Pendapat Anda
September 18, 2008 8:35 pm PendapatSalam motivasi. Hari ini saya ingin mendapat pandangan anda. Tolonglah. hehe
Sudahkan anda membaca ebook mini saya? Kalau belum dapatkannya dan baca. Apa pandangan anda? Adakah ianya mudah dibaca? Apa keunikkannya?
Dan soalan yang paling penting jika laporan ini dijual, berapa harganya? Bukan maksudnya saya ingin menjualnya, cuma ingin mengetahui kualitinya.
Sebenarnya saya bercadang ingin menulis sebual laporang yang bertajuk ” Tips Pembentangan Menarik“. Ianya berkaitan tentang tips dan panduan dalam melakukan pembentangan yang berkesan dan berpengaruh. Seperti yang diketahui ramai , ‘public speaking’ antara benda yang ditakuti. Ramai sanggup melakukan kerja lain dengan syarat dia tidak perlu bercakap di hadapan. Saya sebenarnya bercadang menjualnya pada harga RM10. Formatnya lebih kurang kepada ebook mini saya sebelum ini.
Saya bukanlah handal dalam memberi pembentangan. Cuma saya rasa saya menpunyai sedikit ilmu untuk dikongsi. Saya juga dulu takut hendak melakukan pembentangn . Kalau boleh saya hendak mengelak daripada melakukannya. Tetapi sehinggalah saya mempelajari ilmu mengenai kemahiran ini. Ianya membantu. Saya dapat merasakan satu perubahan yang drastik berlaku dalam diri saya.
Salah satu cara saya untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membaca buku dan bertanya kepada beberapa pakar mengenainya. Paling ketara apabila saya mendapat bimbingan peribadi daripada sifu tersebut. Sebab saya merasakan perlunya mentor untuk membantu saya. Memang berlaku peningkatan. Hehe, namanya dirahsiakan. Tetapi saya akan beritahu dalam laporan tersebut.
Memang harga bimbingan peribadinya agak mahal berkali ganda daripada buku tulisannya, tetapi saya merasakan ianya berbaloi. Jadi dalam laporan ini sebenarnya saya berkongsi tips tentang pengalaman saya daripada orang yang agak sedikit pemalu kepada seorang yang berani, tetapi bukanlah berani sangat. Cuma ketakutan untuk bercakap itu sedikit berkurangan. Dalam laporan ini saya akan masukkan juga tips2 yang saya rasa berkesan daripada pembacaan saya.
Bukan apa. Saja saya tanya. Kata orang hendak kaji pasaran, seperti mana yang dikongsi di Tips Mula Berniaga.
Laporan ini belum lagi ditulis. Cuma hendak mengkaji permintaannya. Saya merasakan ianya cukup murah berbanding dengan apa yang dikeluar oleh saya. Rasanya hampir RM500 ringgit telah dikeluarkan untuk mendapat satu kemahiran ini. Tetapi walaubagaimanapun ianya berbaloi bagi.
Tips ini untuk beginner sahaja, untuk otai-otai rasanya mungkin biasa sahaja.
Jadi apa pandangan anda? Adakah saya perlu menulisnya? Saya perlukan pendapat anda

















dayat :
Date: September 21, 2008 @ 12:16 am
hehe..macam menarik je..kena buat research lagi mendalam..cuba try tengok kat wordtracker
mrT-Gun :
Date: September 21, 2008 @ 12:17 am
setuju2..rasanya ebook itu mungkin boleh beli satu fenomena baru ebook di Malaysia sebab belum ada lagi ebook motivasi di Malaysia