Rutin Tidur

3:24 pm Kesihatan

Salam motivasi dan sejahtera. Maaf kerana lama tidak update. Bukan apa, Maxis Broadband saya buat hal. Modemnya rosak. Saya telah menelefon menefon pihak Maxis tetapi tiada apa-apa berita 2-3 hari selepas aduan dibuat. Ini menyebabkan saya terpaksa pergi sendir ke Maxis Center. Lebih teruk lagi, modem saya jenis lama.Mereka tiada stok. Yang package RM68 sekarang sudah tidak ada. So, saya terpaksa terminatekan penggunaannya. Minta maaflah Maxis. Sabar je lah. Saya harap suatu hari nanti saya dapat pasang Streamyx yang laju..hehe :-)

Bagaimana dengan anda ? Sihat dan bermotivasi? Saya harap dalam keadaan baik.

Hari ini saya igin kongsi dengan anda tentang info tidur. Jadikan bangun tidur anda rutin. Maksudnya disini jika anda bangun pukul 6, sila bangun pukul 6 pagi setiap hari. Ya, termasuklah hari Ahad. Sebabnya ianya berfungsi untuk kesihatan anda juga. Jika anda melanggar rutin ini , itulah menjadi faktor anda kurang cergas,

Dalam tubuh kita mempunyai hormon cortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan. Ia cenderung mengeluarkan hormon ini 3-4 jam sebelum kita bangun. Kira-kira pukul 2-3 pagi jika anda bangun pukul 6 pagi. Oleh itu, jika kita melanggar rutin ini dengan bangun lambat, inilah akan menyebabkan kita berasa tidak bermaya. Ia melanggar jam biologi kita. Dalam diri kita sebenarnya telah ‘disetup’ dengan jam biologi. Indahnya ciptaanNya.

Ingat, jalanilah hidup dengan aktif. Kalau hendak tidur juga tidurlah sebentar pada waktu tengahari. Pesanan ini untuk diri saya juga. :-P

Jumpa lagi di artikel akan datang.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.