Kempen membaca buku….
May 4, 2009 6:50 pm Falsafah Kejayaan, Quote Motivasi, UmumBagaimana untuk maju dengan cepat? Maksudnya daripada segi kemahiran melakukan sesuatu. Atau pemahaman mengenai sesuatu. Jawapannya adalah dengan membaca. Sebabnya, dalam bukulah tersimpannya segalannya. Ianya merupakan pengalaman yang dikongsi oleh penulis. Buku merakamkan ilmu yang terkandung dalam minda penulis.
Memang betul, sesuatu ilmu yang dipelajari melalui praktikal lebih baik berbanding teori. Tetapi untuk menyingkatkan kemahiran anda, apa kata anda membaca buku-buku mengenainya. Ianya membuat minda anda berkembang dengan cepat. Jadi apabila anda mula-mula melakukannya, ianya seolah-olah bagaikan bukan kali pertama anda melakukannya. Anda mungkin sedikit was-was tetapi anda tidak terlalu hilang dan sedikit sebanyak anda tahu apa yang perlu dibuat.
“Saya belajar mengenai automobil dengan membaca mengenainya selama setahun
berbanding dari 20 tahun membuat eksperimen mengenainya.”
Walter Chrysler
“Sekolah pengalaman mengambil masa begitu lama,
hinggakan apabila kita menamatkan pengajian, kita adalah tua tua untuk bekerja.”
Henry Ford
“Baikilah diri anda dengan pengalaman orang lain-jadi anda akan dapat sesuatu dengan cepat
berbanding dengan apa yang orang lain lakukan.”
Socrates
Kesimpulannya, bacalah buku dalam bidang yang anda ingin mahir. Meminjam sebuah kata-kata,
“Orang yang bodoh tidak belajar daripada apa-apa,
Orang sederhana belajar daripada pengalaman sendiri,
Orang bijak belajar daripada pengalaman orang lain.”
Jadi selamat membaca. Ulang suara selamat membaca. Fuh..Terasa macam tengah mempromosi kempen membaca pula.


















kakeru :
Date: May 14, 2009 @ 11:36 pm
Baca jangan tak baca. Membaca jambatan ilmu!
Thinkerich :
Date: July 20, 2009 @ 10:57 pm
Kempen yang bagus…
Ada baiknya letakkan matlmat seminggu sebuah buku…