Hukum Minda
December 30, 2008 7:08 pm LOA, MindaKomputer merupakan satu alat yang kompleks. Teknologinya kadang-kadang membuat kita pening. Butang-butang yang halus dan kadang kala sambungan yang sukar di lihat menambahkan lagi kekompleksnya. Namun begitu, kita masih dapat menggunakanya walaupun tidak tahu bagaimana ianya berfungsi di sebalik tabir. Apa yang penting kita memberi tumpuan pada manualnya. Tahu apa yang perlu dibuat dan peraturan yang perlu diikuti. InsyaAllah dengan mengikuti langkah yang ditetapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.
Begitu juga dengan minda. Ianya merupakan satu ciptaan yang begitu kompleks. Malah kemampuannya jauh lebih hebat daripada komputer.Hendak memahami bagaimana sesebuah komputer berfungsi pun mengambil masa apatah lagi untuk memahami sesuatu rahsia di sebalik minda.
Untuk mengelak daripada saya berceloteh panjang. Apa yang penting disini, adalah kita tidak perlu tahu apa yang disebaliknya untuk mencapai kejayaan. Apa yang penting adalah kita perlu tahu manual penggunaannya. Dan untuk memahami manualnya anda mesti tahu peraturannya. Iaitu mengetahui berkenaan ‘hukum minda’. (Nampak menyeramkankan pula bila saya sebut demikian. )
Menurut buku Think Like A Winner, tulisan Dr Walter, minda mempunyai hukumnya tersendiri. Ia menerangkan bagaimana minda bertindak berdasarkan hukum tersebut. Dalam buku tersebut telah disenaraikan 5 hukum wajib untuk minda. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan menjelaskannya setiap satu pada masa akan datang. Hukum minda itu adalah :
1. Hukum kesan dan akibat.
2. Hukum pengawalan.
3. Hukum kepercayaan.
4. Hulum penumpuan.
5. Hukum tarikan. (rasanya ramai tahu tentang ini iaitu LOA-Law Of Attraction)
Apa-apa pun anda jangan risau. Ianya tidak sekompleks mana. Hukum ini sekadar untuk diketahui bagaimana ianya dapat digunakan untuk mencapai kejayaan. Jumpa lagi di post yang lain. Salam motivasi.
















