Tentang Saya
Salam dan selamat datang ke DrInspirasi.com. Nama saya Saiful Izzuan @ orizz. Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang motivasi dan kewangan. Mempunyai matlamat untuk menjadi jutawan menjelang umur 25 tahun iaitu pada 2011.Insya Allah:-)
Idola tempatan adalah Irfan Khairi, Dato Fadzilah Kamsah. Manakala idola bukan tempatan Anthony Robbins dan Jack Canfield. Idola paling utama adalah junjungan besar nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Membangun laman web ini sebagai hobi supaya dapat menjadi medan tempat perkenalan dan laman interaksi dalam memberi inspirasi kepada orang ramai. Informasi yang dikongsi juga berharap dapat memberi sinar kepada kehidupan dalam menjadi insan yang berjaya iaitu insan biasa yang berusaha secara luar biasa. Semoga pembaca dapat input yang berguna daripada laman web ini. Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan. Selamat membaca!!!
















