Output
October 13, 2008 8:10 pm Tips BelajarTips belajar hari ini ingin berbincang mengenai ‘output’. Apa itu output? Output adalah hasil akhir setelah kita menelaah setelah pelajaran. Lebih tepat lagi, apa yang kita faham setelah penat belajar. Dalam sesuatu proses pelajaran, apa yang penting adalah output dan bukannya input.
Sebabnya kemampuan anda mengeluarkan apa yang dipelajari yang akan menentukan keputusan peperiksaan anda. Input kurang bermain peranan ketika peringkat ini. Maksudnya, jika anda membaca buku itu 10 kali pun, tetapi jika anda hanya memahami 2-3 ayat sahaja, maka sudah tentulah keputusan peperiksaaan anda tidak secemerlang mana.
Sebagai contoh. Seorang pelajar A membaca 10 kali sebuah buku, tetapi pemahamannya adalah cuma 50% sahaja. Berlainan dengan pelajar B yang hanya membaca 2 kali sahaja, tetapi pemahamannya tentang subjek tersebut adalah 80%. Rasa -rasa anda siapa akan mendapat keputusan yang cemerlang? Sudah tentnya pelajar B kan. Mengapa? Sebab outputnya lebih tinggi bukan. Di sini walaupun inputnya kurang, tetapi pemahamannya tinggi.
Kesimpulannya, fokus lebih banyak tumpuan pada output jika anda ingin berjaya. Terutamanya dalam peperiksaan.
Beberapa cara meningkatkan output anda:
1. Membuat peta minda.
2. Melakukan latih tubi dan peperiksaan tahun sebelumnya.
3.Menerangkan sesuatu subjek kepada kawan anda.
4. Melakukan aktiviti berkumpulan seperti sesi Q&A
Ya. Sentiasa ingat output merupakan perkara yang paling penting sekali. Jadilah pelajar yang Belajar Smart dan bukannya pelajar Belajar Hard

















alicesona19 :
Date: October 18, 2008 @ 1:07 am
Saya ada kawan yang selalu saya rasa iri hati sebab pandai, selalu jadi TOP dalam kelas tapi dalam masa yang sama dia pula jeles kat saya. Dia kata dia pandai sebab dia rajin (mmg study hard) tapi saya tetap dapat A dlm sains walaupun tak study macam dia. Saya tak rasa saya jenis study smart but maybe sebab mmg kelebihan saya senang nak memorize thing..genius ker? Taklah tapi alhamdulliah anugerah allah + praktikkan cara belajar yg kita selesa bukan ikut cara org. Pada saya mudah saya ingat benda yang saya lukis dan labelkan.
admin :
Date: October 19, 2008 @ 6:25 pm
Aah. Sesuatu perkara lebih mudah diingati jika benda itu bergambar. Begitulah otak berfungsi. Sebab itulah peta minda merupakan salah satu strategi belajar yang berkesan. tahniah saya ucapkan.