Fri 25 Apr 2008
Berfikir di luar kotak
Posted by orizz under Soalan Menarik
Salam, hari ini saya ada satu artikel yang menarik daripada bulletin friendster kawan saya yang ingin dikongsi bersama anda. Soalannya simple sahaja tetapi sedikit tricky. Anda dah bersedia?
Anda sedang membawa kereta anda. Seperti biasa, pada masa tersebut anda masih lagi bujang.Oleh itu, kereta anda hanya mempunyai dua tempat duduk sahaja.Biasalah kereta sport.
Waktu tersebut hujan turun dengan lebat dan kilat saling sabung-menyabung. Anda melalui satu perhentian bas di mana di situ anda ternampak tiga orang sedang menunggu bas.Orang tersebut adalah:
1.Seorang perempuan tua yang sedang sakit tenat dan perlu dihantar kepada hospital secepat mungkin.
2.Seorang lelaki tua yang pernah menyelamatkan nyawa anda.
3.Seorang perempuan muda yang merupakan gadis/lelaki impian anda yang selama ini anda tercari-cari.
Apakah anda lakukan? Fikir betul-betul.
5
4
3
2
1
Sebenarnya soalan ini ada digunakan didalam temuduga.
Soalan ini melibatkan etika delima sebenarnya.
Anda memilih perempuan tua kerana perempuan tua itu sakit.
Anda memilih lelaki tua kerana lelaki tersebut pernah menyelamatkan nyawa anda.
Ataupun anda memilih gadis/lelaki idaman anda kerana jarang anda menemuinya.
Untuk kes ini, antara 200 orang yang menghadiri temuduga tersebut ada seorang telah memberi jawapan yang unik. Dia telah berfikir ‘out the box’. Jawapan beliau:
Dia akan memberi kunci keretanya kepada lelaki tua, supaya dia dapat membawa perempuan tua yang sakit ke hospital. Manakala pula dia akan menunggu di situ bersama-sama dengan gadis idaman dia.
Dan orang tersebut berjaya dan mendapat pekerjaan tersebut.”You are hire.”
Jawapan anda tidak sama? Hal ini kerana kita telah meletakkan batasan di dalam minda kita. Kita telah meletakkan bahawa hanya ada satu cara sahaja,iaitu kita hanya boleh memilih seseorang sahaja. Sebenarnya otak kita mampu mencari apa sahaja penyelesaian. Jangan letak limitation di dalam minda anda. Think out the box seperti yang dilakukan orang tersebut.Anda adalah HEBAT sebenarnya.
![]()

















April 26th, 2008 at 6:57 am
Kalau saya jawap lain boleh ke??? …..
Kalau sudah ada kereta…kenapa tidak membawa ketiga-tiga sekali…dan yang utama bawalah perempuan tua itu ke hospital terlebih dahulu dan kemudiannya anda bersama-sama lelaki tua dan wanita idaman itu kemudiannya menjaga perempuan tua tu..lagipun tak baik dipandang jika anda menunggu bersama-sama dengan gadis idaman di stesen bus tersebut…Lebih2 lagi kalau malam..apa orang akan kata nanti??
April 26th, 2008 at 10:35 am
bkan xbleh bwa ktiga2 mereka sekali, ttp kreta tu kan cuma ada 2 tmpat dduk, mksudnya memang hnya bleh bwa seorg. sekiranya kita tidak membca jwapan yg dibri, sya ykin ramai diantara kita hnya akan mnjwab slh satu diantara tiga pilihan yg terdpt diatas.
April 28th, 2008 at 12:01 am
huhu…saya rasa saya akan pilih no.1 kalau think in da box…tp kalau pikir dalam2…
emm…maybe saya akan buat sama seperti yg orizz kata. Sbb kadang2 kita pikir tu keputusan yg terbaik tp itu xsemestinya keputusan yg betul…
Terbaik dan betul beza maknanya…terbaik tidak bermakna jawaban kita betul atau tepat. Tapi keputusan yg “betul” sudah pasti tepat dan betul…huhu…berbelit2 ayat nih…baca 2-3x paham lah kot…