Lakukan Perkara Yang Anda Minat

Quote Motivasi, Umum No Comments

Salam motivasi. Apa kata kita kayakan pemikiran motivasi hari ini dengan mendengar kata-kata daripada orang paling kaya di dunia ketika ini.

“Saya tiada beza dengan anda. Saya mungkin mempunyai wang yang banyak, tetapi wang bukanlah perbezaaannya. Memang saya boleh membeli sut buatan tangan yang mahal. Tetapi apabila saya memakainya, sut tersebut hanya akan kelihatan murah sahaja. Saya lebih suka membeli cheeseburger daripada kedai Dairy Queen berbanding menghabiskan  seratus dollar untuk hidangan makanan. “

Sambungnya lagi, “Jika ada perbezaan saya dengan anda adalah saya bangun setiap pagi dan mempunyai peluang untuk melakukan perkara yang saya suka, setiap hari. Jika awak ingin belajar sesuatu  daripada saya, inilah nasihat yang terbaik saya boleh berkongsi dengan anda. Warren Buffet.

Apapun anda lakukan dalam hidup ini, lakukan apa yang anda minat. Bukan perkara yang menjadi minat orang lain. Jika anda tidak mahu menjadi cikgu dan berminat menjadi pereka sila lakukannya. Ataupun anda tidak berminat menjadi akauntan dan berminat menjadi pakar motivasi. Sila lakukannya juga.

Andalah sebenarnya yang berhak mencorak hidup anda. Selagi anda melakukan perkara yang anda tidak suka, anda tidak akan ke mana. Persoalannya di sini, bagaimanakah anda akan berjaya dengan gemilang jika anda melakukan perkara yang tidak anda minati? Melakukan sesuatu yang diminati menyebabkan adrenalin anda mengalir laju. Tenaga yang disalurkan kepadanya bertambah lebih banyak. Kesannya anda akan melakukan sesuatu dengan lebih bertenaga. Sudah tentu hasilnya hebat jika apa yang diberikan turut hebat.

Jadi apa kata ruang sejenak masa anda untuk memikirkan perkara yang menjadi minat anda. :-)

Matlamat Realistik

Idola Kejayaan, Quote Motivasi, Winner 1 Comment

Jika anda mempunyai dan sudah menulis matlamat anda, maka kerjalah untuk merealisasikannya. Tetapi pastikan matlamat anda merupakan sesuatu yang realisitik. Pastikan gol atau destinasi itu bukan sekadar fantasi sahaja, tetapi boleh dicapai.

Semak matlamat anda adakah ianya bersesuai dalam tempoh masa tersebut. Adakah ianya rasional mengikut keadaan anda? Contohnya anda ingin menjadi jutawan dalam masa 1 tahun.

Memang impian tersebut boleh dicapai tetapi adalah mustahil untuk anda menjadi jutawan dalam masa 1 tahun jika pendapatan anda hanya RM5000 sebulan sahaja. RM1 juta jika dibahagikan kepada 12 bulan bermaksudnya anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai pendapatan RM90000 sebulan. Adakah ianya logik untuk dicapai?  Ianya logik untuk dicapai tetapi persoalannya, adakah ianya realistik bagi anda yang sekadar mempunyai pendapatan RM5000 buat masa ini?


“Tetapkanlah dan punyailah matlamat walaupun anda masih muda. Tetapi apa yang penting adalah anda mempunyai matlamat dan impian yang realistik. Banyak atlit mempunyai matlamat tetapi masalahnya mereka tidak tahu bagaimana hendak ke destinasi tersebut. Mereka hanya menempuhi kegagalan demi kegagalan dan kesan akhirnya menyebabkan mereka berasa tidak yakin dengan diri..


Anda memerlukan matlamat yang realisitik. Tidak kiralah sama ada ingin terpilih dalam pasukan atau melompat untuk sesuatu jarak, apa yang penting ianya boleh dicapai.”

Sally Gunnell

Berfikiran positif

Keyakinan diri, Pengajaran, Quote Motivasi No Comments

Perasaan negatif merupakan perkara yang perlu dielakkan. Ia adalah punca utama yang dapat membunuh keyakinan diri. Jika seseorang pada asalnya sihat dan dipenuhi pemikiran yang positif, tetapi sentiasa disumbat dengan perkara-perkara negatif, percaya atau tidak, akhirnya  dia akan terpengaruh dengan perkara tersebut dan mudah jatuh sakit.

Mesej yang dihantar kepada tubuh badannya menyebakan dia mudah stres, tertekan, dan murung. Dia mulai percaya bahawa dia sebenarnya tidak sihat.

“Dalam perlawanan utama ketika Olimpik 1992 dan kejohannan dunia 1993, saya tidak memikirkan bahawa saya adalah yang terbaik daripada orang lain. Saya hanya memikirkan bahawa minda saya telah bersedia. Saya beritahu diri saya bahawa jangan membiarkan apa pun pemikiran negatif masuk ke dalam pemikiran saya. Saya hanya akan berkata kepada diri saya bahawa,” saya boleh lakukannya. Saya telah mengambil pemakanan dengan betul dan telah melakukan apa yang terdaya.”………….”
Sally Gunnell pemenang pingat emas olimpik.

Kesimpulannya dalam apapun anda lakukan, selalulah berfikiran positif. Tidak kiralah dalam menghadapi exam, pembentangan, berjumpa dengan orang ramai atau menyertai sesuatu kejohanan. ” Always think positive.” :-)

Ps:  Harga promosi RM10 Ebook 97 tips pembentangan memikat hanya tinggal sehari sahaja lagi. Dapatkannya sebelum dijual pada harga baru.

Berkongsilah Ilmu Yang Ada

Ilmu, Quote Motivasi, Tips Belajar No Comments

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak wajarlah bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak wajarlah bagi orangyang berilmu berdiam diri atas ilmunya.”

Riwayat al-Tabrani dan Abu Nua’im

Quote ini ringkas tetapi cukup bermakna. Kesimpulannya, jangan sentiasa berdiam diri dalam proses menuntut ilmu. Buka mulut anda. Jika anda tidak faham, maka bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya. Dalam kelas, biasanya subjek diajar adalah baru. Ini membuatkan kesukaran untuk memahami subjek tersebut. Oleh itu bukalah mulut anda.Tidak rugi bertanya.

Begitu juga ketika melakukan kerja di pejabat. Tidak semua perkara yang kita tahu. Oleh itu bertanyalah walaupun pada pakcik, makcik yang rendah pangkat daripada anda. Ingatlah, tiada soalan yang bodoh. Cuma anda yang sendiri yang menganggap soalan tersebut bodoh.

“Kebodohan sejati adalah apabila anda terus dibelenggu soalan tersebut tanpa sebarang jawapan.”

Begitu juga jika anda mempunyai ilmu. Suarakannya. Beritahukannya pada sesiapa yang ingin mendengar. Ilmu semakin subur dan bertambah jika anda berkongsi. Ianya tidak boleh dicuri malah semakin bertambah. Berkongsilah.

 

Jika anda takut untuk berkongsi secara bersemuka, kongsilah di belakang tadbir. Contohnya seperti menulis blog. Pandangan anda adalah hak anda. Tetapi janganlah terlalu ekstrem pula. Nanti kena tangkap ISA pula. :-)

Semangat Yang Mati

Quote Motivasi No Comments

Salam kejayaan. Harap hari ini anda melakukan sesuatu yang bermakna. Jangan biarkan setiap saat yang berlalu sia-sia sahaja. Hayati detik tersebut. Optimumkan masa tersebut.

Hari ini saya ingin kongsi dengan anda beberapa quote supaya dapat anda dapat memberi yang terbaik kepada hidup anda. Hidup ini singkat, oleh itu persembahkan yang terbaik sebelum kita menghadapNya.

” Tragedi paling teruk bukanlah disebabkan mati muda, tetapi hidup sehingga 75 tahun dan sedar tidak melakukan apa-apa.”

Jangan jadi seperti ini! ” Mati pada 30 dan ditanam pada 60″
” Kematian bukanlah kehilangan paling besar. Kehilangan paling besar adalah mati di dalam ketika kita masih lagi hidup.”
Norman Cousins

Jangan biar di dalam itu mati. Pastikan jiwa di dalam itu hidup. Jika kita tidak mempunyai semangat untuk hidup, tiada gunanya. Semangatkanlah jiwa yang di dalam itu. Impikan impian yang hebat. Kerjalah ia. Kematian yang tidak sepatutnya adalah hilangnya semangat untuk hidup sedangkan waktu itu pergi belum lagi datang.  :-)

Belajar dari pengalaman orang lain

Falsafah Kejayaan, Quote Motivasi 1 Comment

Salam motivasi dan salam Ramadhan. Ramadhan datang lagi. Kali ini mari kita bersama berazam untuk menjadikan ianya bulan Ramadhan yang terbaik yang pernah ditempuhi kita. Jadikan ianya lebih baik daripada sebelum ini. Sebabnya kita belum tahu adakah kita bepeluang berjumpa dengannya tahun hadapan. Sesungguhnya bulan ini penuh keberkatan di mana semua syaitan dirantai. Jadi apa lagi yang menghalang kita daripada mendekatiNya? Lawan nafsu dan tunaikanlah tanggungjawab sebagai khalifah. :-)
Hari ini mari kita selami satu quote ni,

 

 

“Orang bodoh tidak belajar daripada apa-apa,
Orang pandai belajar daripada pengalamannya,
Orang yang bijaksana belajar daripada pengalaman orang lain.”

 

Ya, belajarlah daripada pengalaman orang lain. Inilah jalan kejayaan yang paling singkat. Anda akan memudahkan perjalanan anda untuk berjaya. Anda tidak perlu melalui pelbagai pengalaman pahit untuk berjaya. Anda tidak perlu mengalami kegagalan untuk mencari formula kejayaan. Belajarlah daripada pengalaman orang. Amalkan formula kejayaan orang tersebut. Ini membuat anda lebih cepat sampai ke sana.

 

Tips untuk belajar daripada pengalaman orang lain adalah dengan menghadiri seminar dan membeli buku mereka. Sebab itulah kadang kala saya tidak kisah membeli buku yang agak mahal sedikit. Sebabnya saya tahu, pengalaman mereka amat berharga. Ianya menjimat masa saya. Saya tidak perlu mengalami kegagalan seperti mereka untuk mencari formula yang berhasil. Pengalaman dapat didapati dengan membaca buku mereka. Ini merupakan jalan kejayaan yang shortcut. Suatu sistem yang terbukti berkesan.

 

Jadi mengapa tidak mengikutnya? :-)

Berikan Yang Terbaik

Quote Motivasi, Tips Motivasi, Winner No Comments

” Each day I live

I want to be a day to give

The best of me”

Lagu daripada Whitney Houston lirik daripada lagu ‘ One Moment in Time’

Apa yang dimaksudkan ayat di atas ialah ’setiap hari dalam hidup saya. Saya ingin jadikan hari tersebut hari yang terbaik untuk saya. Saya akan berikan yang terhebat daripada saya. ‘

Ya. Kita tidak tahu bila kita akan pergi. Kita tidak tahu mungkin esok, lusa atau tahun hadapan kita mungkin tidak berdiri lagi di sini. Jadi, jangan menyiakannya. Setiap detik adalah berharga sekali. Gunakannya. Masa yang pergi tidak akan kembali lagi. Jadikan hari yang berlalu sebagai hari yang terbaik bagi anda. Mungkin selama ini, kita hanya melakukanya sambil lewa sahaja. Tetapi apa kata mulai hari ini kita berubah? Memberi yang terbaik.

Supaya suatu hari nanti, apabila saat itu sampai kita tidak menyesal. Pergilah melakukan kerja dengan memberi yang terbaik daripada anda. Jika anda bekerja, bekerja betul-betul. Jika hendak main, main betul-betul. Hayati saat tersebut. Berikanlah yang terbaik pada saat tersebut.

” Beribadahlah seolah-olah kita akan mati pada keesokkan hari, dan bekerjalah seolah-olah kita akan hidup untuk selama-lamanya.” :-)

UrusanNya

Islam, Quote Motivasi 2 Comments

Beri hatiMu hanya untuk Allah,

pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik.

hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,

pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya.

Betul tu, saya setuju dengan ayat di atas. Ianya merupakan salah satu tips pengurusan masa yang efektif. Caranya adalah memperuntukkan masa anda pada Allah terlebih dahulu. Caranya adalah dengan melakukan solat di awal waktu. Betul, cuba amalkan. :-)

Percayalah dengan melakukan solat pada awal masa, hidup anda lebih tersusun. Anda melakukan kerja yang penting. Hamparkan waktu padaNya, selebihnNya Dia akan mengaturkan. Secara logiknya pun betul. Urusan dengan Dia adalah urusan paling besar. Jika anda mampu menyelesaikan urusan besar ini, sudah tentu urusan kecil amat mudah sahaja bagi anda. Lebih-lebih lagi Dia selalu di samping anda. Tetapi jika anda tiada masa untukNya, bermaksud anda sudah tersilap arah. Anda masuk jalan yang salah. Anda banyak menghabiskan masa kepada perkara yang kurang penting. Padahal urusan denganNya adalah paling penting.

Tambahan pula, jika anda tidak mampu mengurus masa anda dan memperuntukkan kepada Dia, manakan mungkin anda mendapat keberkatan daripadaNya. Segala-galaNya di gengamanNya.

Manusia makhluk yang lemah. Ia perlu berpaut pada sesuatu. Dan Islam itulah pautannya. Berpeganglah teguh kepadaNya. Percaya Dia Maha Mengetahui. Percaya Dia Maha Berkuasa. Berdoa selalu padaNya. InsyaAllah Dia akan mengatur hidup anda dengan sebaiknya. :-)

Apa yang dicari?

Quote Motivasi, Winner 2 Comments

Hari ini saya ingin kongsi bersama anda satu quote. Datangnya daripada khalifah kita yang kedua. Siapa lagi Umar Al-Khattab. Kenal tak? Hehe kalau tak kenal ini sudah kes serius ni. :-)

” Tidak akan engkau berasa gundah walau sekali jika engkau tahu apa yang dicari.”

Betul tu. Tengok betapa hebatnya Khalifah Umar mengenai pandangannya tentang kehidupan. Dalam hidup ini, kita mesti mempunyai matlamat. Tanpanya kita akan mudah terpesong ke jalan yang lain. Matlamat merupakan sesuatu yang wajib dalam diri kita. Apakah matlamat anda? Wang, keluarga,rumah? Walauapapun matlamat anda jangan dilupakan bekalan di sana, Hari akhirat. Itu yang paling penting. Mukmin yang bijak adalah mukmin yang sentiasa menyediakan bekalan untuk hari esoknya. Sebabnya mereka tahu hari tersebut adalah pasti.

Selain itu, mempunyai matlamat membuat kebanyakkan masalah kita selesai. Betul. Seperti yang dikatakan. Tidak engkau berasa gundah walau sekali. Sekali pun kita tidak akan berasa gundah jika kita tahu matlamat akhir kita.

Contohnya seperti kita hendak menjadi juara dalam sukan Olimpik. Kita berhasrat ingin memenangi emas. Jadi matlamat kita adalah emas. Disebabkan itu kita akan berusaha keras untuk mendapatkannya. Masalah yang datang seterusnya bagaikan tempias sahaja kerana kita tahu bahawa ini sebagai dugaan.

Berlainan pula jika tidak mempunyai matlamat, dugaan yang datang akan membuatkan kita merasakan dunia itu tidak adil. Kita mula menyalahkan takdir. Tiada matlamat menyebabkan cara pandangan kita terhadap sesuatu matlamat juga turut berubah.

Jadi, punyailah matlamat. Insan yang hebat adalah insan yang mempunyai matlamat. Abaikan kata-kata orang lain dan terus berusaha. :-)

Quote Motivasi, Winner No Comments

Bill Bradley yang merupakan pemain bola keranjang masih ingat lagi kata jurulatihnya. Kata tersebut telah memberi kesan yang besar dalam hidupnya. Ketika itu beliau berumur 15 tahun dan menghadiri kem latihan.

Jurulatih beliau, Ed Macauley telah berkata,

” Jika anda tidak mahu bekerja keras sehingga mengeluarkan potensi sebenar anda, tidak mengapa. Di luar sana tentu ada orang sanggup untuk melakukannya. Dan pada suatu hari nanti apabila anda bertemu, beliau sudah pasti mampu mengalahkan kamu.”

Kita mempunyai potensi sendiri. Yang penting guna dan optimumkannya. Jangan sekadar membiar sahaja. Bangkitkanlah gergasi yang tertidur dalam hidup anda. Anda lahir untuk menjadi wira.

Ps: Akhirnya masalah teknikal di bahagian komen berjaya diselesaikan. Silalah komen untuk berkongsi pendapat. :-)

« Previous Entries