Seminar RM9000? Banyaknya…
July 13, 2009 6:43 pm Bakat, Soalan MenarikAssalamualaikum dan salam sejahtera?
Ahad lepas , saya hadir ke PKNS sempena pesta buku yang diadakan. Saya telah diberi peluang oleh pihak penganjur untuk membuat sedikit ’public appearance’ bicara buku menerangkan tentang bakat. Sedikit gementar tetapi berjaya dikawal..
Terima kasih ruang dan masa yang diberikan oleh pihak penganjur yang menyediakan slot diskusi buku ‘Apa Bakat Saya?’
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan diharap semua yang datang mendapat manfaat daripadanya. Artikel motivasi hari ini bukanlah ingin menceritakan mengenai perkara di ats. Saya ingin berkongsi mengenai sebuah lagi cerita yang berlaku pada minggu lepas.
Minggu lepas, saya dan beberapa ahli team Sekolah Bakat telah berpeluang untuk berjumpa dengan Dr Zulkarnain. Beliau merupakan seorang pensyarah UIA. Apa yang menarik adalah mengenai perkongsian ilmu yang dikongsi oleh beliau. Beliau memberitahu bahawa kita dapat mengenali bakat hanya dengan menggunakan cap jari sahaja. Ianya terbukti 90% tepat. Wah, satu jumlah yang tinggi. Cuba bayangkan sebentar jika anda dapat mengetahui bakat anda ketika ini. Tentu mudah untuk membangunkannya bukan?
Apa yang mengejutkan saya adalah beliau telah melaburkan sebanyak RM9000 untuk mendapatkan ilmu tersebut. RM9000 merupakan satu jumlah yang banyak dan saya pasti tidak ramai yang sanggup mengeluarkannya. Sebab itulah beliau merupakan orang melayu pertama (orang bukan Melayu yang membangunkannya di Malaysia pula sudah 349 orang) yang mempopularkan kaedah ini. Wang yang dilaburkan pada ilmu membuatkan beliau maju begitu cepat.
Post hari ini adalah berkenaan berapa banyak yang sanggup anda laburkan untuk mendapatkan ilmu? Tidak kira seminar atau pun buku-buku ilmiah. Saya pasti ramai mempunyai had masing-masing bukan. Saya pun mempunyai had saya yang tersendiri. Kursus yang paling mahal saya sertai adalah ‘Peta Minda’ yang berharga RM600. Itulah kursus yang paling mahal saya sertai. Tetapi ternyata ianya berbaloi. Ilmu yang diperolehi membuatkan saya menguasai ilmu tersebut dengan lebih cepat. Tetapi itulah had saya. Kursus yang terakhir dan mahal setakat ini.Ini berlaku ketika saya belajar.Hoho…Habis duit biasiswa.. Harap ianya bukan terakhir.
Tetapi berlainan dengan orang lain yang telah berjaya. Mereka telah melaburkan beribu-ribu ringgit semata-mata ingin menghadiri seminar berkualiti.Malah ada yang melabur lebih daripada itu. Ternyata mereka berjaya. Ada yang menjadi jutawan. Ada yang menjadi tokoh besar. Saya perhatikan orang berjaya pada hari ini tidak kisah melabur kepada ilmu untuk mendapatkan pulangan yang tinggi. Mereka tidakkisah mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan ilmu yang berkualiti.
Baru saya tahu perbezaan saya dengan mereka. Anda bagaimana?Berapa had yang sanggup anda labur untuk menghadiri sebuah kursus. Kongsilah bersama kursus apa yang paling mahal+ berkualiti yang anda pernah sertai setakat ini. Selamat berkongsi dan salam inspirasi.
Salam inspirasi.


















fathuri :
Date: July 14, 2009 @ 8:40 am
Assalamualaikum.Memang benar, orang2 yang sukses dalam bidang masing-masing semuanya mempunyai paradigma yang sama. Mereka melabur untuk ilmu. Cara termurah bagi mereka yang mahu berjinak-jinak melabur untuk ilmu adalah bertanya(melabur masa saja).Kemudian beli buku(murah). Seterusnya hadiri kursus atau seminar(pelaburan yang berbaloi)
Malah pada zaman kemajuan IT ini,mencari ilmu menjadi sangat mudah dan murah. Cabarannya adalah untuk mendisiplinkan diri untuk action!
“knowledge is merely potential power”
“Action with knowledge is realy power”