Ke Mana Duit Saya Hilang

Ilmu, Tips Motivasi 2 Comments

Salam motivasi dan sejahtera. Semalam iaitu pada 14/11/08,  server hosting saya yang dibeli daripada Sempoihosting telah down. Kesannya, ramai pembeli tidak dapat masuk ke page jualan ebook. Post yang dipaparkan di blog pun post lama. Tetapi apa-apa pun masalah ini berjaya diselesaikan oleh tuan punya syarikat tersebut. Terima kasih Shuth kerana berjaya menyelesaikan masalah ini dalam 24 jam.

Lagi satu sebagai ganti kepada sesiapa yang mengalami masalah membeli ebook semalam, saya akan memanjang tempoh harga promosi ebook ini iaitu masih RM10 sehingga tarikh 20/11/08. Klik Sini jika anda berminat ingin dapatkannya.

Hari ini tulisan saya panjang sedikit. Harap anda bagi komen ye. Kalau tak tulis pendek je lain kali. ( hehe dah pandai merajuk nampak) :-P
Beberapa hari yang lepas, ketika di KL Sentral
Lokasi : ATM CIMB
Aktiviti : Tengah beratur untuk keluarkan duit

Line sungguh panjang hari itu. Tetapi tidaklah terlalu panjang. 2-4 orang sebelum tiba giliran saya. Saya bercadang ingin mengeluarkan sedikit duit kerana ingin membeli sesuatu. Duit tidak cukup di dompet, jadi terpaksalah saya pergi ke ATM berhampiran untuk mengelurkan duit.

Sambil beratur pelbagai persoalan bermain dalam kepala saya,
 ”Eh nape duit aku makin kurang?Kenapa tak cukup, pada hal gaji ok je? Rasanya tidaklah boros sangat bulan ni. Kawan lain yang pakai kereta tentu lagi susah tetapi mereka ok je. Tetapi saya pula yang rasa sesak. Adakah saya terlalu boros?”

Saya hairan. Duit saya sentiasa tidak mencukupi. Saya hairan kenapa kawan-kawan saya yang mendapat gaji sedemikian mampu memiliki hp yang canggih. Malah hp adik saya lagi mahal daripada saya walaupun dia masih lagi belajar.  Hp budak universiti lagi canggih daripada saya. Saya masih lagi dengan hp lama. Model Nokia yang saya beli beberapa tahun yang lalu.Terasa hendak beli baru, tetapi takut duit tidak mencukupi nanti untuk perbelanjaan bulan ni. Lagi bertambah hairan, kawan saya mampu hidup dengan ok je macam saya walaupun mereka mempunyai hp canggih dan kereta. Duit minyak lagi. Tetapi mengapa mereka masih lagi cukup. Kalau nak ikutkan saya  bukan ada tanggungan pun. Kahwin pun belum. Baru sahaja  bekerja selepas tamat belajar. :-)

Kemana duit tu eh? Akhirnya persoalan saya menemui jawapannya. Lantas saya kembali bertanya kepada diri mengapa saya beratur ketika itu. Saya beratur untuk mengeluarkan duit sebanyak RM30. Duit itu bertujuan untuk membeli sebuah buku yang bertajuk ‘ Nota Jutawan Nota Perniagaan’ tulisan  Irfan Kahiri tentang tips perniagaan. Lantas persoalan saya terjawab semuanya. Saya akhirnya tahu ke mana sebahagin duit saya keluar dan menghilang. Duit saya hilang sebab saya melaburkannya utuk membeli buku-buku dan mengikut apa yang disaran olehnya.

Kenapa saya tidak membeli kereta lagi walaupun gaji saya rasanya cukup untuk mememiliki sebuah  kereta?

Sebabnya saya terbaca buku Robert Kiyosaki, jangan membeli liabiliti tetapi belilah aset. Aset tersebutlah seterusnya menjana wang yang dapat digunakan untuk membeli liabiliti.

Kenapa duit saya tidak mencukupi?

Sebabnya saya terbaca buku kewangan menyarankan untuk menyimpan 10% daripada gaji saya. Jadi saya terpaksa hidup dengan 90% gaji saya.

Kemana duit saya menghilang?

Sebabnya saya membeli ebook atau buku-buku tentang pelbagai ilmu yang mampu membantu meningkatkan diri saya.
Yes, akhirnya saya tahu kemana duit saya menghilang. Walaupun duit tidak mencukupi, tetapi saya bersyukur dengan sikap boros saya  membelanjakan duit tersebut. Walaupun hp masih lama, tiada kereta seperti kawan lain tetapi hehe… saya  yakin dengan pelaburan  tersebut. Rupa-rupanya angkara buku.

Anda bagaimana? Persoalannya hari ini  kemanakah duit anda menghilang? Pelaburan apa yang anda lakukan?
Ps: Ini bukan hendak promote beli ebook saya k . Hehe..  :-P

Selalulah Melontarkan Senyuman

Tips Motivasi No Comments

Selalulah melontarkan senyuman. Senyuman merupakan senjata yang efektif yang membantu anda dalam menjadi individu menarik. Mahal senyuman menjadikan anda seorang yang tidak menarik. Masyarakat akan menyangka anda sombong. :-)

Wanita atau lelaki yang sukar hendak senyum sukar didekati walaupun fizikal mereka menarik. Alangkah sayangnya jika kawan anda tidak sedar bahawa sebenarnya anda seorang yang kelakar disebabkan anda tidak suka senyum.

Senyuman membawa seribu makna. Dengan senyuman, hati yang melihat mampu cair. Belajarlah untuk senyum. Perhatikan diri anda di cermin, adakah anda mampu memberi senyuman yang manis. Lihat mimik muka anda dan carilah mimik muka senyuman  tersebut. Simpan ia dalam memori anda.

Senyuman memberi kegembiraan kepada anda. Apa kata kita lakukan sedikit ujian. Jawapan yang mana betul? Anda gembira kerana anda senyum atau anda senyum sebab anda gembira?

Rasa-rasa yang mana satu betul? Ramai akan mengatakan kita gembira sebab itulah kita senyum. Tetapi menurut ilmu fisiologi mengatakan bahawa kita mampu merasa gembira jika kita senyum. Buktinya cuba anda senyum sehingga hujung mulut anda naik ke atas. Senyum selebar-lebarnya. Cuba rasai perasaan anda. Adakah anda merasai perasaan gembira dalam diri anda?

Ps: Saya percaya, ketika ini anda mesti sedang senyum. Adus, manisnya. :-)

2 kesakitan

Falsafah Kejayaan, Soalan Menarik, Tips Motivasi 1 Comment

Dalam hidup ini, manusia akan menghadapi 2 kesakitan. Haish :-) pelik bukan? Apa 2 kesakitan tersebut?

 

” Dalam hidup manusia akan menghadapi 2 kesakitan.

Sakit kerana mendisiplin diri atau sakit kerana menyesal.”

Kedua-duanya adalah sakit dan anda tidak mampu untuk mengelaknya. Tetapi yang membezakan kedua-dua kesakitan ini adalah tempoh masanya. Kesakitan mendisiplin diri hanya dirasai dalam tempoh yang pendek sahaja. Iaitu  mungkin sekitar 2-6 bulan sahaja. Contoh di mana seorang pelajar mendapat ‘sakit‘ dalam mendisplin diri belajar dan mengulangkaji pelajaran untuk memperolehi keputusan yang cemerlang.

Tetapi kesakitan kerana menyesal mengambil tempoh yang lebih lama untuk pulih. Lebih teruk lagi, mungkin ianya tidak terubat seumur hidup anda.

Kata orang, ” Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya.”

Jadi, apa pilihan anda?

Perubahan

Keyakinan diri, Tips Motivasi 3 Comments

Salam motivasi. Bagaimana keadaan hari anda hari ini? Masih menziarahi sanak saudara di Hari Raya ke-5 ini? Buat rumah terbuka? Tak mahu jemput saya ke? :-)

Tanpa membuang masa mari kita pergi ke tips hari ini. Jika anda belum berjaya, maksudnya anda masih sama seperti dahulu. Selagi  anda masih melakukan perkara yang sama, anda tidak akan berjaya. Untuk berjaya anda mesti berubah.

” YA, untuk berjaya saya mesti berubah.”

 

” Orang yang TIDAK BERJAYA adalah orang mengharapkan keputusan yang berbeza tetapi masih lagi melakukan perbuatan yang sama.”

 

Apa itu perubahan? YA satu soalan cepumas. Perubahan adalah meletakkan sesuatu yang baru di tempat yang lama. .Tanpa perubahan, sesuatu yang asal akan di kekal statik ditempatnya.

‘Malas, ‘Cuai’, ‘Takut’ akan kekal di tempat tersebut. Mereka akan statik di tempat tersebut dan tidak akan ke mana-mana. Tetapi, hanya perubahan yang mampu mengubahnya.

Gantilah ‘cuai’ dengan ‘berhati-hati’,
Gantilah  ‘malas’ dengan ‘rajin‘,
Gantilah ‘takut’ dengan ‘berani‘.

Ini semua akan membuatkan anda lebih berjaya. Lakukan perubahan dan lakukannya sekarang.

“Ubahlah diri anda, jika anda mahu keadaan di sekeliling berubah.”

P/s : Oleh itu jika sebelum ini anda tidak mahu mengadakan rumah terbuka dan mengajak orang datang, apa kata anda berubah. Hehe… :-)

Neuron

Bakat, Falsafah Kejayaan, Tips Motivasi 2 Comments

Ramai di antara kita selalu merendahkan keupayaan mereka. Mereka mengatakan mereka tidak berbakat dan tidak mempunyai kemahiran. Kepercayaan ini hanya akan membawa kepada pembantutan perkembangan kita sahaja. Kita tidak akan mampu berjaya dengan kepercayaan begini. Kita sebenarnya hebat. Allah SWT telah melebihkan kita berbanding makhlukNya yang lain. Usaha dan istiqamah dengan apa yang dilakukan akan membolehkan kita mengilap potensi yang ada.

“Kita sebenarnya lebih hebat daripada apa yang kita fikirkan.”

 

Manusia mempunyai otak. Otak tersebut mempunyai sel yang bernama neuron. Semakin banyak neuron yang berhubung, maka semakin banyak kebolehan dan kemahiran kita. Otak manusia mempunyai lebih daripada 10 billion neuron.

Saintis menganggarkan kita menyimpan 125.5 trilion ingatan. Jumlah ini adalah 10000 kali ganda maklumat Encylopedia Britanica. Ada saintis berpendapat kita mampu mengingati semua maklumat yang ada dalam semua perpustakaan dalam dunia. Semua. :-)

Jadi mengapa kita perlu merendahkan keupayaan kita? Kita adalah Hebat. Gilap kehebatan itu.

Mula Bertindak

Falsafah Kejayaan, Tips Motivasi No Comments

Secara jujurnya ramai pernah bercakap bahawa mereka ingin menulis buku, ramai ingin memulakan perniagaan dan yang penting ramai berkata ingin berjaya. Tetapi apabila diselidik dan ditanya selanjutnya apa yang dilakukan mereka sekarang. Adakah mereka menulis atau mula membaca tentang apa yang ingin ditulis oleh mereka, rata-rata mereka belum lagi bermula. Saya percaya orang begini tidak akan berjaya. Mana mungkin mereka akan berjaya sampai ke destinasi mereka jika mereka sendiri tidak bertindak?

Mungkin mereka mempunyai bakat dan idea. Tetapi semua itu tidak akan membawa mereka ke destinasi akhir selagi mereka tidak mengambil langkah pertama. Lagi kritikal lagi mereka tidak akan berjaya ke sana selagi mereka tidak bergerak. Perjalanan 1000 batu bermula dengan langkah pertama. Seperti yang dikatakan oleh MAxwell, ” Talent never enough.”

Walaupun anda memiliki bakat dan ilmu, tetapi jika langkah pertama tidak diambil, anda tidak akan ke sampai sana. Jadi mulai sekarang, ambillah langkah pertama anda. Tahu apa yang anda inginkan. Rancang dan mula mengambil langkah pertama. Lee Cong Wei tidak akan menjadi datuk Lee Chong Wei selagi ia tidak bertindak untuk menghayun raket suatu ketika dahulu. Buku-buku tidak akan berlambak di MPH, Popular jika tiada sesiapa yang mula menulis ayat pertama dan begitu juga dengan kejayaan anda.

Oleh itu ambillah dan bertindaklah walaupun langkan anda kecil pada hari ini.

Menyelesaikan Sesuatu Masalah

Bakat, Tips Motivasi No Comments

Salam. Hari ini kita berbincang tentang cara menyelesaikan sesuatu masalah yang besar. Wah, ada cara rupanya. :-) Caranya adalah dengan membahagi tugasan tersebut kepada beberapa kumpulan kecil. Ingat lagi  bagaimana kita hendak makan gajah? Caranya adalah dengan melapah dan memotongnya kepada beberapa ketulan kecil. Kemudian baru dimakan.
Begitu juga dengan masalah kita. Ia perlu dipecahkan kepada beberapa bahagian terlebih dahulu. Dengan ini ia akan memudahkan fokus kita. Lebih mudah menyelesaikan sesuatu tugasan yang kecil daripada tugasan besar.

Persoalan baru pula akan timbul. “Hmm, Saiful bagaimana pembahagian ini dilakukan?”

Caranya adalah :

Bahagi ia mengikut kategori.

Bahagikan mengikut kategori. Bukan semua kategori sama. Kadang-kadang sesuatu tugasan memerlukan kemahiran dan cara yang berbeza penyelesaiannya. Dengan mengetahui kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu tugasan, ia akan memudahkan lagi cara anda menyelesaikannya.
Bahagi mengikut keutamaan.

Kenalpasti adakah sesuatu tugasan itu penting atau tidak. Dengan ini anda dapat membahagikan masa anda berdasar kepentingannya. Jika kita tidak menyusun mengikut keutamaan, percayalah lama-kelamaan ianya akan tersusun dengan sendirinya. Kesannya kita akan kehilangan kawalan terhadap tugasan tersebut.
Ini akan menyebabkan ‘ianya’ mencuri peluang yang kita ada.

Bahagi mengikut turutan

Kenalpasti bila sesuatu perlu diselesaikan. Ketahuilah dateline sesuatu projek. Cipta jadual anda dan pastikan anda mengikutnya. Jangan beri alasan pada diri anda. Penipuan diri yang paling besar pada diri anda adalah apabila anda memberitahu diri anda bahawa anda akan menyiapkannya nanti.

Ketahui bakat anda

Setiap orang mempunyai bakat masing-masing. Oleh itu manfaatkannya . Menurut Marcus, penulis buku Now Discover Your Strengths, bakat membuatkan anda melakukan sesuatu lebih baik daripada 10000 orang.  Oleh itu, kenalpasti abiliti dan bakat seseorang. Lebih mudah untuk  anda menyiapkan tugasan yang besar dengan membahagikan tugasan kepada kategori bakat.

Itu sahaja tips untuk kali ini. Jumpa lagi dan selamat berbuka puasa. :-)

Pemadam api Vs Pemarak api

Falsafah Kejayaan, Tips Motivasi No Comments

Impian adalah umpama api. Sebagaimana sifat semulajadi api yang yang ingin keluar dan marak, begitulah dengan impian. Ia ingin keluar supaya direalisasikan.Ia ingin keluar direalitikan.

Namun begitu, orang yang melihat api itu ada 2 sifat. Sebagai pemarak lagi api tersebut atau bertindak sebagai pemadam api.

Jika anda berjumpa dengan orang yang memarakkan api itu, anda bernasib baik.Ini kerana mereka akan memarakkan lagi impian anda. Mereka sentiasa menyokong usaha anda. Mereka memberi inspirasi kepada anda untuk melakukan impian anda.
Mereka ini biasanya orang yang mengenali dan sangat rapat dengan anda. Mungkin keluarga atau kawan rapat anda.

Namun begitu, agak sedikit malang jika anda berjumpa dengan orang yang bersifat sebagai pemadam api. Ia akan bertindak memusnahkan impian anda. Mereka umpama bomba yang memadamkan api kemahuan anda. Bomba inilah anda perlu jauhi. Mereka biasanya dapat dilihat pada cara percakapan mereka terhadap impian anda.Mereka sentiasa memberi tanggapan negatif kepada matlamat anda.
Contohnya seperti:

“Bolehkah ia dicapai?”
“Macam mustahil je.”
” Engkau ini biar betul.”
” Aku rasa tidak munkin. Lebih baik engkau give up sahaja.”

Inilah contoh-contoh pemadam api yang berbahaya. Pastikan anda berada jauh dengan anda. Kelililng diri anda dengan orang yang memarakkan api kehidupan anda. Ingat, ada satu perpatah mengatakan bahawa kita adalah purata 5 orang yang berdekatan kita. Jika anda dikeliling dengan orang negatif, sudah tentu anda akhirnya akan menjadi seperti mereka. Oleh itu, mengapa perlu dekat dengan mereka? :-)

Berikan Yang Terbaik

Quote Motivasi, Tips Motivasi, Winner No Comments

” Each day I live

I want to be a day to give

The best of me”

Lagu daripada Whitney Houston lirik daripada lagu ‘ One Moment in Time’

Apa yang dimaksudkan ayat di atas ialah ’setiap hari dalam hidup saya. Saya ingin jadikan hari tersebut hari yang terbaik untuk saya. Saya akan berikan yang terhebat daripada saya. ‘

Ya. Kita tidak tahu bila kita akan pergi. Kita tidak tahu mungkin esok, lusa atau tahun hadapan kita mungkin tidak berdiri lagi di sini. Jadi, jangan menyiakannya. Setiap detik adalah berharga sekali. Gunakannya. Masa yang pergi tidak akan kembali lagi. Jadikan hari yang berlalu sebagai hari yang terbaik bagi anda. Mungkin selama ini, kita hanya melakukanya sambil lewa sahaja. Tetapi apa kata mulai hari ini kita berubah? Memberi yang terbaik.

Supaya suatu hari nanti, apabila saat itu sampai kita tidak menyesal. Pergilah melakukan kerja dengan memberi yang terbaik daripada anda. Jika anda bekerja, bekerja betul-betul. Jika hendak main, main betul-betul. Hayati saat tersebut. Berikanlah yang terbaik pada saat tersebut.

” Beribadahlah seolah-olah kita akan mati pada keesokkan hari, dan bekerjalah seolah-olah kita akan hidup untuk selama-lamanya.” :-)

Tips Menjadi Individu Menarik

Keyakinan diri, Tips Motivasi 6 Comments

Hari ini  saya ingin kongsikan 5 tips bagaimana menjadi individu menarik. Ianya mudah sahaja untuk dilakukan. Percaya atau tidak ia akan meningkatkan tahap ‘menarik’ diri anda. :-)

1. Sentiasa senyum

Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak masakan seseorang boleh jatuh cinta, memberi rumah,  disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang senyum itu sedekah. Senyuman mebawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.  Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman anda kepada mereka. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

2. Banyak memberi

Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri .Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

3. Berikan pujian

Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.

4.  Mempunyai prinsip.

Seseorang yang berprinsip merupakan ciri penting dalam menjadi individu menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada penjajahan.

5. Mempunyai keyakinan  diri

Tips ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, manakah mungkin orang lain juga akan percaya pada anda .

Itu ia 5 tips yang dikongsi pada hari ini. Saya harap tips menjadi individu menarik di atas banyak membantu anda. Salam motivasi dan selamat menjadi individu yang menarik.

P/s: Salah seorang blogger motivasi yang menarik adalah Shueqry. Rasa-rasanya mengapa eh? :-)

« Previous Entries