Berfikiran positif
November 20, 2008 7:32 am Keyakinan diri, Pengajaran, Quote MotivasiPerasaan negatif merupakan perkara yang perlu dielakkan. Ia adalah punca utama yang dapat membunuh keyakinan diri. Jika seseorang pada asalnya sihat dan dipenuhi pemikiran yang positif, tetapi sentiasa disumbat dengan perkara-perkara negatif, percaya atau tidak, akhirnya dia akan terpengaruh dengan perkara tersebut dan mudah jatuh sakit.
Mesej yang dihantar kepada tubuh badannya menyebakan dia mudah stres, tertekan, dan murung. Dia mulai percaya bahawa dia sebenarnya tidak sihat.
“Dalam perlawanan utama ketika Olimpik 1992 dan kejohannan dunia 1993, saya tidak memikirkan bahawa saya adalah yang terbaik daripada orang lain. Saya hanya memikirkan bahawa minda saya telah bersedia. Saya beritahu diri saya bahawa jangan membiarkan apa pun pemikiran negatif masuk ke dalam pemikiran saya. Saya hanya akan berkata kepada diri saya bahawa,” saya boleh lakukannya. Saya telah mengambil pemakanan dengan betul dan telah melakukan apa yang terdaya.”………….”
Sally Gunnell pemenang pingat emas olimpik.
Kesimpulannya dalam apapun anda lakukan, selalulah berfikiran positif. Tidak kiralah dalam menghadapi exam, pembentangan, berjumpa dengan orang ramai atau menyertai sesuatu kejohanan. ” Always think positive.”
Ps: Harga promosi RM10 Ebook 97 tips pembentangan memikat hanya tinggal sehari sahaja lagi. Dapatkannya sebelum dijual pada harga baru.
















