hari.
Jawab baginda SAW, “Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik.
Kata-kata akhir artikel hari ini,
“Siapa yang cinta untuk menemui Allah SWT,nescaya Allah SWT cinta pula untuk menemuinya.”
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Salam inspirasi dan bakat.
















