Apa yang dicari?
August 2, 2008 10:45 am Quote Motivasi, WinnerHari ini saya ingin kongsi bersama anda satu quote. Datangnya daripada khalifah kita yang kedua. Siapa lagi Umar Al-Khattab. Kenal tak? Hehe kalau tak kenal ini sudah kes serius ni.
” Tidak akan engkau berasa gundah walau sekali jika engkau tahu apa yang dicari.”
Betul tu. Tengok betapa hebatnya Khalifah Umar mengenai pandangannya tentang kehidupan. Dalam hidup ini, kita mesti mempunyai matlamat. Tanpanya kita akan mudah terpesong ke jalan yang lain. Matlamat merupakan sesuatu yang wajib dalam diri kita. Apakah matlamat anda? Wang, keluarga,rumah? Walauapapun matlamat anda jangan dilupakan bekalan di sana, Hari akhirat. Itu yang paling penting. Mukmin yang bijak adalah mukmin yang sentiasa menyediakan bekalan untuk hari esoknya. Sebabnya mereka tahu hari tersebut adalah pasti.
Selain itu, mempunyai matlamat membuat kebanyakkan masalah kita selesai. Betul. Seperti yang dikatakan. Tidak engkau berasa gundah walau sekali. Sekali pun kita tidak akan berasa gundah jika kita tahu matlamat akhir kita.
Contohnya seperti kita hendak menjadi juara dalam sukan Olimpik. Kita berhasrat ingin memenangi emas. Jadi matlamat kita adalah emas. Disebabkan itu kita akan berusaha keras untuk mendapatkannya. Masalah yang datang seterusnya bagaikan tempias sahaja kerana kita tahu bahawa ini sebagai dugaan.
Berlainan pula jika tidak mempunyai matlamat, dugaan yang datang akan membuatkan kita merasakan dunia itu tidak adil. Kita mula menyalahkan takdir. Tiada matlamat menyebabkan cara pandangan kita terhadap sesuatu matlamat juga turut berubah.
Jadi, punyailah matlamat. Insan yang hebat adalah insan yang mempunyai matlamat. Abaikan kata-kata orang lain dan terus berusaha. ![]()

















fmtt :
Date: August 10, 2008 @ 4:37 pm
Salam..kata-kata keramat ini merupakan inspirasi dan sangat berkesan dalam diri saya. Apabila saya ingin melakukan tugasan(assigment) contonya saya tidak rasa bimbang kalau saya tahu apa yang hendak saya cari.Tidak kisah tugasan itu berat atau macam membebankan. Tapi kalau saya tidak tahu yang hendak saya capai saya rasa buntu dan tidak tenang.
fmtt :
Date: August 12, 2008 @ 9:05 am
salam
Saya suka dengan artikel ni. Ungkapan ini sangat perlu saya aplikasikan dalam hidup. Contohnya saya seorang pelajar, kalau nak menyiapkan tugasan saya buntu kerana tidak boleh memulakannya dan saya rasa bimbang kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan, tapi bila saya tahu apa yang perlu saya buat. Saya tidak risau walau masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan pendek.