Berjanjilah…
September 6, 2009 4:35 pm Bakat, Quote Motivasi, pengurusan masaAssalamualakum dan salam sejahtera,
“Promise others that you will complete something by a certain date.
Promising others motivate yourself.”
Berjanjilah dengan seseorang anda akan menghabiskan atau menyelesaikan sesuatu perkara pada sesuatu tarikh.
Dengan berjanji, ianya memotivasikan diri.”
Untuk membolehkan sesuatu perkara dilakukan dan dibuat dengan lebih cepat, berjanjilah dengan seseorang untuk melakukannya. Ia akan memberi motivasi kepada anda untuk melakukannya. Walaupun anda berasa malas ataupun berasa sibuk.
Contonya seperti mana yang berlaku pada diri saya iaitu ketika proses menulis buku pertama saya iaitu ‘Apa bakat Saya?’. Saya telah berjanji kepada kawan saya yang saya akan menyiapkan karya tersebut sebelum …(heheehe saya dah lupa dah tarikhnya). Kesan daripada janji tersebut menyebabkan saya cuba sedaya upaya menghabiskan penulisan tersebut. Saya cuba mencari ruang masa yang ada supaya ianya dapat ditepati mengikut tarikh yang dijanjikan.
Jadi, jika anda ada impian atau sesuatu yang perlu dibuat, berjanjilah pada kawan anda atau diri anda di mana sebelum tarikh tertentu anda akan menyelesaikannya.Momentum anda pasti meningkat.
PS: Siapa mahu berjanji belanja saya berbuka puasa ni?

















Blog Mantra :
Date: September 7, 2009 @ 4:15 pm
Ok Dr thanks atas tips ini. Saya akan cuba lakukannya. Asalkan tak mungkiri janji sudahlah
BJ :
Date: October 15, 2009 @ 5:19 am
ok baek Dr. haha pose taun ni da lepas puase 6 pon da luput.. taun depan iAllah mau?