Lelaki Lebih Bijak Daripada Wanita?

5:50 pm Bakat, Keyakinan diri, Soalan Menarik

business

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar?Bagaimana anda hari ini? Sihat? Hari ini saya ada soalan ingin ditanya kepada anda. Satu soalan tentang kepandaian ( IQ ). Soalan yang agak kontroversi. Bersedia?

Soalannya berbunyi.

“Adakah lelaki lebih bijak daripada wanita?”

Sudah mempunyai jawapan? Mari kita dengar apa kata kajian yang telah dilakukan.

Kebanyakkan kajian menunjukkan jawapannya adalah tidak. Kenyataan lelaki adalah lebih bijak daripada wanita adalah salah. Tetapi kebanyakkan daripada mereka iaitu lelaki memikirkan mereka lebih ‘bijak’.

Sebanyak 30 kajian terhadap perkara ini telah dilakukan. Hasil analisis menunjukkan bahawa lelaki dan wanita mempunyai kepandaian yang sama jika dirujuk pada IQ. Namun begitu, kaum wanita telah salah tafsir terhadap IQ mereka.

Kajian menunjukkan secara puratanya wanita telah tersalah anggap  IQ mereka kurang 5 mata berbanding IQ sebenar. Pelik pula bagi lelaki yang mengambil ujian ini, mereka telah terlebih sangka mengenai IQ mereka untuk purata yang sama.

Seterusnya, apa yang menarik mengenai ini, bukan lelaki yang tersalah sangka mereka ‘bijak’, tetapi wanita juga menyangka lelaki lebih ‘bijak’. Hoho.. :-) Mereka yang terlibat dalam kajian ini juga percaya bahawa ayah mereka lebih bijak daripada emak mereka. Dan jika mereka mempunyai anak, mereka percaya anak lelaki mereka lebih bijak berbanding anak perempuan mereka.

Jika anda merupakan seorang perempuan atau wanita yang sedang membaca artikel ini, maka sudah tiba masanya anda mengubah pandangan anda. Anda sebenarnya lebih bijak. Bagi lelaki pula, masa untuk menambah ilmu. Ilmu di dada belum cukup lagi tu…   :-)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • del.icio.us
  • digg
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Simpy
  • Smarking
  • YahooMyWeb
2 Responses
  1. Anum :

    Date: July 18, 2009 @ 3:01 am

    Heheh… mmg dh byk kali sy dgr atau bace lelaki lebih bijak dari wanita tp sy slalu menyangkalnya. Bile sy menafikan statement ni, rmai lelaki mrh. Bkn sy fikir pmpuan lebih bijak, cuma sy rasa thp IQ lelaki dn pmpuan sm sj. Yg membezakan lebih cerdik atau pandai adalah daya usaha kita berusaha utk perbaiki diri masing2. Mungkin apa yg menampakkan pmpuan kurg cerdik dari lelaki kerana pmpuan lebih emosional berbanding lelaki yg lebih selamba. Bg sy, lelaki lebih selamba sbb mereka mls fikir byk, manakala pmpuan pula jenis detail dn teliti. So, kaum lelaki, terimalah hakikat, lelaki dn pmpuan sm sj IQ nye… ^_^

  2. orizz :

    Date: July 20, 2009 @ 4:13 pm

    terima kasih anum..kami menerima hakikat dengan baik =)

Leave a Comment

Your comment

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.