April 28, 2010
Tips Motivasi
6 Comments
” Do you want a successful career or a close relationship with your family? Both! Do you want a focus on business or have fun and play? Both! Do you want money or meaning in your life? Both! Do you want to earn a fortune or do the work you love? Both! Poor people always choose one, rich people choose both. ” T. Harv Eker
Orang yang berjaya adalah orang yang tamak.Mereka tidak mahu sekadar hanya memperolehi sebuah perkara baik sahaja. Apabila diberi dua pilihan yang hebat, mereka mahukan kedua-duanya. Antara kekayaan dan kebahagian? Yang manakah menjadi pilihan hati? Masing-masing mempunyai pilihan hati masing-masing. Tetapi jika anda bijak, anda boleh memperolehi kedua-duanya.

Jadi, apa kata kita mula ‘menamakkan’ diri.. Haish apakah gaya bahasa saya untuk hari ini.
Walau apapun, maksud saya jelas. Kita harus ‘tamak’. Jangan sekadar meletakkan satu matlamat atau harapan. Jangan sekadar memilih satu antara dua. Tetapi anda mampu memiliki kedua-duanya. Orang berjaya adalah orang yang tamak. Jadi mengapa tidak mendapatkan kesemuanya yang diimpikan.
Teringat saya kembali pada soalan yang pernah diberi. Jika lupa, rujuk cerita motivasi di sini. Tatkala semua orang hanya nampak satu sahaja jalan penyelesaian untuk membuat pilihan, sang pemuda itu nampak jalan untuk memperolehi kesemuanya. Jadi, mari kita bersama-sama menjadi seorang yang ‘tamak’.
PS : Tetapi kalau anda ingin memiliki dua isteri, itu saya tidak dapat menjaminnya.
April 26, 2010
Tips Motivasi
4 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar? Saya harap anda sihat walafiat. Hampir seminggu saya tidak update blog ini. Sebenarnya dalam seminggu ini banyak perkara yang berlaku pada saya. Salah satunya adalah saya mengalami sedikit masalah untuk update blog kerana versi lama Wordpress . Tetapi dengan bantuan daripada Lutfi yang dikenali di Seminar Blogging, masalah tersebut berjaya diselesaikan. Saya berjaya install versi yang terbaru. Terima kasih bro!
Kedua, saya telah menghadiri Seminar Blogging kelolaan Rohaizad di UTM pada 25 April. Apa yang boleh saya cakapkan, seminar ini merupakan salah satu seminar yang membuka mata tentang dunia blogging. Input yang dikongsi sangat berbaloi dengan pelaburan yang dibuat. Jika anda hendak belajar tentang blogging, saya syorkan dia adalah satu daripadanya. ( Rohaizad tidak mengupah saya ye untuk bodekan ini
) Apa-apa pun, terima kasih Tuk Guru.
Berbalik pada tujuan asal post hari ini, di sini saya sertakan jawapan yang anda tunggu selama ini. Rasa-rasanya sama tak ?

Salam inspirasi!
April 17, 2010
Soalan Menarik
2 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya ada set soalan yang untuk dijawab oleh anda. Soalan yang menuntut pemikiran kreatif dalam menjawabnya.

Seperti biasa, diminta harap jangan terus memberi jawapan, tetapi menjelaskan bagaimana anda mendapat jawapan tersebut.
Salam motivasi dan kejayaan
April 12, 2010
Bakat, Cerita Inspirasi, Falsafah Kejayaan
2 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Minggu lepas saya sempat melihat How To Train Your Dragon. Saya betul-betul enjoy melihat cerita tersebut. Sebuah kisah yang menarik untuk ditonton. Bagi saya, ianya sangat berkait rapat dengan BAKAT. 

Penduduk di perkampungan Berk merupakan penduduk yang dikenali sebagai puak Viking. Mereka merupakan golongan pahlawan. Disebabkan itulah mereka tidak berpindah walaupun kawasan tersebut sering diserang oleh naga. Jadi tugas mereka adalah berlawan dengan naga apabila mereka diserang. Hiccup merupakan salah seorang pemuda daripada puak tersebut yang bercita-cita untuk berbakti pada kampungnya. Walau bagaimanapun, dia mempunyai kelemahan. Dia terlalu lemah untuk membuat semua itu. Daripada melompat sehinggalah mengangkat senjata.
Menjadikan cerita ini lebih menarik, ayah Hiccup merupakan ketua puak tersebut yang sangat kuat dan gagah. Ayahnya agak terkilan dengan kebolehan anaknya yang tidak seberapa. Tetapi, Hiccup telah membuktikkan sebaliknya. Dia menggunakan cara yang lain untuk ‘berlawan’ dengan naga. Tanpa sedar dia telah menggunakan bakatnya. Malah dia menjadi puak Viking pertama yang menunggang naga sejak 300 tahun dahulu.
Hiccup berjaya menjadi orang yang berpengaruh di kampungnya. Walaupun dia tidak memiliki bakat dan kebolehan seperti ayahnya, tetapi beliau berjaya mengubah ‘suasana’ kampung tersebut. Cerita ini memberi pengajaran bahawa setiap orang boleh berjaya dengan cara mereka sendiri. Mari mencipta kejayaan!
Selamat menonton…
April 7, 2010
Peristiwa, Soalan Menarik
No Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada miggu lepas, saya telah memberi sebuah teka-teki yang berbunyi,
“Dalam satu kelas terdapat 35 orang pelajar. Daripada jumlah keseluruhan itu, 34 pelajar merupakan pelajar bijak. Pelajar yang tidak membuat kerja sekolah akan didenda. Abu tidak pernah membuat kerja sekolahnya dan dia tidak pernah langsung didenda. Persoalannya di sini, mengapa Abu tidak pernah didenda?”
Nampaknya banyak respon yang saya terima daripada teka-teki hari itu. Terima kasih kepada pembaca yang telah berkongsi pendapat. Ya. Masanya sudah tiba. Saya akan berikan jawapan kepada soalan. Tetapi saya harap jawapan ini memuaskan hati semua orang. Jawapannya adalah :

Abu merupakan guru dalam kelas tersebut. Sebab itulah dia tidak pernah didenda walaupun tidak melakukan kerja sekolah.
Jangan marah saya ye. Soalan ini saya dapat daripadad soalan ‘lateral thinking’. Saya pun tidak tahu jawapannya. Saya sangka ada kaitan dengan angka 34 dan 35. Nampaknya perlu mengasah daya pemikiran ini lagi. Hehe..
Harap semua gembira dengan soalan teka-teki yang diberikan.
Salam inspirasi
April 2, 2010
Soalan Menarik
7 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Fuh. Lama saya tidak update blog. Bila update terus bagi soalan. Pendek pula tu. Jangan marah..
Hari ini saya bercadang untuk memberi sebuah teka-teki untuk difikirkan. Ianya adalah solan yang memerlukan anda berfikir secara lateral ataupun di luar kotak. Satu soalan yang pendek, tetapi agak memeningkan.

Dalam satu kelas terdapat 35 orang pelajar. Daripada jumlah keseluruhan itu, 34 pelajar merupakan pelajar bijak. Pelajar yang tidak membuat kerja sekolah akan didenda. Abu tidak pernah membuat kerja sekolahnya dan dia tidak pernah langsung didenda. Persoalannya di sini, mengapa Abu tidak pernah didenda?
Selamat mencari jawapan. Diminta harap jangan terus memberi jawapan, tetapi menjelaskan bagaimana anda mendapat jawapan tersebut.
Salam inspirasi.
March 25, 2010
Pengajaran, Tips Motivasi, pengaruh
2 Comments
Assalamualaikum dan salam semua,

Hari ini perkongsian tips motivasi adalah berkenaan menjadi ketua yang baik. Untuk menjadi ketua yang baik adalah perlu anda belajar untuk melihat daripada perspektif yang lain. Manusia adalah tidak sama antara satu sama lain.Ini membawa maksud, corak pemikirannya juga turut berbeza. Oleh itu, dalam menjadi seorang ketua yang berpengaruh, seseorang itu perlulah belajar dan cuba melihat dari sudut anak buahnya.
Istilah ketua bukanlah bermaksud hanya di pejabat. Anda boleh sahaja menjadi ketua kepada perkara apa sahaja dan anda sememangnya dilahirkan sebagai ketua atau dalam Islamnya ‘khalifah’. Ayah merupakan ketua kepada keluarga. Isteri merupakan ketua kepada anak-anak apabila suami pergi bekerja atau tiada di rumah. Guru pula merupakan ketua kepada muridnya dan pelbagai lagi contoh. Melihat daripada perspektif mereka, membolehkan keputusan yang dibuat itu mengembirakan kedua-dua pihak.
Saya mengambil sebuah contoh. Contohnya seorang ketua yaang ingin memecat seorang pekerjanya disebabkan faktor kos. Ketua tersebut boleh sahaja melihat daripada sudutnya sahaja lalu memecat pekerja tersebut. Tetapi apakah kesan yang akan berlaku? Sang ketua berjaya menyelesaikan masalahnya, tetapi tidak pada sang pekerja. Dia mungkin tidak dapat menerima alasan sang ketua dan mungkin membencinya seumur hidup. Ketua tersebut hanya menjadi ‘ketua’ hanya kerana dia mempunyai pangkat yang lebih tinggi.
Tetapi berbeza dengan ketua yang melihat daripada sudut pekerjanya. Dia tahu bahawa sang pekerjanya akan berasa sedih jika keadaan tersebut terpaksa dibuat. Walaubagaimanapun dia terpaksa akur dengan kehendak syarikat untuk menjimatkan kos. Lalu dipanggil si pekerja itu dan dibawanya berbincang secara baik. Si ketua itu menghubungi syarikat lain yang mempunyai kekosongan kerja. Disuruhnya pekerja tersebut cuba meminta pekerjaan disitu.
Pekerja itu gembira dan si ketua itu pun gembira. Jasa ketuanya itu pasti tidak akan dilupakannya kerana teringat apa yang dilakukan oleh ketuanya pada ketika tu. Pengaruh si ketua itu akan berkekalan lebih lama walaupun suatu hari nanti bukan si ketua menjadi ketua lagi.
Tuan-tuan dan puan-puan, mengerti analogi yang cuba dikongsikan? Untuk menjadi ketua yang baik seseorang itu perlulah cuba melihat daripada perspektif sang anak buah. Saya pasti sukar dan agak remeh temeh. Tetapi saya percaya habuannya pasti berbaloi.
Salam inspirasi.
PS : Baru pulang daripada PWTC. Buku ‘Apa Bakat Saya?’ habis..hehe
Terima kasih yang menyokong..
March 20, 2010
Business, Peristiwa
1 Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bagaimana dengan keadaan anda? Saya harap anda sihat dan berada dalam keadaan baik.
Boleh saya tahu aktiviti anda sepanjang minggu ini? Adakah anda sibuk? Bukan apa, jika anda berkelapangan saya ingin mengajak anda bersama-sama meraikan acara tahunan yang dinantikan oleh ramai orang iaitu Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Tarikhnya adalah di antara 19 hingga 28 Mac 2010. Pesta buku kali ini bermula lebih awal daripada sebelum ini. Tetapi walaubagaimanapun, saya pasti sambutannya tetap hangat.

Pesta Buku Antarabangsa merupakan acara tahunan yang ditunggu saya setiap tahun. Saya tidak pernah untuk tidak menghadirinya beberapa tahun ini. Bukanlah disebabkan kerana saya merupakan penulis buku, tetapi harga jualan buku ketika itu sangat murah. Anda boleh mendapatkan diskaun antara 10-40% diskaun daripada keadaan asal. Malah, di PTS sendiri menyediakan diskaun antara 20-25% untuk pembelinya. Sungguh berbaloi.
Perkongsian maklumat, buku Apa Bakat Saya? sudah pun selesai diulang cetak. Pada perkiraan saya sudah hampir 5000 buah terjual rasanya. Saya harap ia mampu mencapai jualan sebanyak 10,000 unit sehingga pada tahun hujung ini. Ini adalah salah satu daripada azam saya. Azam saya tahun ini adalah supaya jualan buku ini dapat mencecah 10,000 unit dan seterusnya mencapai jualan seperti buku bestseller yang lain. Mari kita doa kan sama-sama.
Matlamat saya untuk tahun ini juga adalah untuk menghasilkan 2 buah buku fizikal dan sebuah buku elektronik (ebook). Semuanya berjalan lancar. Satu buku berkenaan bakat telah siap ditulis dan dalam proses memperbaikinya. Begitu juga dengan ebook. Ebook berkenaanO cinta dan personaliti. Owh jiwangnya..
Hampir siap penulisannya walaupun terlepas daripada dateline yang ditetapkan saya. Tidak sabar untuk menungu reaksi pembeli kerana saya akan menjualnya secara ebook. Harap sambutan diterima hangat daripada biasa..
Nampaknya post kali ini bayak berbicara tentang saya. Tips motivasi tetap jangan diabaikan. Tips hari ini adalah sentiasa mempunyai matlamat dan dateline untuk matlamat anda. Ini membuatkan hidup anda lebih fokus. Lebih mudah kerana anda tahu apa yang perlu dilakukan.
Perkara kedua pula, jangan lupa untuk hadir ke Pesta Buku itu ye..dapatkan buku-buku kesukaan anda dengan harga yang menarik. Sungguh berbaloi..
Salam inspirasi.
March 17, 2010
Cerita Inspirasi, Idola Kejayaan, Tips Motivasi, Tokoh
5 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai tips kejayaan daripada Steve Jobs. Beliau merupakan salah satu idola saya dan merupakan salah seorang pereka teknologi yang begitu kenali. Tahu iPhone? Itu adalah salah satu penghasilan beliau. Beliau merupakan pengasas kepada syarikat Apple. Tetapi oleh sebab-sebab tertentu, beliau telah disingkirkan daripada syarikat tersebut. Tetapi akhirnya kembali ke syarikat tersebut kerana hanya beliau sahaja mampu membuat Apple pergi jauh dengan kebolehannya.
Owh..panjangnya saya bercerita mengenainya. Apa kata kita terus ke tips mengenai kejayaan yang dikongsi.
- Lakukan perkara yang anda sukai. Hasil karya yang baik datang daripada melakukan perkara yang anda suka. Semua orang yang berjaya pada hari melakukan perkara yang mereka minati.Tiger Woods dengan golfnya. Donald Trump dengan minatnya berurusan dengan hartanah. Tony Fernandes dengan minatnya dalam pemasaran.
- Menjadi seorang yang berbeza. Belajarlah untuk berfikir lain daripada lain. Berfikir di luar kotak dan idea baru. Sekadar berkongsi dengan panjang, ini sebenarnya mematuhi hukum Pareto. Anda akan dibayar lebih jika melakukan perkara di mana orang lain kurang mahir dalam melakukannya.
- Lakukan yang terbaik. Dalam setiap perkara yang dilakukan, berikan yang terbaik. Mungkin hasilnya tidak nampak sekarang, tetapi percayalah ianya pasti kembali.
- Lakukan analisis SWOT . Senaraikan kelemahan dan kekuatan anda. Membuat senaraian membuat anda tahu apa yang perlu dikuatkan dan apa yang perlu dielakkan.
- Bermula kecil dan berfikiran besar. Jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara dengan begitu kompleks. Bermulalah dengan sesuatu yang mudah.Think big and start small.
- Memberi fokus pada hasil akhir. Hal ini kerana tidak kira apa yang anda lakukan, masyarakat menilai pada hasil akhir. Buktikan kepada mereka.
Itulah 6 tips yang dikongsi oleh Steve Jobs. Harap ianya membantu. Selamat mencuba.
Salam inspirasi.
PS : Harap Steve Jobs membaca entri lalu menghadiahkan saya sebuah iphone..Owh iphone..
March 12, 2010
Ilmu, Keyakinan diri
1 Comment
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda sekalian? Saya harap anda berada dalam keadaan baik. Selamat membaca tajuk post hari ini. ‘Kisah Si Emile Coue’. Tapi siapa ya Si Emile ?

Ini adalah sebuah kisah. Kisah ahli farmasi Perancis yang bernama Emile Coue. Kisah yang berlaku bukan dalam beberapa tahun ini. Pada suatu hari, datanglah seorang pesakit untuk membeli ubat daripadanya. Pelanggan itu mahu membeli dadah sebagai ubat. Emile tidak mahu menjualnya, tetapi pelanggannya tetap berdegil. Lalu beliau telah terfikirkan satu helah. Iaitu untuk memberi ‘dadah’ yang sebenarnya adalah pil gula. Cubaannya berjaya dan pelanngan itu pun pulang setelah memperolehi apa yang dihajati.
Setelah beberapa hari, pelanggan itu datang semula. Kali ini dia datang bukan dengan penyakitnya tetapi dengan wajah yang gembira. Pelanggan itu sudah sembuh. Emile sungguh terkejut dan penemuan inilah yang seterusnya menghasilkan kesan placebo.
Pembaca sekalian, mengapa ubatan itu berjaya? Jawapannya adalah keyakinan yang diletakkan oleh pelanggan tersebut. Kepercayaan mindanya telah berubah. Mindanya telah memprogramkan bahawa dia akan sembuh jika makan ubat tersebut. Dan apa yang diterapkan dalam minda itulah yang terjadi. Penyakitnya berjaya disembuhkan. Apakah yang diterapkan oleh anda?
Salam inspirasi
PS : Gambar di atas tidak ada kena mengena dengan keadaan ketika cerita ini berlaku…