Fri 2 May 2008
4 Bulatan Kehidupan.
Posted by orizz under Tips Motivasi
Ada satu tips lagi tentang menulis matlamat yang dapat diamalkan.Tips ini diambil daripada 100 Ways to Motivate Yourself. Setiap hari,ambil satu kertas kosong. Kemudian anda perlu melukis empat bulatan atas kertas ini. Bulatan pertama mewakili kehidupan yang anda inginkan. Anda boleh menulis seberapa banyak yang anda hendak mengikut pada waktu tersebut. Ataupun anda boleh menulis hanya beberapa sahaja matlamat dan matlamat yang lain ditulis pada hari yang lain.
Bulatan kedua pula mewakili tahun. Cuba berhenti dan berfikir sejenak apa yang anda dapat buat atau capai supaya matlamat bulatan pertama tercapai dalam tahun ini. Matlamat tersebut mestilah realistik dan dapat dicapai pada tahun tersebut. Pastikan matlamat tersebut yang memerlukan anda berusaha dan bukan terlalu senang untuk dicapai.
Bulatan ketiga pula mewakili bulatan bulanan.Fikirkan apa anda dapat buat dan perlu capai supaya matlamat tahunan anda tercapai.Seperti biasa letakkan sedikit cabaran.
Bulatan keempat pula mewakili bulatan harian.Fikirkan apa yang anda dapat lakukan pada hari ini supaya matlamat bulanan saudara tercapai. Setelah selesai menulisnya,mulakan untuk melakukan perkara tersebut. Ingat untuk membaham gajah adalah bukan dengan memakannya sekaligus. Tetapi potongnya kepada ketulan kecil dan makan sedikit demi sedikit.
Amalkan selalu menulis ini.Jadikan ia perkara kemestian yang perlu anda lakukan setiap hari.Kalau tidak boleh jadikan ia perkara selalu yang anda buat dalam minggu tersebut. Cara ini tidak lama. Sekadar beberapa minit.Tetapi mempunyai impaknya tersendiri.Selamat mencuba…:-P















