Saya Hendak Kahwin
February 24, 2009 7:00 pm Cinta, Pendapat, Soalan MenarikSalam inspirasi.
Hehe..hari ini tajuk panas sedikit. ‘Saya hendak kahwin.’ Sebenarnya bukan saya yang hendak kahwin. Saje je letak tajuk begitu. Bagi gosip dan panas sedikit. Lawak je.. Tetapi memang post kali ini mempunyai kaitan dengan perkahwinan.
Beberapa hari lepas ketika di Kinokuniya di KLCC saya sempat membelek sebuah buku. Salah satu isi kandungan buku tersebut telah menarik perhatian saya. Ianya berbentuk persoalan. Sediakah anda dengan soalan tersebut? Jom. Soalannya berbunyi,
“Adakah anda sanggup mengahwini diri anda?”
Hoho….Faham? Begini, biarlah saya menjelaskan dengan lebih mendalam. Jika suatu hari nanti anda ditakdirkan dan berjumpa dengan seseorang yang mempunyai seperti ciri-ciri seperti anda, adakah anda sanggup mengahwininya?
Maksudnya jika anda seorang penyabar, baik hati, pelbagai lagi dan pada suatu hari anda ditakdirkan berjumpa dengan seseorang yang mempunyai semua ciri-ciri dan karakter serupa seperti diri anda, sanggupkah anda mengahwininya. Adakah anda sanggup menerimanya sebagai pasangan hidup anda?
Saya beri anda 5 minit untuk memikirkannya. Adakah jawapannya positif atau jawapan yang diberi negatif?
Jika jawapannya adalah negatif, maksudnya sesuatu perlu dilakukan. Perubahan yang ke arah positif. Fikirkan sebentar bagaimanakah orang lain hendak menerima kita jika kita sendiri tidak sanggup mengahwini diri kita.
“ Yeke…? Sedihnya dengar.”
Soalan ini begitu memberi kesan. “Adakah aku sanggup mengahwini seseorang yang mempunyai karakter seperti diri aku?”Hanya tuhan sahaja yang tahu jawapan saya.
Walaubagaimanapun, soalan ini menuntut diri untuk memperbaiki diri kita. Berusahalah untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Jika sebelum ini anda kurang bersabar, banyak-banyakkanlah bersabar.
Salam perkahwinan.

















miepekan :
Date: February 24, 2009 @ 10:22 pm
Salam Dr,
Very interesting topic. Never thought about it before. Based on the question, i need more to improve on myself. TQ
ima :
Date: February 25, 2009 @ 3:43 am
salam dr..
aah btul la tajuk kali ni…sanggup ke kita kawin dgn diri sndiri…hahahaa
thnx coz dah tulis article ni and it makes me realize that i need to improve more n more in me..he3
admin :
Date: February 25, 2009 @ 9:27 am
miepekan and ima
bukan anda sahaja..malah diri saya banyak lagi perlu diperbetulkan
terima kasih komen..
saye :
Date: February 27, 2009 @ 9:06 pm
membaca soalan itu, bende 1st saya terpikir.. hm..
takmau!! serius xmau
*adeh. negatifnye.. btol r. kne improve dri sendiri. haihh..*
kakeru :
Date: March 1, 2009 @ 2:39 pm
Diri sendiri…? agak hampeh juga la… Rasanya saya pun takmo gak..uhuhh..
orizz :
Date: March 1, 2009 @ 11:08 pm
saye n kakeru,
sama-samalah kita berusaha..
cepul :
Date: March 20, 2009 @ 9:42 am
uhh.. bila dsruh bpk 5minit tu tu, terlajak plak sampai mengimbas masa silam yg jahat2 dolu.. pergh.. xsanggup den..
tapi apa kan daya pasangan kita skarang ni x tau pon sme tu.. cuma ianya tletak pada diri korg sdri la kan.. btol ckap kengkawan kat atas tu, need more to improve, as fer maself, I HATE ME! i want to b BETTER!!!
akue :
Date: April 25, 2009 @ 4:37 pm
ya,..bnar tue,..
sgupkah kita nk kwin wit dri sendiri,..
manyak yang nk kna dperbetulkan nieh