Apa Anda Mahu?
November 12, 2008 10:21 am Soalan Menarik, Tips BelajarSalam sejahtera…
Anda tidak tahu apa yang anda mahu dalam hidup ini? Ataupun sebenarnya anda tahu tetapi masalahnya anda tidak tahu sebenarnya bentuk ukuran tersebut. Anda mahu kebahagian. Tetapi anda tidak tahu apa itu kebahagian pada ukuran anda. Anda mahu kekayaan, tetapi tidak tahu ukuran kekayaan bagi anda.
Apa kata kita ikut saranan daripada Jack Canfield, penulis buku Chicken Soup For The Soul untuk teknik mengetahui apa sebenarnya anda mahu. Ianya mengenai tentang menulis matlamat dan kemahuan anda.
Beliau mencadangkan supaya anda duduk menulis 30 perkara yang anda ingin lakukan, 30 perkara yang anda mahukan dalam hidup ini, dan akhir sekali 30 perkara yang anda ingin lakukan sebelum anda mati. Teknik ini sungguh menarik. Apa kata anda mengambil sekeping kertas dan mula menulis. Duduk di ruang kosong dan mula memikirkannya. Sebelum ini anda tidak tahu apa yang anda ingin,sebabnya anda sibuk dengan kerja seharian. Oleh itu dengan memberi sedikit ruang barulah anda mula berfikirkannya. Ayuh lakukan. Ini masa anda.
Untuk lebih berkesan lagi dapatkan seorang kawan untuk menanyakan soalan, ” apa yang anda mahu dalam hidup ini?”. Mungkin pada permulaan anda akan berkata,” aku mahu duit RM1 juta”. Ataupun anda berkata , “aku mahu rumah besar.”
Tetapi percayalah, dengan menanya soalan ini berulang kali anda mula terfikir. 5 minit kemudian, anda mula sedar apa yang anda inginkan. Anda sebenarnya mahu kebahagian bersama keluarga. Anda mahu menjalani kehidupan yang harmoni. Kemahuan sebenar dalam diri anda mula berkata. Pembaca sekalian, itu sebenarnya yang anda mahu. Itulah tujuan hidup anda. Jadi fikir apa lagi? Mulalah menulis sekarang.
PS: Terima kasih di atas sambutan yang diberikan pada laporan Tips Pembentangan Memikat. sesiapa yang belum mendapat laporan ini anda boleh Klik Sini untuk dapatkannya dengan harga RM10. Dapatkannya sebelum harganya bertukar kepada RM15 sebelum 17/11/08. ![]()
















