Mawi Berpengaruh?
March 4, 2010 7:10 pm Keyakinan diri, Pembentangan MemikatSalam motivasi dan salam inspirasi,
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda seni pengucapan umum. Ya, ia merupakan satu seni dan boleh dipelajari. Seni pengucapan umum sedikit sebanyak sebenarnya membuatkan karisma anda meningkat. Anda dapat membina pengaruh anda dengan lebih baik. Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai peratusan faktor yang mempengaruhi sesuatu pengucapan umum.
Dalam satu pembentangan/pengucapan faktor yang mempengaruhinya adalah;
- 7% datang daripada perkataan
- 38% datang daripada nada, kelajuan sebutan perkataan
- 55% datang daripada bahasa badan
Apa maksud dan kesimpulan di sini? Ini memberi makna bahawa perkataan yang diucapkan oleh anda kurang penting apabila anda melakukan sesuatu pengucapan. Perkara yang penting adalah bahasa badan anda. Bahasa badan anda dapat difahami orang walaupun kadang kala perkataan yang digunakan pelik. Bahasa badan yang baik dapat membuatkan anda lebih difahami dan seterusnya meningkatkan pengaruh anda dalam seni pengucapan.
Bahasa badan terdiri daripada bagaimana anda mengawal gerak badan anda, tangan, cara berjalan dan lain-lain ketika penyampaian dibuat. Oleh itu, jika anda mahu menjadi seorang yang berpengaruh, adalah paling baik anda memberi tumpuan yang lebih kepada bahasa badan.
Salam inspirasi

















