Elak Bercakap Terlalu Cepat
October 28, 2008 6:09 pm Keyakinan diri, Pembentangan Memikat, UmumApa khabar? Bagaimana anda hari ini? Hebat? Dalam beberapa hari ini saya agak sibuk sedikit mengedit ‘e-laporan’ saya yang pertama. Masih ingat lagi? Berkaitan dengan bagaimana untuk membuat pembentangan yang memikat.
Ia kini dalam proses akhir dan lebih kurang 80% hampir siap. Tinggal 20% lagi.
Ini gambar laporannya. Tetapi belum lagi dilancarkan.

Bagaimana?Rasa-rasa apa pendapat anda dan berapakah patut harganya? Pening saya memikirkan harganya. Maklumlah first time buat perniagaan online. Tetapi apa apapun saya janji dengan anda laporan ini boleh didapati dengan harga RM10 untuk sesiapa yang mendapatkannya pada peringkat awal.
Tentang tarikh pelancarannya pula, saya rasakan jika tidak ada aral melintang dan semua seperti yang dijadualkan, pada 5 November ini anda boleh dapatkannya. Jadi kepada sesiapa yang ingin mempelajari dan mengetahui 97 tips, panduan, tricks melakukan pembentang yang memikat, jangan lupa dapatkannya. Jaminan wang akan dipulangkan jika anda berasa tidak puas hati.
Ini salah satu tips yang saya kongsi dalam laporan tersebut.
Elakkan Bercakap Terlalu Cepat
Bercakap dengan cepat adalah salah satu masalah komunikasi yang utama. Salah satu sebabnya seseorang bercakap dengan cepat kerana mereka bimbang perhatian audiens akan berubah. Andaian ini adalah andaian yang salah. Dengan membuat demikianlah sebenarnya akan menyebabkan anda kehilangan perhatian audiens. Sebabnya, apa yang dicakap oleh anda kurang difahami dan akan membuatkan anda kelihatan gemuruh.
Selain itu, ia juga memberi tanggapan bahawa anda tidak berkeyakinan dengan apa yang dicakapkan oleh anda. Elakkan daripada mengabungkan kesemua isi atau ayat dalam satu nafas percakapan.
Bersikap tenanglah untuk mengatasi masalah ini. Percaya dan nyatakan pada diri anda bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan jika anda berhenti mengambil nafas sekejap. Pendengar akan setia mendengar pada anda.
Apa pendapat anda?

















Shueqry :
Date: October 29, 2008 @ 1:19 am
Tinggal sikit lagi tu, 20 persen saja lagi
azie :
Date: October 29, 2008 @ 2:11 pm
tahu, bila saya tengok gambar tanpa membaca post ini terlebih dahulu, apa yang saya nampak adalah ‘97 tips memikat’ . disebabkan rasa pelik, takkanlah dr inspirasi nak buat buku macam tu..saya tengok balik dan baru perasan ada perkataan ‘pembetangan’ kat situ. =)
admin :
Date: October 29, 2008 @ 6:14 pm
Shueqry
-terima kasih.Nampaknya 20% lagi. Anda apa kurangnya. Ebook 7 muka surat.
Azie
-Hehe, rasa nak ketawa saya dengar. Nasib baik.Tetapi apa salahnyakan kalau keluar ‘97 tips memikat’? Jadi Dr Cinta lah pula