Macam Mana Nak Bersemangat?

Keyakinan diri, Tips Motivasi, impian 4 Comments

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah tips  yang menarik daripada Zig Ziglar. Beliau merupakan seorang pakar motivasi zaman dahulu. Bermula daripada zero bertukar kepada hero. Bukan mudah.

Pembaca sekalian, cara dan keadaan anda bangun menentukan hari anda. Jika anda berasa malas dan tidak bermaya, percaya atau tidak, keseluruhan hari anda juga mengalami begitu. Jika anda bangun dengan berkobar-kobar, hari anda juga pasti menjadi sangat menarik. Tetapi bagaimana untuk mengalami perasaan begitu. Zig Ziglar telah berkongsi mengenai 2 tips yang dapat dilakukan pada awal pagi anda.

1.    Memberi tepukan pada anda. Mungkin anda boleh memberi tepukan pengangkap pada diri anda. Masih ingat? :-P

2.    Menyanyi ketika mandi. Ya…Ingatlah pepatah, kita menyanyi bukan sebab kita gembira, tetapi kita menyanyi sebab itulah kita gembira. Jadi untuk gembira, maka bernyanyilah.

Harap tips yang dikongsi membantu. Jangan terlebih semangat sudahlah.  :-P

Salam inspirasi.

Siapa Mentor

Cerita Inspirasi, impian 4 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk berjaya dalam bidang apa pun, anda perlu mempunyai mentor ataupun asiprasi. Ataupun anda boleh mencari seseorang yang boleh dijadikan sebagai tanda ukur kejayaan anda. Perkara ini saya akui memang ada kebenarannya. Dengan mempunyai inspirasi atau perasaan cemburu pada kejayaan orang lain membuatkan anda lebih bersemangat untuk berjaya. ( Cemburu secara sihat ye.. :-P )

Impian untuk mencapai sesuatu ada pasang surutnya. Mungkin ketika ini anda begitu bersemangat, tetapi entah mengapa, ianya menjadi lain pada kemudian hari. Anda berasa biasa sahaja terhadap matlamat anda. Suram dan tidak bertenaga. Perkara yang sama  juga berlaku pada diri saya. Pada awal tahun baru, saya begitu bersemangat menetapkan matlamat.Tetapi ianya semakin surut hari demi hari. Tetapi kini nyalaan itu bersemangat semula apabila membaca facebook mohd suhaimy salah seorang pakar internet begitu semangat menulis 3 buah buku serentak. Ianya membuatkan saya ingin juga membuat demikian. Hehe.. :-P

Tidak dapat diakui, kita mungkin sedikit lupa kepada matlamat. Tetapi apabila membaca kejayaan orang lain membuatkan kita rasa jauh sekali. Seterusnya memberi semangat kepada kita bahawa kita juga boleh berjaya.

“Jika dia boleh buat,aku tentu boleh buat juga.”

Perkara ini secara tidak langsung memberi dorongan motivasi semula. Jadi, apabila anda merasakan motivasi anda semakin suram. Maka carilah mentor. Carilah aspirasi. Carilah perasaan cemburu untuk bersaing secara sihat. Ianya sedikit sebanyak membantu memarakkan semula motivasi anda.

Salam inspirasi.

Hargai bakat anda

Bakat 2 Comments

Hargailah bakat anda. Masa sentiasa berubah. Hari ini yang berlalu tidak sama dengan semalam yang telah menjadi sejarah. Masanya berubah, keadaannya turutnya berubah, dan yang pastinya suasananya juga tidak sama. Peluang dan tika yang hadir juga berlainan.

Begitu juga dengan bakat. Bakat anda juga suatu hari nati akan pudar. Pudar dimakan oleh dek masa. Kurangnya pengaktifan sel neuron yang menyambung dan tidak menyambungnya menyebabkan bakat anda semakin kurang umhnya. Kehidupan anda berubah. Anda berubah daripada mengalami alam kanak-kanak kepada alam suka ria remaja, zaman orang dewasa seterusnya kepada peringkat orang tua. Ketika permulaan , anda bertenaga, tetapi lama-kelamaan tenaga anda mulai hilang.

Jadi apa yang penting hargailah semasa ianya ada sekarang. Seoptimum usaha yang mungkin. Bakat yang ada hari ini tentunya tidak sama dengan bakat yang ada pada hari semalam.

Nasihat saya, bangunkannya ianya sekarang. Takut-takut dan bimbang ianya mungkin agak terlambat ketika kita mula tahu harganya.

Salam bakat :-)

52 minggu untuk tahun 2010

Falsafah Kejayaan, Pendapat 5 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tanpa kita sedar, kita kini berada di tahun 2010. Yang pastinya, setahun sudah berlalu. Sama ada kita suka atau tidak, kita tetap berada di tahun 2010.  Yang pastinya berlaku lagi peningkatan umur. Tua setahun nampaknya saya. Hoho.. Jadi, apa azam anda tahun ini? Disini saya senaraikan cadangan beberapa perkara perlu disedari tentang peningkatan umur ini .

1. Mempunyai matlamat. Menyedari pentingnya mengetahui apa yang ingin dicapai dalam tahun ini. Ingat, kita hanya mempunyai 52 minggu sahaja tahun ini.

2. Menyedari perkara-perkara penting untuk dilakukan. Ini kerana kita tidak mampu melakukan semua perkara. Tetapi kita mempunyai pilihan untuk memilih perkara yang ingin dilakukan.

3. Sedar tentang umur yang meningkat. Maksudnya selangkah kita kealam kematian. Adakah kita bersedia? Nampaknya, perlunya kita muhasabah diri mengenai hal ini. Bijak di sini dan juga bijak di sana. Membuatkan saya terfikir sesuatu ayat mengenainya. ‘Kematian adalah syarat menemui cinta’.  Cinta yang abadi :-)

4. Belajar tentang sesuatu. Jangan bazirkan masa yang ada. Manusia akan terasa hidup apabila mempelajari sesuatu. Jadi tidak kisah apa perkara pun, pelajari sesuatu untuk tahun ini.

Apa-apa pun yang ingin dilakukan, ingatlah kita hanya ada 52 minggu sahaja untuk tahun ini.

Ada cadangan lain untuk dilakukan? Apa kata kongsi bersama.

Salam inspirasi dan selamat tahun baru. :-P

Menjadi Lebih Berpengaruh

Keyakinan diri, Tokoh, Winner 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tips hari ini ingin berkonsi mengenai bagaimana sesuatu yang kecil yang dapat diaplikasikan dan seterusnya menjadi anda lebih berpengaruh.

“Explain complicated ideas simply”
Huraikan idea yang sukar dengan mudah.

 

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, orang yang berpengaruh seperti ketua organisasi, pedebat, ahli politik  dan lain-lain mempunyai kemahiran untuk menghuraikan sesuatu yang sukar kepada bentuk yang mudah. Ini seterusnya membolehkan pendengar mereka mendapat mesej yang ingin disampaikan. Hal ini kerana pusat fokus manusia hanya bertahan selama 15 saat. Jadi informasi yang ingin disampaikan perlu dipendekkan untuk difahami dan bertahan.

Jadi, apabila melakukan sesuatu, pastikan ianya terus dan kena pada isinya. Jangan terlalu berbunga. Semua orang mampu menjadikan sesuatu keadaan lebih sukar. Tetapi sesiapa yang mampu menghuraikan sesuatu yang panjang kepada ayat yang pendek mampu menambah karismanya.

Selamat berinspirasi.

PS : Adakah ini alasan sebab saya menulis pendek? :-P

Matlamat dan Maal Hijrah

Business, Cinta, Ebook, impian 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum terlambat saya ingin ucapkan salam Maal Hijrah. Tidak lupa pula selamat Tahun Baru 2010 yang akan tiba. Tanpa disangka, tidak lama lagi saya akan tua setahun lagi. Aduhai.. :-P

Apabila muncul tahun baru, saya gemarkan bercakap mengenai matlamat. Sebabnya matlamat adalah begitu penting dalam hidup manusia. Tanpanya manusia umpama layang-layang terputus talinya. Bagaiaman dengan matlamat anda tahun ini? Saya harap anda mula merangkanya.

Salah satu matlamat saya adalah tahun ini adalah menulis ebook mengenai cinta. Tetapi bukan bermakna saya adalah doktor cinta..Hehe.. saya mengulasnya daripada sudut lain. Kalau nak tahu, tunggulah.. :-P

Bercakap mengenai matlamat, ianya perlulah memenuhi 5 kriteria tersebut, SMART.

S-Specific
Matlamat anda perlulah jelas seperti,
“ Tahun ini aku hendak terbit ebook menegani cinta…..”

M- Measurable
Adakah iaya boleh diukur? Bagaimana kita tahu matlamat itu telah dicapai?
“Langkah pertama adalah membeli domain,  kedua adalah……..”

A-Attainable
Adakah ianya boleh diurus? Apakah sikap yang diperlukan? Cara yang diperlukan? Modal?
“ Perlukan laman web. Perlu pergi seminar untuk membuatkan laman wen ebook kelihatan professional……..”

R-Reliastic
Adakah matlamat itu logik untuk dicapai?
“InsyaAllah boleh. Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil……….” :-P

T-Timely
Bilakahnya ianya boleh dicapai?
“Datelinenya adalah 15.3.10……………”

Lima kriteria ini adalah penting apabila anda menulis matlamat. Kalau tidak, ianya sekadar tinggal harapan. Jadi, apa tunggu lagi. Mulalah merangka matlamat anda.

PS: Apa matlamat anda tahun ini?
PS: Rasa-rasa anda, ada tak pembeli untuk buku ebook ini?  :-P

Malang Malaysia Kalah Dengan Vietnam 3-1

Keyakinan diri, LOA, impian No Comments

Warren Buffet merupakan salah seorang yang berpengaruh di dunia .Beliau merupakan pemegang saham terbesar dalam beberapa syarikat penting. Selain itu, beliau juga pernah menjadi orang terkaya di dunai sebelum tempat itu diambil semual oleh Bill Gates pada tahun 2009.

Beliau merupakan pakar dalam permainan saham. Dalam sebuah temuramah dengan majalah Magazine, beliau telah berkongsi mengenai sebuah kisah yang telah mengubah hidupnya. Ketika itu beliau masih muda lagi. Buffet talah memohon untuk memasuki Sekolah Perniagaan Harvard (Harvard Business School). Tetapi malangnya permohonan beliau telah ditolak. Lantas beliau mencari maklumat mengenai universiti lain di pepurstakaan. Hasilnya beliau telah menemui bahawa terdapat 2 orang professor yang dikaguminya mengajar di Universiti Columbia, US. Lantas beliau memohon dan berjaya diterima pada saat akhir. Yang lebih mengembirakan, salah seorang daripada professor itu seterusnya menjadi mentor kepadanya.

Salah seorang yang mempengaruhi dan bertanggungjawab dalam kejayaan Warren Buffet adalah Benjamin Graham. Buffet begitu meminati falsafah dan prinsip  pelaburan Graham. Pelbagai ilmu diperolehi dan membolehkan beliau menggunakan ilmu yang ada untuk menjadi orang yang terkaya di dunia.

“Kemungkinan peistiwa ditolak oleh Sekolah Perniagaan Harvad merupakan perkara yang paling bertuah pada saya,”
kata Buffet.

Kesimpulannya: Sesuatu yang buruk mungkin sebenarnya tuah kepada anda. :-P

PS: Harap Malaysia dapat memenagi pingat emas bola sepak dalam sukan sea. Semoga malang itu bertukar menjadi tuah :-)

Keputusan Anugerah Skrin Kontroversi?

Bakat, Falsafah Kejayaan, Soalan Menarik No Comments

Assalamuaaikum dan salam sejahtera,

Lama rasanya tidak update. Bukan apa, ada peperiksaaan yang perlu dihadapi. Ingat dah kerja takda peperiksaan ke? Hehe..adalah.. :-)  Tajuk hari ini adalah ‘Cara Membuat Keputusan’.

Manusia mempunyai pelbagai cara dalam membuat keputusan. Kadang-kala sesuatu yang kelihatan munasabah dan jalan yang terbaik bagi seseorang, tidak semestinya dilihat satu keputusan yang bijak oleh orang lain. Keunikan dalam membuat keputusan sememangnya tidak dinafikan. Menurut Myer Brigss, antara orang penting dalam penghasilan ujian MBTI, cara manusia membuat keputusan boleh terbahagi kepada dua kategori. Kod pertama adalah golongan Thinker dan satu lagi adalah golongan Feeler.

Cara memikir oleh golongan Thinker tidak sama dengan golongan Feeler. Cara Thinker berfikir  adalah berdasarkan logik dan rasional. Apa yang menjadi matlamat mereka adalah membuat keputusan yang betul. Asalkan sesutau diletakkan pada tempatnya.

Berbeza dengan kod Feeler. Cara mereka membuat keputusan adalah berdasarkan emosi. Jawapan mereka subjektif dan tidak seperti kod Thinker yang begitu objektif. Kod Feeler membuat keputusan berdasarkan keadaan sekeliling dan masyarakat. Mereka sensitif terhadap perasaan orang lain. Mereka begitu mengambil berat apa yang difikirkan oleh orang lain. Mereka meletakkan perasaan orang lain dalam membuat keputusan. :-)

Dalam memberi analogi membuat saya terfikir sebuah siri televisyen yang saya lihat beberapa tahun dahulu, iaitu siri televisyen Smallville. Kisah mengenai Superman ketika dia masih remaja sebelum dia menjadi dewasa.

Ketika itu dia berada di sekolah menengah. Dengan bakat yang ada padanya sebagai pemain penting untuk pasaukan bolasepak,ada pihak uiversiti telah berminat untuk memberi biasiwa supaya dapat belajar di universiti mereka. Namun begitu, dia berasa agak berat untuk pergi meninggalkan ayahnya.

Sehinggalah sampai ke suatu babak yang saya rasa dapat dihadikan contoh jelas cara mereka membuat keputusan.

“Nak, ayah rasa ayah mahu engkau pergi universiti tersebut. Ayah tidak mahu jadi penghalang kepada engkau. Ayah dahulu sungguh kesal kerana tidak dapat pergi. Atuk engkau menghalang ayah daripada pergi. Ayah tidak mahu lagi jadi seperti atuk engkau. Ayah mahu engkau berjaya.”

Keadaan hening..

“Ayah, ini bukanlah mengenai ayah. Tetapi ini mengenai bagaimana anak yang saya ingin jadi. Saya ingin bersama keluarga ini,” terang superman yang masih remaja ketika itu.

2 orang yang membuat keputusan. Seorang membuat keputusan berdasarkan objektif. Ayah angkat superman mahu anak angkatnya mencapai cita-cita dan kejayaan yang diimpikan.

Manakala supeman membuat keputusan berdasarkan subjektif. Ia memikirkan perasaan, keadaan sekeliling dan emosi ketika membuat keputusan. Dia memilih untuk kekal di kampung halamannya. Hal ini kerana  itulah yang diinginkannya.

Adakah keputusan superman betul? Atau adakah keputusan ayah angkat superman betul?
Tidak. Setiap orang unik. Semuanya mempunyai cara dan sebab dalam membuat keputusan. Oh indahnya ciptaannya.

Rasa-rasa anda jenis yang mana?

PS : Rasa-rasanya keputusan Anugerah Skrin berdasarkan cara berfikir apa eh?  :-)

Kuasa Pengulangan

Bakat, Cerita Inspirasi No Comments

Seorang peguam muda yang bergaya sedang berlawan dengan seorang yang tua.Peguam itu kelihatan tidak terurus disamping usianya yang tua. (Bukan Karpal Singh ye :-P ) Keputusan seolah-olah memihak kepada peguam muda tersebut.Ramai menjangkakan peguam muda itu akan berjaya memenangi kesnya.

Tetapi sebaliknya berlaku.Apabila keputusan diumumkan, keputusan juri ternyata memihak kepada peguam tua tersebut. Peguam muda itu kehairanan. Cuba mencari kesilapan yang dibuatnya.

Lalu peguam tua itu berkata kepada peguam muda tersebut.

“Wahai anak muda, kamu seorang yang bijak. Kamu telah membentangkan 9 hujah yang bernas.Namun begitu, juri tidak mengingatinya langsung. Berlainan denganku. Aku hanya membentang satu sahaja hujah yang bernas. Hujah ini ku ulang dengan pengubahsuaian setiap kalinya. Hujah itu masuk ke dalam kepala juri dan mereka memahaminya. “

Pembaca sekalain, jangan sesekali mengabaikan kuasa pengulangan. Ternyata ianya hebat. Sebab itulah orang selalu bercakap, “practice makes perfect.” Buku yang sama walaupun dibaca berulangkali pun akan memberi ilmu baru kepada pembacanya setiap kali dibaca. Selamat mengulang.
PS: Rasa-rasanya adakah Karpal Singh menggunakan teknik yang sama? :-P

Daging Gajah

Keyakinan diri 1 Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Pernah dengar sebuah teka teki lama? Bagaimana untuk menghabiskan seekor gajah yang besar? Rahsianya adalah dengan memotong daging gajah tersebut kepada ketulan kecil. Lalu memakannya sedikit demi sedikit. Hasilnya anda dapat makan seekor gajah lama-kelamaan. Prinsip yan sama diamal dalam kewangan. Anda perlu menyimpan. Sedikit demi sedikt simpanan wang anda semakin bayak. Bak kata perpatah sedikit demi sedikt lama-lama menjadi bukit.

Begitu juga proses anda dalam menjadikan anda seorang yang berjaya. Ianya mengambil masa yang banyak kerana ianya adalah sesuatu yang besar seperti mana daging gajah tadi. Tetapi apa yang anda dapat lakukan adalah dengan ‘memakannya’ sedikit demi sedikit.

Harap mendapat manfaat. Selamat Hari Raya Haji. :-)

« Previous Entries Next Entries »